Monday, 6 April 2020

Set Suplimen Ibu Mengandung Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai, entry kali ni bertajuk set suplimen ibu mengandung Shaklee.

Qiya start ambil vitamin Shaklee ni masa qiya pregnant anak ke-3. Masa tu kesihatan qiya tak berapa memuaskan. Kerap demam, batuk teruk sampai kadang terkencing, selesema, dan badan rasa lemah lesu sampai malas nak buat apa-apa.

Waktu tu da la qiya tengah final year degree kat uitm shah alam, nak tak nak memang kena pergi kelas jugak. Penat sangat waktu tu, lagipun tengah tulis thesis kan, berganda la penat dia.. dan waktu tu jugak qiya bekerja office hour 8 to 5, pukul 6 petang sampai 9 malam baru masuk kelas, kalau tak silap masa qiya mengandung afiq tu qiya daftar 3 kursus je  dan semua kelas after office hour.

Tapi qiya start ambil vitamin C masa qiya buat part time promoter dekat Jusco bukit raja, waktu tu da rasa macam preggy sebab asyik tak sedap badan je, rasa menggigil sejuk-sejuk, bila test guna pregnancy test tu memang positif, double red lines..

Waktu tu qiya mula fikir macam mana nak kuatkan badan qiya, sebab sistem imun qiya macam lemah je, macam mana nak pergi kerja at the same time nak kena pergi kelas lagi. That's why qiya ambil sustained release vita-c plus Shaklee, tu pun sebab qiya terbaca satu blog ni dia cerita tentang manfaat vitamin c shaklee, kalau ikutkan banyak jenis dan jenama vitamin c yang qiya survey tapi bila ramai pengguna shaklee kongsi tentang kesan lepas consume shaklee then qiya pun rasa tertarik sangat nak cuba, lagipun kesihatan qiya kan terjejas sangat masa tu, memang qiya tak fikir panjang la waktu tu.. terus je beli vitamin c dan consume hari-hari..

Masa tengah mengandung afiq tu qiya share makan vitamin c ni dengan husband qiya, kesan yang paling ketara adalah kitorang suami isteri ni da jarang jarang demam tau.. sepanjang mengandung afiq tu qiya da kurang demam, batuk pun da kurang, selesema pun sekejap-sekejap je, badan rasa bertenaga je, memang tak ada rasa malas-malas da, pergi kerja pergi kelas steady je.. tapi masa tu qiya cuma makan vitamin c je, qiya tak ambil set untuk ibu mengandung ni sebab masa tu bajet kureng, huhuhu..

Bila qiya pregnant kali ke-4, badan qiya jadi lesu semula, macam awal-awal mengandung tu, seram sejuk menggigil nak baring semua ada. Waktu tu qiya da tak ambil vitamin C, sebab qiya ni sejenis yg malas sangat nak continuously ambil vitamin dan suplimen semua tu. Jujur cakap, qiya susah nak makan suplimen sebab takut bagi mudarat kat organ lain especially buah pinggang, tapi sebenarnya kalau cara kita makan suplimen betul plus  kita minum air kosong yang cukup untuk keperluan badan dan buah pinggang kita inshaallah tak ada masalah.

Qiya sempat ambil vitamin C 2 botol je masa pregnant afiq dan lepas bersalin tu, lepas tu qiya stop sekejap. Then bila mengandungkan asfa qiya terus ambil fullset kehamilan shaklee sebab disamping untuk lebih sihat qiya juga nak bagi yang terbaik untuk bayi dalam kandungan qiya, kalau tak silap qiya ambil set hamil shaklee ni sejak qiya mengandung 3 - 4 bulan.

Setiap kali mengandung qiya mesti rasa nak pitam je, sebab bacaan HB low, means qiya ada anemia, lagi-lagi kalau tak berapa jaga makan minum, kurang ambil sayur dan buah-buahan. Selain tu ketika hamil qiya ada masalah kejang otot atau tarik mengkarung, sembelit, susah nak tidur (insomnia), loya dan muntah-muntah, gatal-gatal kulit badan, jerawat penuh satu muka, kulit muka jadi kusam dan berminyak, sakit tulang belakang, sakit pinggang, berat badan naik mendadak, cepat rasa mengantuk, kerap tidur, tersedak masa tidur, pedih hulu hati, banyak lagi sebenarnya, qiya pun da lupa apa lagi alahan-alahan yang qiya alami masa mengandungi dulu.

Sebab tu la syurga ni di bawah telapak kaki ibu, bukan senang nak bawa perut selama 9 bulan 10 hari tu, macam-macam kesakitan yang ibu perlu tanggung demi anak yang dikandung. Tapi bila da bersalin, rindu plak baby duk gerak-gerak tendang-tendang dalam perut.

Owh ada satu perkara lagi, asfa ni dalam perut kuat sangat sedu tau, ingat bila da lahir baru pandai sedu rupanya dalam perut lagi bayi da mula sedu. Ni pengalaman pertama qiya bayi sedu dalam kandungan, pregnant kali pertama sampai ketiga tak pernah jadi pun baby sedu dalam perut, tu yang rasa kelakar dengar bila ada sorang kawan qiya cakap baby dia kuat sedu dalam perut. Bila da jadi kat qiya baru percaya.. hehe

Dalam set kehamilan Shaklee ni ada 6 suplimen; vitamin C vita-c plus, iron formula vita-lea, vitamin b complex, esp mixed soy protein isolate powder, minyak ikan omega-3 omega guard, dan pil kalsium magnesium ostematrix.

Set hamil shaklee ini melengkapi semua nutrisi yang diperlukan oleh ibu mengandung dan menyokong kehamilan yang sihat.


Set Kehamilan Shaklee, Nutrisi Ibu Mengandung, Vitamin, Mineral,
Set Kehamilan Shaklee


1. Sustained Release Vita-C Plus


Vitamin C semula jadi untuk kesihatan gigi, gusi, tulang, kolagen dan hampir kesemua elemen yang membentuk tubuh badan kita.

2. OmegaGuard


Membekalkan spektrum luas tujuh asid lemak penting omega-3 bergred farmaseutikal dan dilengkapi dengan proses penyulingan proprietari molekul tiga peringkat.


3. Vita-Lea® Iron Formula


Memberikan 28 vitamin penting dan mineral utama untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan optimum.

4. B-Complex


Membekalkan kesemua lapan vitamin B yang seimbang untuk menguatkan tubuh anda, melengkapi jurang nutrisi vitamin B. Pengambilan asid folik yang mencukupi telah terbukti dapat mengurangkan risiko wanita daripada melahirkan bayi yang mengalami kecacatan otak atau saraf tunjang.

5. OsteMatrix®


Diformulasi dengan kalsium, vitamin D, magnesium dan empat nutrien pembina tulang untuk membantu menjaga tulang dan gigi yang kuat dan sihat.

6. ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder


Makanan lazat yang kaya dengan kalsium and protein. Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.

Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.






Manfaat Setiap Set Kehamilan Shaklee


1) Sustained Release Vita-C


- Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi serta menjadikan kulit lebih cantik.
- Membantu Penyerapan iron – kalau tak cukup Vitamin C, makanlah Iron sekapal pun takkan diserap oleh badan.

2) OmegaGuard 


- Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
- Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
- Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
- Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil

3) Vita-Lea


- Membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung kekurangan zat besi. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.

4) B-Complex


- Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri.


5) Ostematrix 


- Baby serap 90% kalsium ibu.
- Jika si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, sakit pinggang, kebas pada kaki / simpul biawak, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.

6) ESP


- Memberikan tenaga berkekalan, tahan selama berjam-jam.
- Membantu untuk memperoleh kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain.
- Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal & inshaaAllah kulit baby pun cantik nanti.




Berminat Jadi Pengedar Shaklee?

Berminat nak jadi pengedar Shaklee dan mendapat bonus tunai, jana pendapatan sampingan, serta banyak manfaat lain? Jom sertai team business kami, Our Precious Empire (OPE) yang mempunyai kelas aktif, kelas online percuma dengan masa yang flexible, dan group-group support Whatsapp, Telegram, dan FB.

Anda juga boleh dapatkan produk ini terus daripada Qiya. Hubungi Qiya untuk dapatkan rangkaian produk Shaklee dan konsultasi percuma atau bimbingan pendaftaran sebagai ahli Shaklee.


Pengedar Sah Shaklee
Siti Rokiyah binti Saad (Qiya)
SMS/Whatsapp: +6012 -2668424
FB Page: Qiya Beauty
Personal FB: Qiya Saad
Instagram: @qiya_beauty


Baca Selanjutnya:

Barang-barang Keperluan Ibu Mengandung, Bersalin, Berpantang, dan Bayi Baru Lahir


XOXO,

0 comments:

Post a Comment