Wednesday, 24 October 2018

Senarai Harga Produk Shaklee Bermula September 2018

Senarai Harga Produk Shaklee 2018

Senarai Harga Produk Shaklee 2018

Senarai Harga Semua Suplimen Shaklee


Alfalfa Complex (Kecil - 330 tablet) - RM57.50
Alfalfa Complex (Besar - 700 tablet) - RM102.50
B-Complex dengan Folic Acid (120 tablet) - RM58.75
CarotoMax (30 kapsul) - RM77.50
Chewable-C Plus (90 tablet) - RM51.25
Collagen Powder (15 sachets) - RM298.00
CoQ-Trol Plus (30 kapsul) - RM148.75
DTX Complex (90 tablet) - RM156.25
ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour (850 g) - RM161.25
Garlic Complex (60 tablet) - RM56.25
GLA Complex (60 softgels) - RM91.25
Herb-Lax (120 tablet) - RM57.50
Lecithin (180 kapsul) - RM55.00
Meal Shakes - French Vanilla (544 g) - RM120.00
NutriFeron (30 sticks) - RM181.25
OmegaGuard (90 kapsul) - RM136.25
OsteMatrix (120 caplets) - RM61.25
Peppermint-Ginger plus (90 tablet) - RM47.50
Performance - Natural Orange (539 g) - RM86.25
Phytocol-ST (120 tablet) - RM197.50
Sustained Release Vita-C Plus (180 tablet) - RM97.50
Vita-E Complex (120 kapsul) - RM156.25
Vita-Lea Iron Formula (120 tablet) - RM93.75
Vita-Lea for Children (60 tablet) - RM111.25
Vivix (150ml) - RM475.00


Senarai Harga Produk Shaklee 2018


CINCH
Cinch Tea Mix (28 sticks) - RM131.25
Cinch Shake Mix - Cafe Latte (750 g) - RM181.25
Cinch Shake Mix - Chocolate (750 g) - RM181.25
Cinch Shake Mix - Vanilla (750 g) - RM181.25

DAILY CARE
Herbal Blend Multi-Purpose Cream (113 g) - RM37.50

HAIR CARE - PROSANTE
Long Lasting Finishing Spray (237 ml) - RM61.25
Nourishing Scalp Treatment (59 ml) - RM93.75
Replenishing Conditioner (237 g) - RM70.00
Revitalizing Shampoo (296 ml) - RM68.75

HOME CARE - GET CLEAN
Basic-H2 Organic Super Cleaning Concentrate (473 ml) - RM48.75
Hand Dish Wash Liquid Concentrate (473 ml) - RM46.25
Fresh Laundry Concentrate (2.5 kg) - RM83.75
Soft Fabric Concentrate (946 ml) - RM43.75
Get Clean Home Care Set - RM222.50

GET CLEAN WATER
Filter (3 packs) - RM168.75
Housing Kit (1 unit) - RM107.50
Water Pitcher (1 unit) - RM236.25
Get Clean Water Pitcher Starter Pack - RM512.50



Senarai Harga Produk Shaklee 2018


YOUTH SKIN CARE

YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser (125 ml) - RM193.75
YOUTH Perfecting Skin Toner (177 ml) - RM200
YOUTH Activating Serum (30 ml) - RM412.50
YOUTH Age Defense Moisturizer SPF 50 (50 ml) - RM206.25
YOUTH Advance Renewal Night Cream - Light/Rich (50 ml) - RM250.00
YOUTH Radiance C+E (60 kapsul) - RM412.50

YOUTH Starter Set - RM850.00
YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser (125 ml)
YOUTH Perfecting Skin Toner (177 ml)
YOUTH Age Defense Moisturizer SPF 50 (50 ml)
YOUTH Advance Renewal Night Cream - Light/Rich (50 ml)

YOUTH Renew and Maintain Set - RM1,262.50
YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser (125 ml)
YOUTH Perfecting Skin Toner (177 ml)
YOUTH Activating Serum (30 ml)
YOUTH Age Defense Moisturizer SPF 50 (50 ml)
YOUTH Advance Renewal Night Cream - Light/Rich (50 ml)

YOUTH Intensive Treatment and Repair Set - RM1,675.00
YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser (125 ml)
YOUTH Perfecting Skin Toner (177 ml)
YOUTH Activating Serum (30 ml)
YOUTH Age Defense Moisturizer SPF 50 (50 ml)
YOUTH Advance Renewal Night Cream - Light/Rich (50 ml)
YOUTH Radiance C+E (60 kapsul)


Senarai Harga Produk Shaklee 2018


Continue Reading

Monday, 22 October 2018

Accessories Perempuan: Kuku Palsu

Assalamuaikum dan salam sejahtera.

Hari ni Qiya nak share pasal accessories orang perempuan. Accessories perempuan ni banyak contohnya cincin, gelang, rantai, subang, hair band, dan termasuk la kuku palsu atau pun artificial nails ni.


Accessories perempuan, kuku palsu, artificial nails, tabiat gigit kuku, kuku rapuh, kuku mudah koyak, vitamin untuk kuku kuat,


Qiya beli kuku palsu bukan suka-suka sebab nak melawa tau tapi sebab sebelum ni Qiya ada masalah atau tabiat gigit kuku yang kronik dan menjijikkan. Orang yang ada tabiat gigit kuku ni bukan suka-suka gigit kuku dan perbuatan tu pun biasanya terjadi dalam keadaan seseorang tu tak sedar. 

Haaa macam mana tu tak sedar? Macam ni, biasanya Qiya akan sedar yang Qiya tengah gigit kuku bila jari mula rasa pedih-pedih, bila tersedar je ya Allah habis kuku rosak dan sometimes sampai berdarah jari Qiya. Tabiat ni dari kecik lagi memang tak boleh ubah. 

Sampai la awal tahun ni Qiya dapat buang 100% tabiat buruk gigit kuku ni tu pun sebab Qiya ada terbaca satu blog ni yang mana dia pun ada tabiat gigit kuku jugak dulu. Dia share macam mana dia boleh berhenti gigit kuku. 

Kalau tak silap Qiya dia cipta satu hobi baru untuk sibukkan jari jemari dia, dan hobi tu adalah dia belajar mengait, dan satu lagi cara dia share adalah dia sentiasa standby kepit kuku so that dia boleh trim kuku dia anytime and anywhere. 

So Qiya pun follow cara kedua tu, mana-mana je Qiya pergi Qiya akan bawa sepit kuku dan bila rasa ada tajam kat tepi-tepi kuku tu Qiya akan trim bila-bila masa je, even sambil-sambil berhenti kat traffic light pun Qiya sempat trim. 

Alhamdulillah sekarang semua kuku Qiya da comel cuma susah sikit nak makan guna tangan bila kuku panjang macam sekarang sebab makanan akan terselit kat celah-celah kuku. Sekarang ni Qiya terpaksa makan guna sudu je sementara nak bagi hilang betul-betul tabiat gigit kuku tu. Sebab tabiat gigit kuku ni bukan senang nak berhenti tau sampai ada pakar yang klasifikasikan orang yang gigit kuku ni ada penyakit mental sebenarnya. Maknanya Qiya ni bekas pesakit mental ke? Hahaha. 

Da macam-macam cara Qiya buat dulu tapi sekali je kuku Qiya pernah panjang macam sekarang ni tu pun sekejap je sebab sebelum ni kuku Qiya jenis yang rapuh dan mudah koyak. Yang Qiya perasan biasanya kuku Qiya akan koyak time tengah basuh pinggan, selalu macam ni, then bila koyak mula la kuku nampak buruk. Belum sempat potong guna sepit kuku automatik akan tergigit dan kuku yang tak ada kaitan pun jadi mangsa. 

Pastu stress sorang-sorang sebab kuku jadi buruk semula sampai nak pergi servis customer pun segan sebab biasanya diorang akan perhatikan kuku Qiya masa Qiya tengah buat presentation sebab Qiya banyak nak kena tunjuk jadual dekat pamplet, so confident pun hilang la bila orang nampak kekurangan kita kan. 

Last month Qiya balik kampung kebetulan masa tu ada anak saudara Qiya, Qiya ternampak kuku dia buruk, pastu Qiya tanya dia, "Pa'an gigit kuku ke? Eeee gelinya..." terus lari budak tu... hahaha... kejam giler makteh dia.

Padahal dalam hati cakap sorang-sorang 'agaknya macam ni la orang geli tengok kuku aku yang buruk tu dulu'. Tapi serius memang rasa kembang sangat tekak Qiya tengok kuku anak buah Qiya tu. Minta-minta dia boleh berhenti gigit kuku nanti.

That's why la Qiya beli kuku palsu ni tapi tak sempat pakai pun sebab kuku Qiya semua da comel-comel belaka dan tak rapuh atau mudah koyak lagi sebab Qiya da konsisten makan vitamin C dan Ostematrix sekarang ni.


Accessories perempuan, kuku palsu, artificial nails, tabiat gigit kuku, kuku rapuh, kuku mudah koyak, vitamin untuk kuku kuat,


Qiya beli kuku palsu ni kat Giant dan harganya plak RM19.90, glue RM7. Qiya pernah cuba sekali tapi sebab gam dia macam gam gajah so Qiya tak jadi pakai sebab leceh nak bersihkan nanti, kalau gam UHU tu ok lagi la.

Korang ada tabiat buruk yang korang da tinggalkan? Kalau ada share la dengan Qiya kat komen...

Bye...

XOXO, 
Continue Reading

Sunday, 21 October 2018

YOUTH Skincare Shaklee: Review Pengguna & Harga Youth Skincare

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai, hari ni Qiya nak share tentang YOUTH Skincare Shaklee: Review Pengguna & Harga Youth Skincare. Bagi yang mengikuti perkembangan produk-produk Shaklee mesti korang tau sebelum Youth dipasarkan ada rangkaian produk penjagaan kulit wajah Nutriwhite keluaran Shaklee kan? Sekarang ni Nutriwhite da tak ada lagi, diganti dengan YOUTH plak. Nak tau tentang skincare Youth? Jom baca...

Harga YOUTH Shaklee, Review Pengguna Youth Skincare, Skincare, YOUTH Skincare Shaklee,

Apa Perbezaan YOUTH dengan Skincare Lain di Pasaran?

Keberkesanan Youth telah dibuktikan melalui Kajian Klinikal selama 8 tahun sebelum ianya dipasarkan. Ujian klinikal ini direka oleh World Class Skin Expert dengan menggunakan Skin Age Index yang mana ia mengkaji tanda-tanda penuaan melalui data klinikal.

Salah satu kajian yang dibuat adalah keatas kedutan (wrinkles). Skin Age Index ini mengukur sehingga kedalaman dan berapa panjang kedutan tu. Haa.. detail kan kajian klinikal yang dijalankan untuk membangunkan produk penjagaan kulit organik YOUTH skincare Shaklee ni?

Antara tanda-tanda penuaan yang dikaji adalah seperti berikut:

  • Kedutan dan garis-garis halus
  • Saiz pori-pori
  • Tona kulit
  • Kelembutan kulit
  • Tekstur kulit
  • Pigmentasi
  • Seri Kulit
  • Kekenduran kulit

Hasil kajian klinikal tersebut menunjukkan bahawa 100% daripada wanita yang menjalani ujian ini terbukti kulit wajah mereka menjadi lebih muda berbanding sebelumnya. Perubahan ketara tersebut dapat dilihat hanya dalam tempoh 7 hari sahaja, dan 2/3 wanita berjaya menjadikan kulit wajah mereka 10 tahun lebih muda dari usia sebenar.

Apa Istimewanya Rangkaian Penjagaan Wajah YOUTH?


  1. YOUTH Skincare Shaklee adalah 100% vegan, iaitu kandungannya berasaskan tumbuh-tumbuhan sahaja
  2. Cruelty Free (Tiada ujian dijalankan terhadap haiwan)
  3. Bebas daripada 2500 bahan kimia dan bahan-bahan penjagaan kulit yang berbahaya terutamanya Merkuri
  4. Terbukti mempercepatkan pembaharuan sel kulit 10x ganda lebih cepat berbanding biasa

Apakah Bahan-bahan yang Terdapat dalam Skincare YOUTH Sehingga ia Menjadi Sangat Berkesan?

Antara bahan-bahan yang ada dalam skincare Youth ini adalah:

  1. Apple Cell Extract & Gentle Vitamin A - Apple cell merupakan sel yang hampir sama dengan sel kulit manusia sebab tu ia sangat berkesan untuk mempercepatkan kadar pembaharuan sel kulit. Kedua-dua bahan ini berfungsi untuk menyegar dan melembutkan kulit.
  2. Schisandra Chinensis Fruit Extract - Ianya berfungsi untuk menyokong struktur kulit muda dan memberi khasiat kepada kulit.
  3. Vital Repair+ (Vitamins, Botanicals) - Ianya berfungsi untuk melawan radikal bebas dan memberi perlindungan kepada kulit.
  4. Lotus Japonicus Extract - Ianya berfungsi untuk menyokong penghasilan kolagen dan menjadikan kulit lebih tegang.
  5. Muscadine Grape Polyphenols - Ianya berfungsi untuk melindungi kolagen dibawah lapisan kulit serta melindungi lapisan luar kulit wajah supaya lebih tegang dan elastik (anjal).


Testimoni pengguna YOUTH Skincare Shaklee.

  • Hampir 100% Pengguna YOUTH Skincare Shaklee mendapat kesan positif
  • Perubahan dapat dilihat seawal 7 hari penggunaan Youth Skincare untuk masalah jerawat di wajah remaja, jerawat pasir, dan jerawat batu
  • Untuk masalah kedutan di dahi (wrinkles) perubahan iaitu garis halus kedut hilang dalam masa 30 hari
  • Untuk masalah jerawat di wajah matang (orang yang da berusia) dan kulit berminyak, perubahan ketara dapat dilihat selepas 30 hari penggunaan Youth SHAKLEE
  • Untuk masalah kulit jeragat bertompok atau hyperpigmentation, kesan jeragat pudar dapat dilihat seawal 60 hari penggunaan YOUTH Skincare
  • Untuk masalah garisan halus atau kedutan di sekeliling kawasan mata, kedutan mulai hilang seawal 30 hari


Harga YOUTH Shaklee, Review Pengguna Youth Skincare, Skincare, YOUTH Skincare Shaklee,

Harga YOUTH Shaklee, Review Pengguna Youth Skincare, Skincare, YOUTH Skincare Shaklee,

Youth Skincare Shaklee Boleh Tahan Berapa Lama?

Biasanya satu Set Youth Skincare Shaklee ini boleh digunakan atau boleh tahan selama 60 hari dan kesan perubahan yang ketara pula boleh dilihat seawal 30 hari penggunaan secara konsisten.

Berapakah Harga Youth Skincare Shaklee 2018?

Harga YOUTH Skincare Shaklee ada 2 kategori:
  1. Harga SET Youth Skincare Shaklee
  2. Harga bagi setiap satu Produk YOUTH Skincare Shaklee (Loose Item)

Semua harga yang Qiya senaraikan dekat sini adalah Retail Price 2018 (Harga Runcit). Untuk dapatkan harga Ahli anda boleh Whatsapp Qiya di talian 012-2668424 atau klik je dekat SINI nanti akan terus ke Whatsapp Qiya.

Harga SET Youth Skincare Shaklee

Youth Skincare SHAKLEE ada 3 SET:
  1. Shaklee Youth Starter Set - RM860.00
  2. Shaklee Youth Intensive Treatment and Repair Set - RM1,685.00
  3. Shaklee Youth Renew and Maintain Set - RM1,272.50

Harga bagi setiap satu Produk YOUTH Skincare Shaklee (Loose Item)

Satu SET Youth Skincare Shaklee ada 7 Item kesemuanya dan harga runcit bagi setiap satu item adalah seperti di bawah:
  1. Youth Luminous Gel Oil Cleanser (125ml) - RM203.75
  2. Youth Perfecting Skin Toner (177ml) - RM210.00
  3. Youth Activating Serum (30ml) - RM422.50
  4. Youth Age Defense moisturizer SPF-50 (50ml) - RM216.25
  5. Youth Advanced Renewal Night Cream - Light/Rich (50ml) - RM260.00
  6. Youth Radiance C + E - RM422.50
  7. Youth Restoring Eye Treatment - RM243.75
Continue Reading

Friday, 19 October 2018

Krisis Penyembuhan(Healing Crisis)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni Qiya nak share tentang healing crisis. Healing crisis ataupun krisis penyembuhan ini biasanya berlaku bila seseorang tu mengambil supplement dan menggunakan produk penjagaan kulit wajah yang lain selain daripada yang biasa digunakan. Contoh healing crisis ni adalah bila kita makan supplement atau vitamin badan kita jadi lemah, demam, selsema, tumbuh jerawat dekat muka, kulit muka jadi gatal-gatal, dan macam-macam lagi. Lain orang semestinya lain krisis penyembuhan yang dialami. 

Tapi focus entry Krisis Penyembuhan (Healing Crisis) ni adalah khas untuk mereka yang sedang mengamalkan supplement atau dalam bahasa melayunya adalah makanan tambahan untuk kesihatan, dan juga bagi mereka yang baru berniat untuk mencuba supplement bertujuan untuk meningkatkan tahap kesihatan yang lebih optimum, menjaga kecantikan dalaman dan luaran, meningkatkan pengambilan nutrisi, dan sebagainya. Jom kita baca apa maksud healing crisis merujuk website Naturopathic Doctor News & Review yang dipetik daripada penulisan Cheryl Deroin, NMD iaitu seorang graduan National Council of Nurses and Midwives.



detoksifikasi, detox, Healing Crisis, Kenapa Demam Lepas Makan Vivix, Kesan Makan Supplement, Kesan Makan Vitamin, Kesan Sampingan Supplement, Krisis Pemulihan, Proses penyembuhan, Shaklee Effect, toksin,
Gambar daripada Nethersprings


Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Krisis Penyembuhan atau Pemulihan (Healing Crisis)?


Krisis penyembuhan adalah satu proses dimana toksin disingkirkan daripada badan dan mental seseorang yang menyebabkan emosi dan fizikal seseorang tu mencapai tahap kesihatan yang berbeza. Jika ada sebarang penyakit ia akan memberi gangguan kepada fungsi sel akibat trauma mental, emosi, fizikal, gaya hidup yang kurang sihat, toksin daripada pencemaran alam sekitar, atau kecenderungan genetik terhadap sesuatu penyakit. 

Dalam bahasa yang lebih mudah, healing crisis ni boleh berlaku selepas pengambilan ubat-ubatan contohnya ubat tahan sakit; suplimen seperti Vitamin C, kalsium, zink, omega-3, dan macam-macam lagi. Selain itu, krisis penyembuhan ni juga mungkin terjadi selepas pengambilan herba tradisional seperti ginseng, tongkat ali, kacip fatimah, habbatus sauda, dan sebagainya yang mengakibatkan seseorang tu menjadi pening, loya, muntah, demam, cirit-birit, dan lain-lain gejala yang mungkin berlaku dalam tempoh tertentu bergantung kepada tahap kerosakan atau jumlah toksin yang terkumpul dalam tubuh badan seseorang tu. 

Cuba bayangkan berapa banyak racun atau toksin yang terkumpul dalam badan jika seseorang tu adalah perokok tegar yang mana tiap-tiap hari dia hisap rokok sekurang-kurangnya 7 batang sehari selama 20 tahun? Cuba cek apa kandungan yang ada dalam rokok, memang menakutkan! Jadi, krisis penyembuhan ni sebenarnya adalah tindak balas tubuh badan terhadap toksin yang bertujuan untuk melakukan proses penyembuhan sel-sel dalaman tubuh badan yang telah rosak.

Ada juga yang memanggil krisis penyembuhan ni dengan nama tindak balas penyembuhan, reaksi detoks, reaksi Herxheimer, reaksi Jarisch-Herxheimer, tindak balas mati, proses pembalikan, Fenomena Lucio, tindak balas pembersihan, dan krisis. 

Mengapa Terjadi Krisis Penyembuhan (Healing Crisis) Setelah Mengambil Supplement?


Menurut Alkaway USA, Krisis penyembuhan terjadi apabila tubuh badan dibebani dengan toksin yang telah terperangkap dalam tisu-tisu untuk tempoh yang lama. Secara amnya, semakin banyak toksin dalam badan semakin kuat krisis penyembuhan tersebut. Apabila penyembuhan bermula, banyak sistem dalam badan berfungsi bersama-sama untuk menghilangkan sisa buangan dan toksin, dan gejala krisis penyembuhan ini mungkin menjadi lebih serius, contohnya demam yang berpanjangan. Tapi jangan terlalu risau, komplikasi krisis penyembuhan ini hanya bersifat sementara, tubuh badan kita akan menjadi lebih sihat dan bertenaga apabila fasa penyembuhan ini berlalu.

Krisis pemulihan biasanya dimulakan dengan beberapa jenis proses pembersihan atau detoksifikasi disebabkan oleh perubahan diet. Ia berlaku apabila sel dalam badan membebaskan toksin dan kekotoran lebih cepat daripada sistem detoksifikasi semulajadi badan seperti kulit, hati, pundi kencing, ginjal, dan paru-paru. Krisis penyembuhan juga terjadi disebabkan oleh rawatan atau terapi yang membunuh virus, bakteria, kanser, dan sebagainya secara drastik. Sekiranya simptom-simptom healing crisis ini menjadi lebih teruk, kurangkan sukatan supplement yang diambil supaya proses detoksifikasi tersebut dapat diperlahankan sementara tubuh badan dapat disesuaikan dengan perubahan tersebut.

Adakah Krisis Penyembuhan (Healing Crisis) Ini Suatu Petanda Yang Baik?


Krisis pemulihan atau penyembuhan adalah gejala-gejala yang semakin buruk yang berlaku ketika tubuh sedang melalui proses penyembuhan itu sendiri melalui penghapusan toksin. Walaubagaimanapun, krisis penyembuhan adalah satu aspek penting dalam proses penyembuhan semulajadi yang berkesan. Walaupun krisis tersebut tidak selesa dan kadang-kadang membimbangkan, namun ia adalah satu petanda yang baik yang menunjukkan bahawa badan seseorang itu berfungsi untuk menyembuhkan dirinya sendiri.

Berapa Lamakah Krisis Penyembuhan (Healing Crisis) Ini Berlaku?


Kebiasaannya krisis penyembuhan ini akan berlangsung selama 2-3 hari, tetapi ianya juga boleh berlarutan lebih lama sehingga berminggu-minggu. Ini kerana penyembuhan yang lengkap memerlukan jangka masa yang lebih panjang dan menyebabkan terjadinya lebih dari satu krisis. Apabila berhadapan dengan penyakit yang lebih serius, seperti kanser, seseorang itu mungkin perlu melalui banyak krisis penyembuhan sebelum kesihatan tubuh badan dapat dipulihkan sepenuhnya.

Sejarah penyakit lama seseorang itu menentukan berapa lama masa yang diperlukan untuk melalui krisis penyembuhan tersebut kerana proses pemulihan ini akan membangkitkan semula penyakit lama yang telah tidak aktif dalam badan sebagai tanda badan seseorang itu sedang mengeluarkan toksin yang telah lama disimpan oleh proses-proses penyakit tersebut. Gejala ini boleh menjadi lebih teruk apabila krisis penyembuhan ini berhadapan dengan penyakit lampau yang serius dan kronik seperti kes jangkitan hepatitis, lepuh, jangkitan virus, radang paru-paru, dan sebagainya.

Gejala dan krisis penyembuhan ini selalunya lebih teruk daripada penyakit yang sedang dirawat. Namun ia hanya bersifat sementara dan ianya adalah satu proses yang menuju ke arah kesihatan yang diperbaharui.

Mengapa Selepas Pengambilan Supplement Dalam Tempoh Yang Tertentu Seseorang Itu Tidak Merasa Sebarang Perubahan?


Kebiasaannya, dalam tempoh 1-2 bulan selepas pengambilan supplement tertentu seseorang itu akan merasa lebih bertenaga disebabkan peningkatan daya imunisasi atau daya ketahanan badan, sistem penghadaman dan perkumuhan (pembuangan air besar) yang lebih lancar contohnya kurang sembelit, tona kulit menjadi lebih cerah dan sekata, dan sebagainya. Jika anda tidak merasa sebarang perubahan, mungkin kerana:
  1. Anda tidak mengambil supplement secara konsisten
  2. Anda tidak mengamalkan suplimen tersebut mengikut dos yang disyorkan
  3. Anda terus berhenti mengambil suppliment tersebut kerana takut untuk menghadapi krisis penyembuhan
  4. Gaya hidup dan gaya pemakanan anda tidak seimbang
  5. Anda mempunyai penyakit kronik. penyakit kronik memerlukan jangka masa yang lebih panjang untuk proses penyembuhan yang sempurna
  6. Tubuh badan anda mempunyai tahap toksin yang tinggi

Simptom-simptom Krisis Penyembuhan (Healing Crisis) dan Punca


  1. Keletihan, berasa mengantuk - Tubuh berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih
  2. Sakit kepala, kepala terasa berat - Tekanan darah yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi
  3. Demam, keresahan - Metabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan
  4. Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busuk - Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul didalam kolon
  5. Kembung perut, perut berangin - Sistem penghadaman yang lemah
  6. Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus,kelemumur - Fungsi hati yang lemah, kesihatan kolon yang lemah
  7. Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair - Fungsi paru-paru yang lemah, hidung berair tanda detoksifikasi
  8. Hidung Berdarah - Mungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)
  9. Sakit dibahagian otot dan sendi - Tubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit
  10. Merasa lebih sakit dibahagian yang terjejas - Proses penyembuhan semakin cepat
  11. Insomnia atau hiperaktif - Sistem saraf yang lemah
  12. Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal punggung, semakin banyak mengeluarkan lendir dari vagina - ketidakseimbangan hormon, hormon sedang diperbetulkan
  13. Pendarahan ketika membuang air besar - Mungkin buasir
  14. pening, lapar - Hipoglisemia (paras gula dalam darah yang rendah), anemia (tidak cukup darah merah)
  15. Loya, sembelit, sedu - Sistem penghadaman lemah, masalah hati
  16. Slight Edema (bengkak) - Masalah buah pinggang

5 Cara Untuk Atasi Krisis Penyembuhan (Healing Crisis)

5 Cara Atasi Krisis Penyembuhan (Healing Crisis) yang dipetik daripada penulisan Dr David Jockers DC, MS, SCS dalam artikel beliau yang bertajuk 9 Strategies to Overcome a "Healing Crisis" During Detox & Treatments ini mungkin boleh dipraktiskan untuk mengurangkan komplikasi ketika krisis penyembuhan ini berlangsung.

1. Mengambil Herba yang Pahit
  • Herba yang pahit seperti halia dapat membantu mengurangkan kadar gula dalam darah dan juga melawan keradangan.
  • Herba tersebut membersihkan saluran pencernaan, merangsang fungsi pundi hempedu dan buah pinggang, dan memperbaiki saluran detoksifikasi dalam darah.

2. Dapatkan Tidur yang Sempurna
  • Ketika badan sedang melawan penyakit, cuba dapatkan tidur selama 10-12 jam setiap hari
  • Ini membolehkan fungsi utama proses penyembuhan berlaku sementara tenaga tidak digunakan untuk fungsi lain seperti pemikiran kognitif dan pencernaan
  • Tidur juga penting untuk mengurangkan kortisol sakit, dan tekanan yang menyebabkan keradangan.

3. Detoks dengan Lemon atau Cuka Apple Cider
  • Campurkan setengah biji lemon yang dicincang atau 1-2 sudu Apple Cider Vinegar (ACV) ke dalam 8 ounces (240ml) air kosong
  • Campuran tersebut mempunyai kadar penyembuhan yang tinggi
  • Ini kerana ACV dan lemon kaya dengan antioksidan dan polyphenols yang meningkatkan sistem imun dan membunuh mikrob yang mendiagnosis saluran pencernaan

4. Detoksifikasi dengan Arang Aktif (Activated Charcoal)
  • Arang aktif boleh menyerap pelbagai racun
  • Kajian toksikologi telah menunjukkan bahawa arang yang diaktifkan sangat berkesan untuk menghilangkan racun yang menyebabkan keradangan dan kerosakan tisu

5. Maksimumkan Hidrasi (Minum Air yang Banyak)
  • Minum air yang banyak antara 3-4 liter sehari dapat meningkatkan kesihatan kerana air adalah komponen utama dalam badan manusia
  • Air juga membantu mengeluarkan sisa toksik dan bahan yang menyebabkan keradangan dengan membuangnya dari organ melalui saluran detoksifikasi seperti sistem limfa.

Kesimpulan 

Kesimpulannya, krisis penyembuhan adalah satu petanda yang baik walaupun gejala-gejala tersebut membuatkan seseorang tu merasa sakit yang teruk. Ianya menunjukkan bahawa proses pemulihan yang dijalankan sangat berkesan dengan cara penghapusan toksin, kekotoran, dan ketidakseimbangan tubuh badan.

Selain itu, krisis penyembuhan ini membolehkan seseorang itu mengetahui bahawa pemulihan tersebut berlaku dengan cara yang betul. Pepatah English yang sesuai digunakan dalam krisis penyembuhan ini adalah "No pain, no gain.".


Baca Selanjutnya:-


XOXO,


Continue Reading

Tuesday, 9 October 2018

7 Perkara Penting Tentang Collagen Powder Shaklee

Kolagen adalah makanan tambahan ataupun supplement yang dipercayai mampu mengembalikan keremajaan kulit dan mencegah tanda-tanda penuaan awal seperti kulit kusam, jerawat, jeragat, kulit berkedut, payudara kendur, dan sebagainya. Sejauh mana keberkesanannya? Ini adalah 7 Perkara penting tentang Collagen Powder Shaklee yang anda wajib baca.


Petua Kulit Cantik, rahsia kulit cantik, Set Kecantikan Shaklee, Collagen Powder Shaklee, Kolagen, Cara minum collagen Shaklee,


1. Isi kandungan kolagen Shaklee


1. Setiap paket Kolagen Shaklee mengandungi 4,000 mg kolagen daripada Red Snapper Scales (RSS). Red Snapper ialah ikan merah.

2. Ekstrak biji Camelia Japonica – bahan pelembap dan membantu kesuburan rambut

3. Ekstrak Pfaffia – perangsang penghasilan acid hyaluronic secara semulajadi yang membantu memelihara keanjalan kulit

4. Ekstrak kulit kerang lautan – glucosamine daripada ekstrak kerang boleh membantu kesihatan sendi dan mengekalkan kelembapan bahagian mata (elak eyebag dan bulatan hitam mata)

5. Lactobacillus acidofilus – mengekalkan kesihatan usus agar penyerapan kolagen dapat dimaksimumkan

6. Vitamin C – bahan antioksidan dan agen awet muda

7. Vitamin B2 & B6 – membantu memetabolismakan protein dan karbohidrat supaya kulit dapat menghasilkan kolagen semulajadi.


Petua Kulit Cantik, rahsia kulit cantik, Set Kecantikan Shaklee, Collagen Powder Shaklee, Kolagen, Cara minum collagen Shaklee,


2. Kelebihan kolagen Shaklee


Apakah perbezaan dan kelebihan kolagen Shaklee berbanding kolagen lain dalam pasaran?

1. Sumber kolagen ialah daripada sisik ikan merah yang tahan lasak dan elastik tinggi. Oleh kerana ikan merah ini tinggal pada kedalaman 5,000 meter, kualiti kolagen yang berada pada sisik nya amat tahan lasak berta berkualiti tinggi.

2. Saiz molekul kolagen Shaklee ialah 1,000 Dalton berbanding produk lain yang bersaiz 300,00 Dalton. Oleh kerana saiz yang halus, kadar penyerapannya amatlah tinggi dan memaksimakan keberkesanan kolagen Shaklee

3. Kolagen ikan, ekstrak kulit kerang dan lactobacilius acidophilus menyokong pembentukan tisu dan membantu keanjalan kulit

4. Ekstrak biji Camelia Japonica dan Pfaffia menyokong penghasilan kolagen dan asid hyaluronic secara semulajadi yang mampu mengekalkan kelembapan pada kulit

5. Vitamin C, B2 dan B6 adalah agen antioksida dan anti penuaan yang terbukti hebat.

3. Siapa tidak boleh ambil Kolagen Shaklee?


Golongan di bawah adalah mereka yang TIDAK di nasihatkan untuk mengambil Kolagen Shaklee:

1. Alahan kepada ikan dan seafood

2. Masalah cyst atau fibroid dalam rahim

3. Masalah cyst atau lump pada payudara

4. Wanita mengandung

5. Orang yang ada masalah berat badan disebabkan hormon yang tidak stabil

6. Pesakit kanser

7. Penyakit-penyakit lain yang telah dinasihatkan oleh doktor


Petua Kulit Cantik, rahsia kulit cantik, Set Kecantikan Shaklee, Collagen Powder Shaklee, Kolagen, Cara minum collagen Shaklee,


4. Siapa yang perlu ambil Kolagen Shaklee


Golongan di bawah adalah mereka yang ada simptom kehilangan kolagen dan memerlukan Kolagen Shaklee untuk meningkatkan kualiti hidup dan kesihatan mereka:

1. Rambut kering & bercabang

2. Pori-pori besar, jeragat hitam dan bintik-bintik pada kulit

3. Tulang mereput dan risiko osteoporosis

4. Kulit & otot kendur dan hilang keanjalan

5. Sakit sendi terutama lutut

6. Kulit berkedut

7. Penglihatan kabur dan mata panda (eyebag & hitam keliling mata)

8. Sakit gusi atau gigi luruh

9. Payudara melayut dan kurang pejal

10. Kuku rapuh dan mudah pecah/patah


5. Mengapa kolagen Shaklee tak berkesan?



Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan pengambilan Kolagen Shaklee tidak berkesan kepada sesetengah individu. Antaranya:

1. Badan mempunyai kadar toksin yang tinggi terutamanya di bahagian usus lalu menyukarkan penyerapan nutrien yang efisyen

2. Cara pelanggan menyimpan Kolagen Shaklee di tempat yang panas dan kering menyebabkan kualiti kolagen terjejas dan nutrien hilang

3. Tubuh badan sudah lali dengan kolagen daripada pengambilan produk kolagen dan Gluta (glutathione) yang rendah kualiti dan mengandungi bahan racun dan terlarang

4. Mengambil Kolagen Shaklee pada kadar dan waktu yang salah dan selain daripada yang dinasihatkan oleh pengedar Shaklee terlatih

5. Expectation yang terlalu tinggi daripada produk. Anda TIDAK akan menjadi cantik atau putih dalam sekelip mata sepertimana produk lain yang menjanjikan bulan dan bintang tetapi akan memberikan kesan negatif pada tubuh dan buah pinggang pada masa hadapan.

6. Cara minum kolagen Shaklee


1. Minum semasa perut kosong, sebaiknya waktu pagi selepas bangun tidur

2. Elakkan makan sebarang makanan 20 minit selepas minum kolagen untuk memastikan nutrien kolagen diserap sepenuhnya oleh badan

3. Bancuh kolagen dalam air atau jus yang sejuk dan TIDAK BOLEH dalam air suam atau panas

4. Kolagen Shaklee mempunyai rasa ikan yang agak hanyir. Dinasihatkan agar anda mencampurkan dalam yogurt drink atau jus sebelum minum

5. Amalkan setiap hari dan lihatlah hasil yang membuatkan hati anda berbunga-bunga selepas 4-8 minggu


7. Testimoni Collagen Powder Shaklee


Petua Kulit Cantik, rahsia kulit cantik, Set Kecantikan Shaklee, Collagen Powder Shaklee, Kolagen, Cara minum collagen Shaklee,

Petua Kulit Cantik, rahsia kulit cantik, Set Kecantikan Shaklee, Collagen Powder Shaklee, Kolagen, Cara minum collagen Shaklee,

Petua Kulit Cantik, rahsia kulit cantik, Set Kecantikan Shaklee, Collagen Powder Shaklee, Kolagen, Cara minum collagen Shaklee,


Petua Kulit Cantik, rahsia kulit cantik, Set Kecantikan Shaklee, Collagen Powder Shaklee, Kolagen, Cara minum collagen Shaklee,

Petua Kulit Cantik, rahsia kulit cantik, Set Kecantikan Shaklee, Collagen Powder Shaklee, Kolagen, Cara minum collagen Shaklee,

Petua Kulit Cantik, rahsia kulit cantik, Set Kecantikan Shaklee, Collagen Powder Shaklee, Kolagen, Cara minum collagen Shaklee,

Adakah anda memerlukan Collagen Powder Shaklee? Untuk maklumat lanjut sila hubungi Qiya ditalian 012-2668424.


Baca selanjutnya:-

Continue Reading

Monday, 1 October 2018

Bahaya Suntikan Vitamin C

Kemunculan pelbagai produk kecantikan di negara ini bak cendawan tumbuh selepas hujan, namun ramai pengguna memandang remeh soal kandungan bahan sesuatu produk.

Apa yang penting bagi kebanyakan mereka ialah hasil pantas terhadap kulit wajah tanpa memikirkan kesan jangka panjang jika tersalah pilih produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya seperti merkuri atau hidrokuinon.


Bahaya suntikan Vitamin C, Injection Vitamin C, Vitamin untuk Kulit Cantik, Set Kecantikan Shaklee, Petua Kulit Cantik, Rahsia Kulit Cantik, Sustained Release Vita-C Plus Shaklee,


Lebih menakutkan apabila melihat trend wanita yang begitu taasub mahu kelihatan cerah tanpa memikirkan kesan buruknya, malah mengharapkan produk yang dipakai memberi kesan pantas seawal tiga hari penggunaan.

Tidak cukup dengan itu, ramai yang mencuba suntikan vitamin C walaupun Kementerian Kesihatan sudah memberi amaran mengenai kesan negatifnya.

Namun, cakap-cakap orang yang mendakwa melihat kesan seperti diharapkan lebih berkuasa mempengaruhi minda wanita khususnya yang taasub mahu cantik. Ada yang mendakwa amalan itu boleh mencerahkan kulit, tidak kurang juga yang memberi sebab untuk menyihatkan badan kerana kesan mencucuk vitamin C lebih cepat berbanding makan buah-buahan mengandungi vitamin itu.

Bagaimanapun, menurut Pakar Estetika Dr Harith Amirizal Hariff, tiada satu kajian saintifik pun membuktikan suntikan vitamin C dapat mencerahkan kulit malah paling membimbangkan apabila suntikan itu kini boleh didapati dengan begitu mudah di pasaran.

Katanya, kebanyakan orang membeli suntikan ini daripada ejen dan secara dalam talian menyebabkan urusan itu tidak dapat dipantau pihak berkuasa.

Kesan sampingan suntikan ini katanya bukan saja akan membawa keburukan kepada badan selain pesakit juga tidak dapat mengenal pasti kandungan suntikan benar-benar asli dan selamat kerana tidak diperiksa dan diluluskan.

“Sesiapa saja yang mahukan suntikan ini perlu mendapatkan rawatan di klinik yang diiktiraf untuk mengelakkan kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan dan kecantikan.

“Obsesi untuk mencerahkan warna kulit badan begitu sinonim dengan masyarakat di negara ini. Ada yang berani menyuntik sendiri cecair yang didakwa vitamin C ke dalam badan tanpa memikirkan kesan sampingannya.

“Kaedah ini (mencerahkan kulit) mungkin menjadi untuk sesetengah orang hingga ramai terpedaya melihat kesan selepas suntikan dibuat. Bagaimanapun, ia sebenarnya lebih banyak mendatangkan mudarat untuk kesihatan bagi jangka masa panjang.

“Lebih-lebih lagi jika suntikan dilakukan tanpa pengawasan. Bagaimana jika suntikan tidak masuk ke saluran darah, tentu ia menimbulkan kesakitan dan mudarat pada badan,” katanya.

Penjagaan menyeluruh

Dr Harith berkata, pengambilan vitamin C memang penting untuk kecantikan kulit, namun berbanding suntikan, adalah lebih baik dan selamat jika diambil daripada sumber makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya vitamin itu.

Malah katanya, pengambilan vitamin C melalui makanan asli (buah-buahan dan sayur-sayuran) adalah terbaik kerana seseorang akan mendapat khasiat lain seperti serat, polifenol, flavonoid dan vitamin E yang penting untuk kesihatan menyeluruh.

Jelasnya, vitamin C juga mudah rosak, maka suntikan vitamin C yang dilakukan individu tidak bertauliah amat tidak digalakkan. Ini dikhuatiri kemungkinan berlaku jangkitan kuman pada tempat suntikan. Kita juga tidak pasti sama ada bahan yang disuntik benar-benar vitamin C tulen dan kebersihan jarum suntikan.

“Ramai yang lupa, asas penjagaan kulit bermula daripada pemakanan. Selain itu penjagaan luaran juga penting namun kita harus pastikan produk yang digunakan bebas bahan terlarang untuk mengelakkan mudarat.

“Sebaik-baiknya dapatkan dulu nasihat pakar sekiranya berdepan masalah kulit apatah lagi membabitkan prosedur invasif. Jangan sesekali mudah percaya dengan kata-kata orang kerana keadaan kulit, tahap kesihatan dan daya ketahanan badan setiap orang tidak sama,” katanya.

Dalam pada itu katanya, ramai dalam kalangan kita menganggap kegunaan krim tabir suria hanyalah untuk pergi ke pantai malah ada sesetengahnya merasakan tiada keperluan memakainya.

Krim ini sebenarnya melindungi kulit daripada sinaran cahaya matahari keterlaluan yang boleh memudaratkan sel kulit dan tidak terhad pada penggunaan ketika di pantai saja.

Pendedahan berpanjangan kepada pancaran sinaran ultra lembayung (UV) yang terik adalah faktor persekitaran paling penting dalam menyebabkan kanser kulit dan bibir.

“Kita tidak dapat mengelak daripada terdedah kepada UV dalam kehidupan seharian. Malah duduk di pejabat juga kita terdedah dengan sinar UV menerusi lampu yang dipasang.

“Krim tabir suria yang mengandungi SPF 30 dan ke atas penting untuk mengurangkan kesan sinar UV terhadap kulit yang perlu dititikberatkan setiap orang,” katanya.

Sumber: Harian Metro (1 Ogos 2018)

KEBAIKAN SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS  


Bahaya suntikan Vitamin C, Injection Vitamin C, Vitamin untuk Kulit Cantik, Set Kecantikan Shaklee, Petua Kulit Cantik, Rahsia Kulit Cantik, Sustained Release Vita-C Plus Shaklee,

Manfaat dan faedah Vitamin C Shaklee terhadap kesihatan ialah:


1. Membentuk Kolagen

Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mengurangkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik.

2. Memperbaiki Simptom Pendarahan

Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

3. Peningkatan Sistem Imun

Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.

4. Memerangi Kanser

Ianya satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

5. Mencantikkan Kulit

Pengambilan Vitamin C setiap hari membantu mencerahkan kulit, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

6. Memperbaiki Insomnia

Ia memperbaiki insomnia, stres, masalah berkaitan mental seperti keresahan.

7. Mengekalkan Kolesterol Sihat

Ianya mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

Kenapa Kita Perlu Ambil Vitamin C?


Haiwan menghasilkan Vitamin C mereka sendiri, seperti arnab mampu menghasilkan 18,000mg (18g) Vitamin C sedangkan manusia tidak dapat menghasilkan Vitamin C. Tambahan pula Vitamin C larut air dan akan hilang berterusan dari tubuh kita. Oleh itu adalah perlu untuk kita mengambil Vitamin C setiap hari. Vitamin C tidak memberi kesan toksik.


Kajian dari Dr. James Scala telah menunjukkan, adalah selamat untuk mengambil 5,000mg (10 tablet) hingga 10,000mg (20 tablet) Vitamin C sehari. Dr. Pauling, yang menemui Vitamin C, mengambil 18g (18,000mg) sehari dan beliau sihat secara fizikal pada umur 94 tahun.




Bahaya suntikan Vitamin C, Injection Vitamin C, Vitamin untuk Kulit Cantik, Set Kecantikan Shaklee, Petua Kulit Cantik, Rahsia Kulit Cantik, Sustained Release Vita-C Plus Shaklee,


Adakah Vitamin C Daripada Buah Sudah Mencukupi?


Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45mg-60mg Vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan Vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh itu, buah yang tidak ranum mengandungi kandungan Vitamin C yang sedikit.


Kandungan Vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan. Pengambilan Vitamin C dapat melengkapkan keperluan Vitamin C dalam tubuh.



Perbezaan Vitamin C SHAKLEE:


" Sains pembebasan berterusan secara semulajadi " vitamin C telah direka oleh Shaklee. Setiap tablet vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. 


Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C di dalam 2 tablet vitamin shaklee (di dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120 mg bioflavonoid yang juga dikenal sebagai vitamin C complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bateria dan radikal bebas.


Testimoni Sustained Release Vita-C Plus Shaklee


Testimoni No #1




Testimoni Sustained Release Vita-C Plus Shaklee, Bahaya suntikan Vitamin C, Injection Vitamin C, Vitamin untuk Kulit Cantik, Set Kecantikan Shaklee, Petua Kulit Cantik, Rahsia Kulit Cantik, Sustained Release Vita-C Plus Shaklee,
Kiri: gambar sebelum, kanan: gambar terbaru


Puan Nini bukan dilahirkan kulit mulus licin  cantik jelita meletup kebabom! 
Kulit Puan Nini bermasalah dr mula sekolah menengah dan makin memburuk bila mula masuk kolej.

Kulit berminyak, berjerawat, rendah diri bergabung menjadi satu. Orang lain habis beribu nak kurus. Nini pula perabih nak kulit cantik. Sebut je produk apa tak penah Nini calit kat muka ni.. Tp semua tak berkesan sebab nak KULIT YANG CANTIK KENA BERMULA DARI DALAM...


Alhamdulillah 2 tahun bersama Shaklee secara konsisten kulit Nini kembali normal bukan licin 100% tapi bila saudara atau kawan tengok mesti diorg tegur. Pakai apa? Seronok kulit dah kembali normal!



Testimoni No #2




Testimoni Sustained Release Vita-C Plus Shaklee, Bahaya suntikan Vitamin C, Injection Vitamin C, Vitamin untuk Kulit Cantik, Set Kecantikan Shaklee, Petua Kulit Cantik, Rahsia Kulit Cantik, Sustained Release Vita-C Plus Shaklee,



Testimoni No #3



Testimoni Sustained Release Vita-C Plus Shaklee, Bahaya suntikan Vitamin C, Injection Vitamin C, Vitamin untuk Kulit Cantik, Set Kecantikan Shaklee, Petua Kulit Cantik, Rahsia Kulit Cantik, Sustained Release Vita-C Plus Shaklee,



Testimoni No #4



Testimoni Sustained Release Vita-C Plus Shaklee, Bahaya suntikan Vitamin C, Injection Vitamin C, Vitamin untuk Kulit Cantik, Set Kecantikan Shaklee, Petua Kulit Cantik, Rahsia Kulit Cantik, Sustained Release Vita-C Plus Shaklee,



Testimoni No #5


Testimoni Sustained Release Vita-C Plus Shaklee, Bahaya suntikan Vitamin C, Injection Vitamin C, Vitamin untuk Kulit Cantik, Set Kecantikan Shaklee, Petua Kulit Cantik, Rahsia Kulit Cantik, Sustained Release Vita-C Plus Shaklee,



Testimoni No #6


Testimoni Sustained Release Vita-C Plus Shaklee, Bahaya suntikan Vitamin C, Injection Vitamin C, Vitamin untuk Kulit Cantik, Set Kecantikan Shaklee, Petua Kulit Cantik, Rahsia Kulit Cantik, Sustained Release Vita-C Plus Shaklee,



Testimoni No #7


Testimoni Sustained Release Vita-C Plus Shaklee, Bahaya suntikan Vitamin C, Injection Vitamin C, Vitamin untuk Kulit Cantik, Set Kecantikan Shaklee, Petua Kulit Cantik, Rahsia Kulit Cantik, Sustained Release Vita-C Plus Shaklee,



Promosi:

Sustained Release Vita-C Plus Shaklee
1-31 October 2018 
Beli 3 JIMAT 5% 



Shaklee Promotion, Testimoni Sustained Release Vita-C Plus Shaklee, Bahaya suntikan Vitamin C, Injection Vitamin C, Vitamin untuk Kulit Cantik, Set Kecantikan Shaklee, Petua Kulit Cantik, Rahsia Kulit Cantik, Sustained Release Vita-C Plus Shaklee,




Kalau nak cuba Sustained Release Vita-C Plus Shaklee ni boleh Whatsapp Qiya atau pun klik kat SINI je.

Jangan lupa untuk baca juga artikel 10 Manfaat Rendam Kaki dalam Air Panas & Garam ini.

Qiya,
Shaklee Independent Distributor,
Shah Alam & Klang

Continue Reading