Thermomix: Review 1
Nak buat review pasal dapur robot ni, Thermomix nama dia. Saya memang suka bagi review barang-barang yang saya beli, review tak berbayar 😅😆.
Kelebihan dan kekurangan Thermomix.
Walaupun baru beli bulan November lepas, masih baru, tapi rasa macam dah layak untuk bagi pendapat.
Isteri saya panggil Thermomix ni "Bibik Jerman". Kami terpengaruh untuk bawa balik Bibik Jerman ke rumah selepas buat research dalam beberapa hari.
Siapa yang pernah tergoogle perkataan "Thermomix" di internet dan layan YouTube pasal Thermomix rasanya memang dia akan terpengaruh untuk beli.
Banyak kelebihannya, boleh tengok di fb Widyana Ali. Dia banyak share pasal ni. Hampir setiap hari dia share menu masakan guna Thermomix. Boleh follow fb dia.
Saya tulis ringkas je lah ye pasal kelebihan sebab Widyana dah tulis banyak di fb dia.
Kelebihan Thermomix
⭐ Menyenangkan urusan memasak. Cepat dan mudah. Pilih resepi di screen, kemudian masukkan bahan-bahan je, lepas tu boleh tinggalkan Bibik Jerman ni masakkan.
⭐ Dapur tak bersepah sebab Thermomix boleh ganti 20 alatan dapur yang lain.
⭐ Ada function self cleaning, yang ni memang heaven sangat.
Kekurangan Thermomix
🔎 Kecil. Tak sesuai masak banyak untuk lebih 10 orang. Thermomix hanya sesuai untuk keluarga yang ada 10 orang ke bawah. Sekarang susah nak jumpa keluarga yang ada lebih 10 orang.
🔎 Harganya mahal. RM6688. Tapi dengan kelebihan dan kegunaannya kalau harga RM15,000 pun masih berbaloi.
🔎 Terlalu moden. Ada orang suka old school, suka masak cara lama, kena berdiri lama, banyak guna perkakas pun tak apa. Thermomix ni masak cara moden dan relax.
🔎 Mudah rambang mata sebab terlalu banyak resepi yang ada dalam Thermomix. Lebih 55 ribu resepi dari seluruh dunia, pre-programmed. Takut asyik layan tengok gambar resepi je kat screen Thermomix terlupa nak masak.
🔎 Tak boleh guna jika black out tak ada elektrik.
🔎 Jadi berebut nak masak kat dapur. Semua orang tiba-tiba pandai masak sebab Thermomix guide step by step, klik next next je terus siap 😆.
🔎 Bila urusan di dapur terlalu mudah dan cepat, isteri akan ada banyak masa dan tenaga, takut-takut dia pergi shopping setiap hari 🤣. Tapi tak apa suami boleh ajak buat aktiviti lain 🤩.
Sumber: FB Mohd Yazid Ismail
Thermomix: Review 2
THERMOMIX and THERMOCHEMISTRY
Thermomix tu mula-mula saya tengok, saya pun rasa benda giler 😬 Rasa nak kecam je 😅
Lepas tu semalam saya search kat fb. Tengok orang-orang yang dah pakai. Dekat sejam saya study. Hahaha
Perghhh!!! Superb. Awesome. Cool. Science gadget tahap alien dah ni 😂
Ada yang buat air soya. Masuk soya terus siap tak payah tapis terus minum.
Buat sekaya. Buh daun pandan, telur, gula, santan. Zupp! Siap sekaya. Kaler ijau daun pandan ori. Tak payah tapis bagai. Hancur lebur tak nampak lansung butir selulose daun pandan.
Buat aiskrim guna frozen banana. Lepas siap jadi ais krim meliat-liut macam Baskin Robin.
Jem nenas buat tak payah nak stir. Buat condensed milk pun boleh. Less sugar. Fuh! Tak payah beli susu pekat dah wei.
Adun roti 5 minit je wei! Tak payah uli dah. Terus bentukkan je doh tu nak buat bentuk apa. Buat peanut butter pulak 5 minit je. Segala mak nenek jem pun sama.
Lagi satu, boleh buat chicken stock sejibik macam Secukup Rasa Knorr tu. Terbeliak jugak biji mataku tengok gambo.
Giler ah! Ni semua guna ilmu fizik dan kimia tahap superb nih. Thermo tu maksudnya haba. Dalam ilmu kimia ada bab THERMOCHEMISTRY. Bab ni memang pening jugak nak faham. Form 5 punye THERMOCHEMISTRY tu 10% je belajo bab haba ni. Ada banyak lagi ilmu pasal thermo nih. Bila masuk ajar Form 6 bab THERMOCHEMISTRY saya jadi sewel sekejap. Haha!
Pada saya, THERMOMIX ni BUKAN untuk orang yang MALAS masak. Tak baik tauuu kata orang tu malas. Padahal orang tu dah macam-macam masak guna menatang tuh 😅 Tapi kalau sejenis yang suka nak jimatkan masa, takda banyak masa, bizi, nak cepat memang sangat-sangat berbaloi beli.
Tapi harganya saya sendiri belum mampu. Masuk contest stesen minyak dah banyak kali. Menangnya tak jugak. Kalau menang cash, mau jugak ku beli sebijik gadget nih 😁😅😄
Sekian review saya.
Note : Tapi demo Anis Nabila, masak bihun goreng guna thermomix tu tak cukup power. Tak rasa wow pun. Sebab banyak lagi gadget lain boleh masak bihun goreng dengan cepat 😁😬 Patutnya pilih la menu lebih WOW!
Nur Hidayah Mohamad Yusof
Bukan pemilik Thermomix 😁
Sumber: FB Nur hidayah Mohamad Yusof
Thermomix: Review 3
Masak pizza guna thermomix
Pizza petang tadi Mama Wid buat guna Thermomix. 😊
Best sangat. Sebelum ni mana reti buat pizza cara mudah. Sekarang ni dah pandai dah Alhamdulillah.
Mudah sebab Thermomix uli doh pizza 2 minit sahaja. 😍Wow.
Masak killer toast guna thermomix
Dah siap Killer Toast.
Thermomix uli 500 gram tepung roti dalam masa 8 minit 30 saat sahaja. Then boleh transfer doh ke dalam loyang bergris. Proof sekejap in 1 hour, dah boleh bakar dalam oven.
Bowl yang sama tadi Mama Wid masak mee goreng.
Lepas ni kita buat ice cream pula okay kids?
Buat ice cream guna thermomix
Mushroom soup makan dengan killer toast buat semalam.
Lepas tu Mama Wid buat homemade fruits ice cream guna frozen bananas, strawberries dan dragonfruit. Makan dengan ice cream cone sesekali buat anak anak happy. 😂
Sumber: FB Widyana Ali
0 comments:
Post a Comment