Saturday, 4 April 2020

Set Keperluan Asas Harian Shaklee (Daily Essential Set)

Hai, Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam enrty ni qiya nak terangkan tentang set keperluan asas harian Shaklee atau daily essential set, tapi sebelum tu jom kita ambil tau serba sedikit tentang senario Covid-19 iaitu ringkasan tentang siapakah target Covid-19 di Malaysia, iaitu golongan yang berisiko tinggi diserang wabak pandemik coronavirus Covid-19 ni setakat 5 April 2010.

Kebanyakkan pesakit Covid-19 yang meninggal dunia adalah mereka yg berumur 60 tahun keatas tidak mengira jantina.

Selain faktor usia, faktor kesihatan juga memainkan peranan penting.. sebab bila sistem pertahanan badan (immune system) lemah pelbagai penyakit mudah menyerang.

Berapa ramai pesakit Covid-19 yang meninggal tersebut mempunyai penyakit kronik seperti jantung, darah tinggi, kencing manis, dan buah pinggang?

Penyakit-penyakit ni semua berkaitan dengan faktor pemakanan dan gaya hidup seseorang, selain faktor genetik.

Kalau ikutkan Covid-19 ni dia target orang yang ada masalah sistem pernafasan seperti astma dan radang paru-paru atau pnuemonia, tapi di negara kita ni lain plak cerita dia..

Cuba cek berapa cawan air manis kita da minum hari ni, berapa banyak minyak dan garam dalam makanan seharian kita..

Semua ni adalah faktor penyumbang kepada peningkatan bilangan pesakit Covid-19 yg meninggal dunia di negara kita.

Setuju tak?

Sebab tu kalau boleh dari awal-awal lagi kita sepatutnya jaga kesihatan dan jaga pemakanan, bukan bila da ada penyakit baru nak jaga kesihatan dan jaga makan. 

Saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai menu makanan segera, makanan yang tinggi kandungan lemak, gula, minyak , penambah perasa, dan garam, minuman yang manis pekat berkrim, pendek kata semua makanan kegemaran rakyat Malaysia mudah sangat nak dapat. Lagi-lagi bila ada sistem delivery yang pesat berkembang sekarang ni, semua di hujung jari, kesannya? Fikir-fikirkan la ye..

Ok, berbalik pada set keperluan asas harian Shaklee


0 comments:

Post a Comment