Wednesday 11 September 2019

Jerebu dan Bacaan IPU Tidak Sihat - Kesan Pencemaran Udara Terhadap Kesihatan

Pencemaran udara daripada pembakaran terbuka boleh mengakibatkan kenaikan suhu dunia atau disebut pemanasan global. Isu pemanasan global atau global warming ini bukan isu baru tetapi masih ramai dikalangan rakyat Malaysia bersikap sambil lewa terhadap kesan-kesan pencemaran udara yang semakin membimbangkan ini.


asma, Indeks Pencemaran Udara (IPU), jangkitan paru-paru, Jerebu, masalah pernafasan, pemanasan global, pembakaran kebun, pembakaran secara terbuka, sesak nafas, air pollution, kesan pencemaran udara terhadap kesihatan,


Kualiti udara di Malaysia boleh dipantau dengan cara merujuk bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) daripada 68 Stesen Pengawasan Kualiti Udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) melalui laman web apims.doe.gov.my.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Malaysia


Terdapat 5 tahap bacaan IPU, iaitu:-

< 50 : Baik
51 - 100 : Sederhana
101 - 200 : Tidak Sihat 
201 - 300 : Sangat Tidak Sihat
> 300 : Berbahaya


Faktor-faktor Berlakunya Jerebu / Pencemaran Udara di Malaysia


- kebakaran hutan
- jerebu rentas sempadan, asap dari negara-negara jiran
- pembakaran sampah secara terbuka
- pembakaran kebun/ladang berskala besar  yang DISENGAJAKAN untuk dijadikan sebagai baja kompos atau untuk menyuburkan tanah.
- asap kenderaan, asap dari industri seperti kilang-kilang, asap rokok, dan sebagainya.

Kesan Buruk Pencemaran Udara Terhadap Kesihatan



asma, Indeks Pencemaran Udara (IPU), jangkitan paru-paru, Jerebu, masalah pernafasan, pemanasan global, pembakaran kebun, pembakaran secara terbuka, sesak nafas, air pollution, kesan pencemaran udara terhadap kesihatan,


- batuk, asma, sesak nafas, dan masalah berkaitan pernafasan
- sakit kepala, loya, muntah
- demam, selesema
- masalah berkaitan paru-paru
- kanser kulit
- kanser paru-paru
- kecacatan otak pada kanak-kanak
- gangguan pembinaan sel darah baru
- kanser tulang dan leukimia
- stroke
- penyakit kardiovaskular


Langkah-langkah yang perlu diambil ketika jerebu / udara tercemar


- Pantau bacaan IPU
- Jika IPU melebihi 100, kurangkan aktiviti di luar rumah
- banyakkan minum air kosong
- pakai topeng pernafasan / mask ketika keluar rumah
- ambil suplimen yang dapat meningkatkan sistem imun untuk melawan gejala-gejala akibat jerebu seperti dehidrasi, sakit kepala, batuk, lelah, demam, dan sebagainya.


Hasil pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di seluruh negara

Merujuk kepada bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada jam 3 petang 19 September 2019 dari 68 Stesen Pengawasan Kualiti Udara Jabatan Alam Sekitar (JAS), menujukkan 26 stesen berada pada bacaan tahap sederhana, 36 setesen berada pada bacaan tahap tidak sihat, dan 6 stesen mempunyai bacaan pada tahap sangat tidak sihat.

KKM memantau penyakit-penyakit berkaitan jerebu di 31 buah klinik sentinel jerebu, iaitu penyakit asma, konjuntivitis, dan jangkitan saluran pernafasan (Upper Respirotary Track Infection, URTI)

  • Terdapat peningkatan penyakit asma sebanyak 15.8% (1,187 kepada 1,375 kes)
  • Terdapat peningkatan terhadap penyakit konjuntivitis sebanyak 24.9% (253 kepada 317 kes)


asma, Indeks Pencemaran Udara (IPU), jangkitan paru-paru, Jerebu, masalah pernafasan, pemanasan global, pembakaran kebun, pembakaran secara terbuka, sesak nafas, air pollution, kesan pencemaran udara terhadap kesihatan,


Merujuk bacaan IPU di website Jabatan Alam Sekitar (apims.doe.gov.my) pada jam 3 petang bertarikh 22 September 2019, masih terdapat 2 stesen yang menunjukkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat, iaitu stesen Johan Setia Klang (207), dan Sri Aman Sarawak (203).

Pemantauan Bacaan IPU di Stesen Johan Setia Klang (22 Sept - 23 Sept 2019)


22 Sept 2019

1 AM - 167
2 AM - 173
3 AM - 180
4 AM - 185
5 AM - 188
6 AM - 191
7 AM - 195
8 AM - 193
9 AM - 193
10 AM - 194
11 AM - 192
12 PM - 191

1 PM - 197
2 PM - 202
3 PM - 207
4 PM - 207
5 PM - 208
6 PM - 210
7 PM - 213
8 PM - 216
9 PM - 218
10 PM - 221
11 PM - 223
12 AM - 224


23 Sept 2019

1 AM - 225
2 AM - 222
3 AM - 220
4 AM - 219
5 AM - 217
6 AM - 214
7 AM - 213
8 AM - 212
9 AM - 211
10 AM - 212
11 AM - 214
12 PM - 216

1 PM - 212
2 PM - 208
3 PM - 203


Ulasan Tentang Masalah Jerebu di Johan Setia Klang (2018-2019) Sebagai Penduduk Setempat


Kebanyakan tempat di seluruh Malaysia bacaan IPU da turun, tapi IPU di Johan Setia makin naik.

Kenapa? Saya rasa ramai penduduk setempat yg tau sebab apa..

Saya mula menyewa di Johan Setia dari tahun 2014-2015 ada masa tu abu penuh dekat kawasan rumah, bau asap tak payah cakap la.

Bila pindah Bandar Putera 2, ok sikit, tak ada da masalah abu masuk dalam kawasan rumah.

Ingat selesai la masalah ni rupanya lagi teruk, asal subuh je jadi jerebu.

Puncanya?

Kebakaran/pembakaran dari kebun sebelah Bandar Putera 2.

Tahun 2018, ada satu pagi tu saya pernah terserempak api tengah besar, kawasan tu diorang lambak sampah dekat tapak kebun tu, saya call bomba, tak lama datang la bomba padamkan api.

Bomba pun memang selalu standby dekat area kebun tu, malam-malam atau subuh-subuh kebun terbakar?

Kalau tengahari cuaca panas, ye logik kalau kebun terbakar.

Saya tak puas hati saya call Jabatan Alam Sekitar Shah Alam, saya dapat info ramai yang da buat aduan tentang masalah jerebu ni dekat kawasan Johan Setia.

Dalam masa yg sama menteri sumber asli dan alam sekitar turun padang, buat pembenihan awan, tapi katanya awan di kawasan ni terlalu sedikit, tak boleh buat pembenihan awan, tapi ada hujan waktu tu, mungkin berjaya la pembenihan awan yg mereka lakukan.

Tak lama lepas tu baru la stesen IPU dipasang dekat SK Johan Setia ni.

Saya pernah tanya 2 3 orang penduduk Johan Setia yang da 20-30 tahun menetap di situ, kenapa teruk sangat jerebu dekat sini?

Diorang cakap masalah jerebu dekat sini memang macam ni, da tak boleh buat apa da.

Kawan saya cakap dulu masa dia kecik2 kalau jerebu ni seronok, sebab boleh cuti sekolah..

Betul ke keadaan jerebu di Johan Setia Klang 10, 20, 30 tahun lepas memang macam ni?

Saya bukan penduduk asal sini, tapi saya berharap kita semua boleh cari punca sebenar masalah jerebu ni dan laporkan kepada pihak berwajib.

Sampai bila kita nak hidup dalam keadaan sengsara sedangkan ada sesetengah pihak sedang rakus mengaut keuntungan diatas kesengsaraan kita ni?


Manfaat Nutriferon Shaklee


  • Membantu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kimoterapi
  • Merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus, dan kuman
  • Mengurangkan infeksi oleh pesakit Hepatitis B dan C
  • Melindungi tubuh daripada virus, mikrob termasuk flu dan influenza
  • Menggalakkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi dengan baik untuk membunuh bakteria
  • Membantu mengurangkan symptom PMS
  • Mempertingkatkan keseluruhan sistem imun
  • Mengurangkan hipertensi, tahap kolesterol yang tinggi
  • Merupakan interferon semulajadi
Jika berminat untuk mendapatkan set vitamin dan suplimen Shaklee untuk meningkatkan sistem pertahanan semulajadi tubuh sila whatsapp Qiya di talian 012-2668424.

www.wasap.my/60122668424




Ingin jana pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi Qiya sekarang! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan. Dan anda akan dijemput ke group eksklusif di Facebook.

1 comment:

  1. Numpang promo ya Admin^^
    ajoqq^^com
    mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
    mari segera bergabung dengan kami.....
    di ajoqq^^com...
    segera di add Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete