Sunday 8 September 2019

Barang-barang Keperluan dan Perkara-perkara yang Perlu dilakukan Sebelum dan Selepas Bersalin

Proses kehamilan, melahirkan, dan berpantang bukanlah sesuatu yang mudah, banyak perkara yang perlu diambil perhatian sama ada ketika hamil, ketika melahirkan ataupun selepas bersalin iaitu selama tempoh berpantang. 

Kesihatan ibu berpantang dan bayi yang baru dilahirkan amat penting. Selain itu perlu diberi perhatian kepada perkara-perkara yang perlu dilakukan dalam tempoh hamil sehingga selepas berpantang dan juga persiapan ibu dan bayi yang bakal lahir seperti pakaian dan sebagainya.

Keperluan ibu ketika hamil / Sebelum bersalin


- Daftar buku pemeriksaan bayi dalam kandungan di klinik kesihatan ibu & anak yang berhampiran seawal usia kandungan
- vitamin B complex, asid folic, dan iron formula


amalan-amalan wanita berpantang, Barang-barang keperluan ibu bersalin, keperluan bayi baru lahir, set berpantang dan menyusu shaklee, set hamil shaklee, suplimen untuk ibu berpantang,


- Keperluan bayi yang akan dilahirkan seperti:-

  1. Kain lampin untuk bedung
  2. Tuala mandi
  3. Baju lengan panjang dan seluar panjang
  4. Baju lengan pendek dan seluar pendek
  5. Barut
  6. Selimut
  7. Mandian top to toe
  8. Bedak
  9. Minyak angin (yuyi, telon)
  10. Pampers
  11. Tilam dan bantal
  12. Kelambu
  13. Buaian
  14. Botol susu
  15. Berus botol susu
  16. Susu formula (in case baby tak menyusu badan)
  17. Tisu basah
  18. Minyak gamat (in case punggung bayi melecet)
  19. Sarung tangan dan stokin
  20. Pelas air panas
  21. Child seat (letak dalam kereta)
  22. Besen mandi 
  23. Hanger penyepit untuk sidai pakaian bayi
  24. Alas getah ( guna waktu cuci najis baby)
  25. Stroller
  26. Rocking chair
- barang-barang keperluan untuk basuh dan tanam uri; untuk basuh uri memerlukan garam dan asam manakala untuk tanam uri pula memerlukan kawasan yang sesuai iaitu jauh dari laluan binatang seperti anjing liar, kain yang sesuai untuk bungkus uri seperti kain lampin, rempah-rempah seperti lada hitam, garam, asam, dan selebihnya boleh tanya mak bidan.


Keperluan Ibu Selepas Bersalin / Ketika Berpantang 


- air daun ubat
- tungku
- bengkung
- bidan bersalin untuk mengurut
- param
- pilis
- minyak angin / losyen herba
- kain batik
- tuala wanita / menstrual pad
- minyak gamat
- biji manjakani
- daun sirih
- jamu
- stokin
- getah rambut untuk ikat sanggul rambut tinggi-tinggi dan ketat supaya tak masuk angin.
- pam susu 
- kobis (letak dekat payudara kalau bengkak susu)
- sikat untuk sikat payudara supaya tak bengkak susu / cairkan susu ibu yang berketul.
- habbatussauda, air bunga mawar untuk bertangas
- periuk tangas (periuk tanah liat)
- makanan ketika berpantang
- vitamin 
- ubat tahan sakit


Amalan-amalan Tradisional Kaum Wanita Ketika Berpantang


- pantang makan dan bersama suami sekurang-kurangnya 44 hari
- berurut dengan bidan bersalin selama 3 ke 7 hari selepas 3 hari bersalin secara normal
- bertungku setiap pagi dan malam untuk kecutkan urat dan rahim
- berbengkung untuk mengecutkan rahim, mempercepatkan proses pengeluaran darah kotor, memperbetul kedudukan tulang belakang, menyokong tulang belakang ketika menyusu bayi, mengempiskan perut yang menggelebeh selepas proses bersalin, mengawal selera makan kerana ruang perut jadi sempit, elak badan masuk angin, dapatkan bentuk badan yang cantik, dan sebagainya.
- mandi air daun-daun herba untuk menyegarkan badan
- bertangas untuk mengeluarkan sisa-sisa darah kotor / nifas serta menaikkan rahim ke tempat asal
- bersalai 
- berparam & berpilis untuk elak sakit kepala, gelap mata, atau meroyan
- memakai stokin setiap masa untuk elak angin masuk dalam badan
- pakai baju tebal / lengan panjang supaya angin tak memasuki pori-pori yang boleh mengakibatkan kesejukan / ketar / menggigil kesejukan, atau lebih tepat disebut sebagai bentan, serta untuk mengelak dari  ibu jari tersepak benda-benda keras yang juga boleh menyebabkan terjadinya bentan, tumpah darah yang boleh mengakibatkan kematian ibu ketika berpantang.

Perkara-perkara yang Perlu di beri Perhatian Lebih Serius Ketika Hamil


- bacaan Hb atau hemoglobin, pastikan bacaan 11 dan keatas

- HB rendah membawa maksud tekanan darah rendah yang boleh mengakibatkan keguguran, tumpah darah, dan kematian ibu sebelum, ketika, atau selepas bersalin

- makan makanan dan suplimen yang boleh naikkan paras hemoglobin, HB ke paras normal seperti iron formula, jambu batu, kerang, sayur bayam, buah tembikai, dan macam-macam lagi, boleh rujuk buku pemeriksaan kehamilan, bertanya nurse dan doktor.

- kawal berat badan supaya tak ada penyakit kencing manis ketika mengandung. Berat badan berlebihan atau obesiti dikalangan wanita hamil boleh menyebabkan bayi dalam kandungan tidak dapat bekalan oksigen yang secukupnya, dan akibatnya bayi dalam kandungan berkemungkinan akan lahir tak cukup bulan atau pra matang, mati dalam kandungan, cacat atau syndrome down.

- untuk kawal berat badan ambil makanan tinggi serat seperti oats, roti wholemeal, beras perang, sayur-sayuran, buah-buahan, dan sebagainya

- Jangan skip makan vitamin yang dibekalkan oleh klinik, kurang iron formula boleh menyebabkan bacaan anemia iaitu keadaan dimana bacaan HB menjadi low, berasa pening- pening dan lesu, manakala kekurangan pengambilan folic acid akan menyebabkan kecacatan tulang bayi terutama tulang belakang

- ambil vitamin C dan elakkan mengambil minuman berkafien seperti kopi, teh, milo 2 jam sebelum dan selepas mengambil vitamin. Vitamin C penting untuk badan menyerap nutrisi daripada vitamin B complex, asid folic, dan iron formula yang dibekalkan oleh klinik khusus untuk ibu mengandung. Vitamin B Complex penting untuk elak pelbagai tekanan yang dihadapi oleh ibu hamil.

- Ibu hamil kerap mengalami masalah kekejangan otot kaki atau tarik urat / tarik mengkarung, masalah sembelit, dan masalah susah tidur malam atau insomnia. Perkara terbaik yang perlu dilakukan adalah ambil pil kalsium untuk mengurangkan gejala-gejala tersebut.


Set Hamil Shaklee


Set hamil shaklee, pregnancy supplement, makanan tambahan untuk wanita mengandung, vitalea iron formula, zat besi, vitamin ibu mengandung, vitamin b complex, asid folic, vitamin c, sustained release vita c plus, esp mixed soy protein, susu soya, ostematrix, kalsium, calcium, elak betis kejang, tarik urat, tarik mengkarung, omega guard, minyak ikan, fish oil, kurangkan berat badan, obesiti dan kencing manis dikalangan ibu hamil, anemia, hb low, tekanan darah rendah, kurang kalsium penyebab insomnia, susah nak tidur malam, sembelit, bayi pramatang, bayi cacat tulang belakang, bayi lahir tak cukup umur, tumpah darah, gila meroyan, ibu mati ketika bersalin, keguguran kandungan,

  • Vita-Lea Iron Formula (Zat Besi)
  • Sustained Release Vita-C Plus 
  • ESP Mixed Soy Protein
  • OmegaGuard (Minyak ikan)
  • B-Complex dengan Asid Folic
  • OsteMatrix (Kalsium)


Set Menyusu Shaklee



Set menyusu shaklee, esp mixed soy protein, susu soya, kurangkan kolesterol, turunkan berat badan, sumber protein, milk booster, penggalak susu ibu, vitamin b complex, folic acid, kurangkan tekanan ibu stress kepenatan, gila meroyan dalam pantang, tumpah darah, bentan bersalin, vitalea iron formula zat besi, tambah darah, anemia, tekanan darah rendah, hb low, alfalfa complex, detoks, buang toksin, nyah toksin, toksik, buang racun dalam badan, vitamin c, sustained release vita c plus, SR vita c plus, sembuhkan luka bersalin, merangsang kolagen, kesihatan kulit gigi gusi mata, elak rambut gugur, gusi berdarah, luka bersalin, kuatkan antibodi, imun sistem, demam ketika berpantang, bentan bersalin, ibu pantang bersalin demam menggigil kesejukan, ostematrix, pil kalsium, tulang dan gigi kuat, kurangkan sembelit, insomnia, susah tidur malam, lecithin, singkirkan lemak, pecahkan lemak, turun kurang berat badan, cara untuk kurus lepas melahirkan anak,

  • Alfalfa Complex
  • Vita-Lea Iron Formula (Zat Besi)
  • Sustained Release Vita-C Plus
  • ESP Mixed Soy Protein
  • Lecithin
  • B-Complex with Folic Acid
  • OsteMatrix (Kalsium)





Untuk maklumat lanjut mengenai set hamil dan set menyusu Shaklee sila whatsapp qiya ditalian 012-2668424 atau kalau nak order sendiri sila order melalui LINK ini.


🌹 Qiya Saad 🌹
💊 Pengedar Sah Shaklee
🛍 COD Shah Alam, Klang, dan sekitar Lembah Klang
🚚 Poslaju seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak
📲 +6012 2668424

1 comment:

  1. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*c0M
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup.

    ReplyDelete