Monday, 1 October 2018

10 Manfaat Rendam Kaki Dalam Air Panas dan Garam

Kesibukan dengan rutin harian memang memenatkan dan menyebabkan rasa sengal-sengal pinggang  dan badan menjadi kurang bermaya. Banyak petua tradisional yang boleh kita amalkan untuk merawat sengal pinggang disamping dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan.

Antara petua yang boleh diamalkan jika ada masa terluang lagi-lagi selepas datang bulan adalah dengan cara merendam kaki dalam air panas yang di campur dengan garam. Ianya dipercayai mampu menyingkirkan racun dalam badan dan menghilangkan bau kaki selain melancarkan peredaran darah. 



Petua sihat, rendam kaki dengan air panas dan garam, cara hilangkan bau kaki, rawat kulit tumit pecah dan kasar, cara merawat senggugut, tips elak serangan stroke, mengatasi selsema, demam, dan batuk, melegakan sakit kepala



Amalan merendam kaki dengan air panas dan garam ini sangat popular di kalangan masyarakat Cina. Perubatan tradisional Cina menyarankan agar merendam kaki dalam air panas setiap hari untuk meningkatkan peredaran darah dan mencegah demam kesejukan.

Menurut perubatan tradisional Cina, kaki adalah jantung kedua tubuh manusia. Kaki juga dianggap sebagai barometer yang mencerminkan keadaan kesihatan tubuh badan kerana terdapat banyak titik akupuntur di telapak kaki.

Selain itu, mandi wap atau sauna juga dipercayai mampu menyingkirkan toksik melalui peluh yang keluar dari seluruh badan. Amalan mandi wap ini tidak hanya terhad kepada wanita sahaja malah ianya juga sesuai untuk golongan lelaki yang menitikberatkan kesihatan luaran dan dalaman.

10 kebaikan merendam kaki dalam air panas dan garam adalah seperti di bawah.


1. Menghilangkan bau pada kaki

  • Kaki yang lama terperuk dalam kasut mesti mendatangkan bau yang kurang menyenangkan. Dengan merendam kaki dalam air panas dan garam mampu menghilangkan bau pada kaki.


2. Mengatasi masalah kulit tumit kaki pecah

  • Kerap melalukan kerja-kerja di dapur sememangnya akan menyebabkan kulit tumit kaki pecah jika lantai yang dipijak basah. Merendam kaki dalam air panas dan garam adalah alternatif untuk merawat kulit tumit kaki pecah. Ini kerana garam mampu merawat kulit yang merekah dan menyingkirkan bakteria.

3. Melembutkan kulit tapak kaki 

  • Merendam kaki dalam air panas dan garam dapat menanggalkan sel kulit mati dan merawatnya.

4. Mengatasi selsema, demam, dan batuk

  • Serangan selsema, demam, dan batuk dapat diatasi dengan terapi merendam kaki dalam air panas dan garam kerana proses rendaman kaki tersebut menyebabkan seluruh badan berpeluh. Kelebihannya adalah badan terasa lebih segar dan bisa-bisa badan akan berkurangan.


5. Melegakan sakit kepala

  • Selain dapat mengatasi selsema, demam, dan batuk merendam kaki dalam air panas dan garam juga dipercayai mampu melegakan sakit kepala.

6. Mengurangkan tekanan dan menenangkan jiwa

  • Dengan merendam kaki dalam air panas dan garam dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan jiwa kerana ianya dapat meningkatkan peredaran darah ke seluruh bahagian atas tubuh.

7. Melancarkan peredaran darah

  • Air panas yang dicampur dengan garam dapat melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh badan. Kesannya adalah tubuh badan akan terasa lebih ringan dan bertenaga.

8. Menghilangkan kuman dan bakteria pada kaki

  • Semua jenis kuman dan bakteria yang menyebabkan kaki berbau, kulit menjadi kasar, tumit kaki pecah, kering, dan sebagainya dapat dihapuskan dengan terapi merendam kaki dalam air panas dan garam.

9. Mencegah serangan stroke

  • Hidroterapi atau merendam kaki dalam air panas dan garam adalah satu langkah untuk mencegah dan merawat stroke kerana ianya memberi kesan ketenangan dan melancarkan peredaran darah kerana air panas dapat mengembangkan saluran darah.

10. Mengurangkan gejala senggugut

  • Sakit senggugut biasanya terjadi ketika wanita kedatangan haid. Kesakitannya sukar digambarkan kerana ketika diserang senggugut bukan hanya perut dan bahagian peranakan saja yang sakit namun pinggang dan seluruh badan juga terasa lemah.
  • Kekuatan pinggang seakan-akan disedut oleh sesuatu elemen yang menyebabkannya terasa lenguh yang teramat sangat. 
  • Ada kalanya hanya tidur sahaja yang dapat menghilangkan rasa sakit senggugut untuk sementara waktu. 
  • Dan ketika senggugut menyerang, seseorang akan merasa lebih selesa untuk tidur pada posisi terlentang di atas lantai berbanding tidur atau baring di atas tilam empuk. Aneh sungguh kesakitan senggugut ni kan? 
  • Terapi rendaman kaki dengan air panas dan garam juga dapat mengurangkan gejala senggugut selain menuam atau mendemah perut dengan air panas yang di isi dalam botol dan dibalut dengan kain sehingga terasa banyak ketulan darah haid yang hangat mengalir keluar dari kemaluan.

Amalan merendam kaki dalam air panas dan garam ini boleh dilakukan setiap hari dengan cara merendam kaki dalam air panas yang bersuhu 40 darjah Celcius sehingga berpeluh dan anggaran masa untuk proses rendaman kaki ini adalah lebih kurang 15 - 30 minit.

Selain amalan tradisional, pengambilan supplemen yang sesuai juga dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan, membuang toksin degil dalam badan, dan mencegah pelbagai penyakit. Bila kesihatan dalaman terjaga secara automatik kesihatan luaran juga semakin meningkat.

Antaranya adalah seperti berikut:-

1. Alfalfa Complex Shaklee


- Ianya bertindak membuang toksin dalam badan supaya dapat menyerap vitamin, zink, dan mineral supplemen secara efektif.


cara hilangkan bau kaki, cara merawat senggugut, melegakan sakit kepala, mengatasi demam, rawat kulit tumit pecah dan kasar, Rendam kaki dengan air panas dan garam, tips elak serangan stroke, ostematrix shaklee,

2. Ostematrix Shaklee


- Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat
- Mengelakkan penyakit osteoporosis (tulang rapuh)
- Memulihkan kekejangan dan kebas-kebas
- Melegakan sakit ketika haid
- Membantu mengurangkan sakit belakang
- Membantu melegakan sembelit
- Membantu melembutkan najis
- Membantu mengatasi migrain
- Membantu masalah buasir


3. Sustained Release Vita-C Plus Shaklee


- membantu meningkatkan sistem imun.
- menghalang/mengurangkan jerawat.
- menghalang pigmentasi kulit.
- sebagai pertahanan semulajadi terhadap sinaran UV terutama untuk mereka yang banyak bekerja di bawah sinaran matahari.
- penting dalam pembentukan kolagen untuk kulit yang sihat.
- Vitamin C penting untuk penghasilan kolagen yang membantu kesihatan sendi & tulang.
- membantu mendapatkan wajah yang cerah dan berseri.
- Vitamin C juga dikenali sebagai 'ascorbic acid' sangat penting untuk memperbaiki tisu, menyembuhkan luka, pertumbuhan tulang dan kulit yang sihat.
- Vitamin C juga membantu tubuh badan melawan jangkitan penyakit dan bertindak sebagai anti oksidan yang melindungi sel-sel daripada rosak.
- sesetengah para pengkaji nutrisi percaya bahawa kekurangan Vitamin C pada bayi yang baru lahir boleh membantutkan perkembangan otak.
- dos Vitamin C yang optimum membantu mengurangkan risiko jangkitan pada saluran kencing ibu-ibu hamil. Vitamin C menyekat pertumbuhan bakteria dengan menjadikan urin lebih berasid.



cara hilangkan bau kaki, cara merawat senggugut, melegakan sakit kepala, mengatasi demam, rawat kulit tumit pecah dan kasar, Rendam kaki dengan air panas dan garam, tips elak serangan stroke, sustained release vita-c plus shaklee,


Promosi:
Sustained Release Vita-C Plus Shaklee
1-31 Oktober 2018
Beli 3 JIMAT 5%


Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan supplemen Shaklee boleh Whatsapp Qiya, klik je nombor H/P 012-2668424 ni atau kalau nak order sendiri pun boleh jugak, klik SINI.

Baca juga Tips dan Cara Atasi Masalah Jerawat & Testimoni Set Jerawat

Qiya,
Shaklee Independent Distributor,
SID No: 1223125
012-2668424

4 comments:

  1. Perkongsian yg baik tentang manfaat merendam kaki ni.Manfaat No. 4 suatu info yg baru buat saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak manfaatnya. Yg paling best hilang semua lenguh-lenguh pinggang lepas rendam kaki dalam air panas ni.

      Delete
  2. I buah pinggang bocor. So klu demam, batuk, selsema, sakit kaki mmg Akan berlarutan makin teruk. So harini I buat rawatan NI sendiri kat umah. Mujur ada Himalayan salt beli ntah zaman bila. I guna tu buat rendam kaki ngn air panas. Seriously kurang batuk selsema I yg dah sebulan teruk tu...

    ReplyDelete