Fitness Journey Qiya on Ramadhan 2020 - Day 1
Done bersahur..
3 sudu protein soya ESP
1 senduk nasi putih
1 biji telur rebus
Sayur dan ulam
Beberapa potong buah tembikai
5 biji Alfalfa Complex
#Ramadhan2020Day1
#qiyasaadshaklee 😘
Menu berbuka puasa hari pertama puasa;
1 biji kurma
1 cawan air sirap bandung
500ml air kosong
1/2 roti john mini daging cheezzy special
1 senduk nasi putih
3 sudu sayur kobis goreng
1 genggam sayur broccoli dan carrot
2 sudu sotong goreng kicap
2 ekor ikan pelaling goreng
2 sudu sambal belacan tumis
1 biji kuih cara berlauk
1/2 biji kuih cucur badak
1 cup sagu gula melaka
Suplimen yang qiya ambil;
5 biji Alfalfa Complex lepas bersahur dan berbuka puasa
3 sudu protein soya ESP masa bersahur
Bila da buat list ni baru sedar banyak jugak qiya makan.. memang susah la nak turun berat badan kalau macam ni.. 😢
Kena kira kalori semula agaknya.
Berat badan qiya 2 minggu lepas 64kg lebih.
Qiya nak turunkan 10kg je sebelum raya nanti.. 💪
Fitness Journey Qiya on Ramadhan 2020 - Day 2
Ni menu bersahur qiya hari ni, 2 Ramadhan..
Nasi putih 1 senduk
Telur rebus 2 biji
Sayur rebus 1 genggam
Sayur goreng 2 sudu
Sambal belacan sikit
Air protein soya ESP 3 sudu
Lepas bersahur qiya ambil 5 biji Alfalfa Complex untuk detoks. Air kosong 1 liter qiya minum sebelum makan, lepas makan qiya minum jugak air kosong tapi sikit jela, setakat basahkan tekak.
Bila ambil cukup protein soya ESP ni memang rasa kenyang lama. Waktu berbuka pun tak berapa lapar sangat.
Waktu berbuka qiya ambil sebiji kurma, minum air manis sikit, pastu minum air kosong at least 500ml. Bila rasa da kenyang dgn air, baru qiya makan makanan yg berat.
Fitness Journey Qiya on Ramadhan 2020 - Day 3
Alhamdulillah. Sahur hari ni masih lagi dengan protein ESP.
Sapa-sapa yg ada gastrik sesuai sangat ambil ESP ni sebab protein ni membantu menyembuhkan luka.
Untuk turunkan berat juga sangat disarankan ambil ESP ni sebab protein yg kita makan akan menjadi otot, otot berfungsi untuk bakar lemak dalam badan kita.
Menu bersahur qiya pada 3 Ramadhan;
2 sudu ESP
1 senduk nasi putih
Beberapa potong buah epal hijau, epal merah, dan lai
1 biji kuih koci
1/2 biji kuih cucur badak
Asam pedas ikan pari
1/2 ikan selayang/sardin sambal
Sedikit keropok/kerepek
1 biji telur rebus
Suplimen lepas makan; 5 biji Alfalfa Complex untuk detoks/buang lebihan air dalam badan.
Air manis? ❌
Qiya minum air kosong je, minum 1 liter lebih sambil perangat lauk, lebih kurang ada 1 jam kat situ kan, so dapat la minum banyak air kosong.
Misi menurunkan berat badan a.k.a #FitnessJourneyQiya still on. Hari ni kena cuba eatclean plak, less sugar, less salt, less oil. No kueh mueh yg high in calories tu! Kata nak sihat kan.. 😊
#Ramadhan2020Day3
#qiyasaadshaklee
#qiyabeauty
#SuperRichStriker 😘
Fitness Journey Qiya on Ramadhan 2020 - Day 4
Menu bersahur dan berbuka qiya pada 4 Ramadhan;
Sahur hari ni 4 Ramadhan terlupa nak snap menu apa qiya makan, terlewat plak bangun tadi. Tapi yang penting qiya ambil ESP dan Alfalfa Complex untuk bantu penghadaman yang lebih baik.
Berbuka plak qiya makan 1 biji kurma, 200ml air kosong, 2 sudu ESP, laksa, dan 1/2 biji roti john mini. Semalam qiya berbuka agar-agar milo, kuih qasidah, kurma, nasi putih, lauk, sayur, ESP, dan Alfalfa Complex. ESP dan Alfalfa untuk penghadaman yang lebih sihat.
0 comments:
Post a Comment