Tuesday, 28 April 2020

Resipi Laksa PKP Makcik Kiah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai korang, macam mana puasa, da 5 Ramadhan ni? 25 hari lagi kita raya.. yahooooo! Hehehe.. tak payah nak yahoo yahoo sangat la kan, raya kat rumah je la kita tahun ni. Harap-harap cepat la Covid-19 ni reda. Amin

Semalam qiya masak laksa, nama dia laksa PKP Makcik Kiah uolllss.. haha

Cuba korang tengok laksa ni, sedih je rupa.. timun tak ada, cili api pun tak ada, ada bawang dengan telur rebus je. PKP punya pasal, masak jela apa yang ada.

Meh qiya share sikit resipi laksa PKP Makcik Kiah ni.. 😜






Resipi Laksa PKP Makcik Kiah


Bahan-bahan:-

2 bungkus laksa
1kg ikan selayang/sardin 
3 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
4 5 keping asam keping
1 sudu belacan
10 tangkai cili kering
4 tangkai daum kesum
Garam secukup rasa
Telur rebus


Cara penyediaan:-

1. Rebus ikan dan asingkan isi dengan tulang.
2. Blend tulang ikan, tapis, dan ambil airnya.
3. Guna air tulang ikan yang ditapis tadi,  kemudian blend isi ikan, bawang putih, bawang besar, belacan, cili kering yang telah direbus, dan asam keping.
4. Masak bahan kisar dalam periuk. Tambah air secukupnya, daum kesum, dan garam. Biarkan mendidih sepenuhnya.
5. Dalam periuk lain rebus laksa selama 30-45 minit. Angkat dan toskan. 
6. Campurkan laksa dengan kuah, tabur bawang besar mentah yang dihiris halus, dan letak rebus diatasnya. Siap!

Mudah kan nak buat Laksa PKP Makcik Kiah ni? Hihi

Selamat mencuba, dan selamat menjalani ibadah puasa. Semoga dengan asbab PKP ni kita ada banyak Masa untuk beribadah!

2 comments:

  1. "Selamat siang Bos 😃
    Mohon maaf mengganggu bos ,

    apa kabar nih bos kami dari Agen365
    buruan gabung bersama kami,aman dan terpercaya
    ayuk... daftar, main dan menangkan
    Silahkan di add contact kami ya bos :)

    Line : agen365
    WA : +85587781483
    Wechat : agen365


    terimakasih bos ditunggu loh bos kedatangannya di web kami kembali bos :)"

    ReplyDelete