Thursday, 28 May 2020
Monday, 18 May 2020
Jahit Barut Bayi/Baby Butang Getah
Banyak jenis barut bayi terdapat di pasaran. Ada yang bertali, ada yang berzip, pelekat zip zap, dan yang terkini jenis getah butang ni.
Ukuran barut ini sesuai untuk bayi baru lahir (newborn/NB) ke saiz S.
Barut Bayi atau baby binding/wrap penting untuk dipakaikan kepada bayi baru lahir hingga usia beberapa bulan atau sehingga bayi pandai meniarap. Kepentingan barut bayi ini adalah untuk elak perut bayi daripada kembung akibat masuk angin.
Jom tengok macam mana cara jahit barut bayi butang getah ni..
Perut bayi perlu dijaga dengan teliti kerana bayi lelaki khususnya cenderung mengalami angin pasang atau hernia jika kerap kembung perut.
Jadi untuk beri keselesaan kepada bayi anda, pemakaian barut adalah sangat mustahak seperti mana seorang ibu yang baru lepas bersalin harus memakai bengkung sepanjang tempoh berpantang untuk mempercepat proses penyembuhan luka dan pengecutan rahim selain untuk menyokong kedudukan tulang belakang dan elak perut ibu masuk angin.
Saturday, 16 May 2020
belly binding wrap, bengkung ibu bersalin berpantang, bengkung lilit jawa, Bengkung tradisional bertali, bisnes bengkung, bisnes vitamin, javanese wrap, maternity wear
BISNES DROPSHIP BENGKUNG QIYA SAAD TAILOR
Ni bengkung bertali yang qiya jahit semalam.
Compare to bengkung lilit jawa, bengkung bertali ni kurang kemas, loose, dan tak fully support badan ibu yg baru lepas bersalin. Tapi senang nak pakai sebab ikat tali kat depan, tak sampai 2 minit da siap pakai. Ok la kalau pakai untuk tak nak bagi angin masuk dalam perut.
Tapi kalau nak betul-betul support peranakan, the best pakai bengkung lilit jawa, sebab kita akan rasa lilitan tu kemas sangat, especially bahagian tulang belakang dan pinggang.
Satu lagi kalau pakai bengkung lilit jawa kita kena duduk tegak je, so sengal-sengal belakang tu cepat hilang. Posture badan pun akan jadi lebih baik.
BISNES DROPSHIP BENGKUNG QIYA SAAD TAILOR
Buat bisnes DROPSHIP ni senang, tak payah simpan stok banyak-banyak. Bila ada customer order baru la uolls submit order tersebut dan penghantaran atau pengeposan semua pihak Qiya akan uruskan.
Macam mana nak buat bisnes DROPSHIP ni?
Mudah je.. wasap Qiya ditalian +6012-2668424
Nanti Qiya akan terangkan tentang bengkung, harga, dan berapa keuntungan serta potensi pendapatan dari jualan bengkung ni.
Bila da buat bisnes bengkung tentu la customer kita tu seorang wanita yang sedang hamil, baru lepas bersalin, sedang berpantang, atau seorang bidan urut bersalin. Kita boleh buat cross sale. Macam mana cross sales ni? Kita boleh offer customer kita barut baby dan set vitamin ibu mengandung, bersalin, berpantang, dan menyusu.
Nak offer set vitamin apa?
Kita boleh offer diorang set kehamilan, set bersalin, set berpantang, atau set menyusu Shaklee.
Kalau uolls berminat nak jadi DROPSHIP vitamin Shaklee uolls boleh daftar DISINI.
Seterusnya wasap Qiya untuk aktifkan akaun DROPSHIP uolls. Then, uolls da boleh jalankan bisnes DROPSHIP ni dibawah bimbingan team sales Qiya.
💕 Together we learn, together we succeed! 💕
Qiya Saad
Pengedar Sah Shaklee
COD Klang / Shah Alam
Pos seluruh Malaysia
Thursday, 14 May 2020
GLA COMPLEX - Sahabat baik kulit anda
GLA adalah jawapan kepada kulit yang cantik dan berseri.
GLA adalah asid lemak omega-6 penting yang digunakan oleh badan untuk menghasilkan prostaglandin, iaitu bahan yang membantu mengawal pelbagai fungsi tubuh, termasuk kesihatan kulit. Miliki kulit yang sihat dan lembut dengan GLA Complex Shaklee.
Keistimewaan GLA Complex
- diperolehi daripada minyak borage yang mengandungi GLA berkepekatan tinggi (17%-25%), tulin dan semula jadi dalam bentuk yang mudah diserap.
- diformulasi khas dengan gabungan GLA (asid lemak Omega-6), minyak biji bunga matahari (satu lagi sumber asid lemak Omega-6), dan vitamin E untuk mengekalkan kesejahteraan dan kesihatan kulit.
Manfaat GLA Complex
- membantu meningkatkan kelembapan kulit
- membantu mengembalikan kehalusan dan kelembutan kulit.
Tuesday, 5 May 2020
Gejala Dan Komplikasi Diabetes
Diabetes adalah penyakit kronik yang menjejaskan tahap kesihatan penduduk diseluruh dunia. Satu kajian diabetes telah dibuat pada tahun 2011, keputusan menunujkkan terdapat lebih daripada 3 Juta penduduk di Malaysia menghidap penyakit diabetes.
Terkini, orang ramai yang mempunyai latar belakang penyakit diabetes atau penyakit kencing manis ini menjadi penyumbang kepada kematian disebabkan wabak Coronavirus, COVID-19 di negara kita, dikatakan wabak ini akan menyebabkan komplikasi yang serius terhadap individu yang mempunyai penyakit kronik sedia ada seperti diabetes/kencing manis, penyakit jantung, darah tinggi, asma, dan radang paru-paru atau pneumonia, selain boleh mengakibatkan kematian.
Apa Itu Diabetes?
Diabetes atau kencing manis adalah salah satu penyakit kronik yang merujuk kepada bacaan gula (glukos) dalam badan yang melebihi daripada paras normal. Gula adalah sumber tenaga untuk keperluan badan tetapi jika diambil secara berlebihan boleh menyebabkan penyakit diabetes. Diabetes adalah satu daripada faktor utama terjadinya penyakit jantung dan strok atau angin ahmar.
Bagaimana Diabetes Terjadi?
Makanan yang kita makan setiap hari akan bertukar menjadi glukosa untuk menghasilkan tenaga. Insulin bertindak sebagai hormon yang menukarkan glukosa kepada tenaga dalam badan kita, manakala pankreas pula akan merembeskan insulin untuk membantu sel badan menyerap glukosa.
Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulinnya sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah ke dalam sel dan tisu, dimana ia digunakan untuk membekalkan tenaga. Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk tenaga dan juga akan merosakkan organ dan tisu yang terdedah kepada tahap glukosa yang tinggi. (Portal MyHealth)
Jenis-jenis Diabetes
Diabetes Type 1
Diabetes Type 1 terjadi disebabkan oleh pankreas yang tidak mampu menghasilkan insulin dengan cukup yang menyebabkan pesakit perlu mengambil suntikan insulin bagi mengawal kadar gula dalam darah.
Diabetes Type 2
Diabetes Type 2 disebabkan oleh badan yang menghasilkan tidak cukup insulin ataupun disebabkan sel tidak dapat bertindakbalas terhadap insulin dengan baik.
Diabetes Gestasi
Diabetes Gestasi terjadi dikalangan wanita mengambil atau ia dipanggil sebagai diabetes semasa kehamilan.
Apakah Tanda-Tanda Dan Gejala Diabetes?
- haus/dahaga (dahaga yang berlebihan)
- letih
- berat badan menurun
- penglihatan kabur
- otot lemah
- gatal
Gejala lain diabetes adalah seperti berikut;
- mengidap penyakit kulit yang berpanjangan
- luka yang lambat sembuh
- kencing yang kerap
- gatal pada bahagian kemaluan
- rasa kebas
Siapakah yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat diabetes?
Diabetes boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan jantina. Tetapi risiko adalah lebih bagi mereka yang mempunyai perkara seperti berikut;
- berumur 35 tahun ke atas. Semakin berusia semakin tinggi risiko diabetes.
- obesiti atau berat badan berlebihan. Semakin bertambah berat badan semakin tinggi risiko diabetes.
- Impared glucose tolerence (IGC)
- latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
- sejarah diabetes pada kehamilan terakhir
- sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran 4.0kg atau lebih)
- tekanan darah tinggi
- gaya hidup yang tidak aktif
- faktor pemakanan; pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan kurang serat
- tahap lemak/kolesterol yang tinggi
Komplikasi Diabetes
- penyakit kardiovaskular
- kegagalan buah pinggang
- buta
- kerosakan saraf
(Kredit: Portal MyHealth)