Friday 30 November 2018

Promosi Shaklee December 2018

Hai korang, mesti ada yg tak sabar-sabar menunggu Promosi Shaklee untuk Disember 2018 ni kan?

Qiya pun tak sabar-sabar jugak nak bagitau korang ni 😊

For this December, ada 3 promosi, dan semuanya berbaloi sangat-sangat tau!

Jom kita tengok apa yang Shaklee offer sepanjang Disember 2018 ni.


1. YOUTH Skincare Renew and Maintain Set - RM1,262.50

Promosi Shaklee December 2018, Youth skincare,


- Luminous Gel Oil Cleanser (125ml)
- Perfecting Skin Toner (177ml)
- Youth Activating Serum (30ml)
- Age Defense Moisturizer - SPF 50 (50ml)
- Advanced Renewal Night Cream - Light/Rich (50ml)

🌹PERCUMA Radiance C & E bernilai RM412.50
🌹 PERCUMA keahlian bernilai RM65
🌹 PERCUMA penghantaran bernilai RM10
🌹 Dapat Cash RM46

2. YOUTH Skincare Starter Set - RM850.00


Promosi Shaklee December 2018, Youth skincare,


- Luminous Gel Oil Cleanser (125ml)
- Perfecting Skin Toner (177ml)
- Age Defense Moisturizer - SPF 50 (50ml)
- Advanced Renewal Night Cream - Light/Rich (50ml)

🌹 Free YOUTH Magnifying Mirror (Large)
🌹 Free Delivery bernilai RM10


3. Take Your Vitamins Pill Box + Sticker


Promosi Shaklee December 2018, vitamin, pill box,


- RM3.00 (berharga RM19.80) dengan setiap pembelian produk Shaklee bernilai 200UV dalam 1 resit.

🛍 Semua promosi sah dari 1-31 December 2018, selagi stok masih ada.

Nak order Shaklee? 😊

Whatsapp Qiya cepat-cepat ye...

🌹 Qiya Saad 🌹
💊 Pengedar Sah Shaklee
🛍 COD Shah Alam, Klang, dan sekitar Lembah Klang
🚚 Poslaju seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak
Continue Reading

Monday 26 November 2018

40 Juta Penghidap Diabetes Tidak Akan Dapat Insulin pada 2030

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Qiya baru je baca artikel ni daripada portal Astro Awani yang disiarkan hari ni (26 Nov 2018). Makin membimbangkan tahap kesihatan masyarakat dunia pada masa kini.

Artikel ni memetik tentang kajian daripada sekumpulan penyelidik dari University Standford, Amerika Syarikat membuat ramalan seramai 40 juta orang penghidap diabetes di seluruh dunia tak akan dapat bekalan insulin menjelang tahun 2030 nanti.

Dah tu kalau tak dapat bekalan insulin macam mana plak pesakit diabetes ni nak teruskan kehidupan?

Setahu Qiya pesakit diabetes ni juga menghidap penyakit kencing manis yang mana pankreas diorang tak dapat hasilkan insulin dalam badan secara semulajadi dan kehidupan mereka bergantung pada insulin yang mereka suntik menggunakan jarum suntikan.

Kalau tak dapat injection insulan badan diorang jadi lemah, terketar-ketar, dan tak bermaya. Ni apa yang Qiya faham daripada pembacaan Qiya sebelum ni. Kalau salah fakta ni tolong betul kan ye...


Vivix, Shaklee, antioksidan, antipenuaan, rahsia awet muda, rahsia kulit cantik, cara mencegah kanser, cara sembuhkan luka pembedahan, cara sembuhkan luka selepas bersalin, testimoni Vivix, diabetes, kencing manis,


Data yang diperoleh daripada Persekutuan Diabetes Antarabangsa menunjukkan pesakit diabetes Jenis 2 akan meningkat daripada 406 juta orang pada 2018 kepada 511 juta orang pada tahun 2030 nanti. Peningkatan sebanyak 25.86% dalam tempoh 12 tahun, banyak tu.

Apakah yang dimaksudkan dengan diabetes Jenis 2 tu?


Menurut portal myhealth.gov, diabetes adalah salah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar.

Diabetes berlaku apabila pankeas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk membekalkan tenaga.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh di bawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat.

Ia akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk tenaga dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

2 Jenis Diabetes

Diabetes Jenis 1 

Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus (bergantung pada Insulin)
  • Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
  • Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin

Diabetes Jenis 2

Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus (tidak bergantung pada insulin)
  • Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
  • Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.
Bagaimanapun, terdapat satu lagi jenis kumpulan individu yang berada di sempadan tahap gula yang tinggi, yang dikenali sebagai Impaired Glucose Tolerance atau kumpulan IGT.

Berbalik kepada data Persekutuan Diabetes Antarabangsa tersebut, daripada 511 juta orang itu, 79 juta memerlukan rawatan insulin dan yang menyedihkan, cuma 38 juta orang je akan dapat insulin tersebut.

Menurut ketua penyelidikan Dr Sanjay Gupta, kes diabetes jenis 2 meningkat untuk 12 tahun mendatang kerana faktor penuaan, urbanisasi dan perubahan gaya pemakanan dan aktiviti fizikal.

Di Malaysia pula, kadar penghidap kencing manis antara yang tertinggi di Asia dengan anggaran 3.6 juta orang dan akan meningkat kepada 4.5 juta orang menjelang 2020.

Dan yang lebih membimbangkan adalah bilangan penghidap diabetes yang berusia antara 18 dan 35 tahun meningkat sebanyak 300% sejak 15 tahun lalu.

Menurut Pengerusi Eksekutif Institut Diabetes kebangsaan (NADI), Datuk Dr Mustaffa Embong, hampir separuh daripada rakyat Malaysia tidak sedar mereka menghidap diabetes.

Kebanyakan diabetes Jenis 2 langsung tidak menunjukkan sebarang gejala, sehingga mereka terkena serangan jantung, strok, buah pinggang bermasalah, menjadi buta dan terpaksa dilakukan amputasi.

Kementerian kesihatan menyarankan masyarakat mengambil langkah awal untuk mendiagnosis diabetes dan mencegah sebagai cara terbaik untuk mengurangkan bilangan penghidap diabetes dalam negara kita.

Apakah Tanda-tanda Diabetes?


Penyakit diabetes sering berlaku secara senyap, terutama pada peringkat awal. Antara gejala yang biasa dialami ialah:
  • Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
  • Letih
  • Berat badan menurun
  • Penglihatan kabur
  • Otot lemah
  • Gatal
Lain-lain gejala termasuk:
  • Menghidap penyakit kulit yang berpanjangan
  • Luka yang lambat sembuh
  • Kencing yang kerap
  • Gatal pada bahagian kemaluan
  • Rasa kebas
Kalau boleh jangan la tunggu sampai dah ada tanda-tanda diabetes ni baru la nak buat check-up. Seelok-eloknya buat la pemeriksaan di klinik sekerap yang mungkin supaya kita dapat elakkan terjadinya penyakit diabetes ni. Nak rawat bukan senang!

Siapa yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit diabetes?


Penyakit diabetes boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan jantina. Tapi individu yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit diabetes adalah seperti berikut:
  • Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko untuk mendapat diabetes.
  • Berat badan berlebihan atau obesiti. Semakin bertambah berat badan semakin tinggi risiko untuk mendapat diabetes.
  • Impaired glucose tolerance (IGT).
  • Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes.
  • Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
  • Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih).
  • Tekanan darah tinggi.
  • Gaya hidup yang tidak aktif.
  • Faktor pemakanan - kerap mengambil makanan berlemak dan kurang pengambilan makanan berserat.
  • Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi. 

Apa yang patut dilakukan untuk mengelakkan diri daripada mendapat penyakit diabetes? 

  • Makan makanan berkhasiat dengan jumlah kalori yang terkawal supaya dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah, mengekalkan berat badan, mengawal paras kolesterol, mengurangkan tekanan darah tinggi, dan mencegah penyakit jantung.
  • Senaman dapat memperbaiki kecergasan, membakar kalori yang membantu mengurangkan lemak dalam badan dan mengawal berat badan. Senaman juga merendahkan kadar gula dalam darah dan membantu tubuh badan untuk menggunakan gula dalam darah dengan baik.
  • Kajian menunjukkan obesiti mempunyai hubungkait dengan diabetes, jadi kekalkan la berat badan yang ideal.
Sumber: Astro Awani, MyHEALTH.

Vivix Shaklee

Apa Itu Vivix?

Vivix adalah minuman yang mengandungi campuran ekstrak Anggur Muscadine, ekstrak Elderberry Eropah, dan ekstrak Lobak Ungu.

Campuran ini telah menjadikan Vivix minuman yang kaya dengan polifenol. Polifenol berperanan sebagai antioksidan dan juga dapat melambatkan sel penuaan secara semulajadi.

Untuk mengekalkan kepekatan yang tinggi dan mengekalkan bioaktif polifenol, anggur muscadine telah diekstrak ke dalam setiap botol Vivix menggunakan proses pengekstrakan berpaten.


Vivix, Shaklee, antioksidan, antipenuaan, rahsia awet muda, rahsia kulit cantik, cara mencegah kanser, cara sembuhkan luka pembedahan, cara sembuhkan luka selepas bersalin,

Vivix Bertindak Dalam 4 Cara:

1. Membaiki dan melindungi sel
2. Mempertahankan dan mengawal genetik
3. Memberi tenaga kepada sel (Mitokondria)
4. Meningkatkan prestasi sel dan melambatkan penghasilan protein AGE

Kebaikan Vivix Shaklee:

  • Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti penuaan
  • Mengatasi masalah berat badan yang berlebihan
  • Membantu mengelakkan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
  • Membantu untuk mengecutkankan cyst / fibroid
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
  • Mengurangkan kompilasi penyakit diabetes / kencing manis
  • Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
  • Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir
  • Membantu mengurangkan penyakit parkinson
  • Membantu memulihkan penyakit stroke - angin ahmar
  • Meningkatkan kesihatan dan imunisasi badan
  • Menggalakan kesihatan secara keseluruhan

Testimoni Vivix Shaklee


Vivix, Shaklee, antioksidan, antipenuaan, rahsia awet muda, rahsia kulit cantik, cara mencegah kanser, cara sembuhkan luka pembedahan, cara sembuhkan luka selepas bersalin, testimoni Vivix, kencing manis, sakit jantung,
Testimoni Vivix Shaklee daripada pesakit jantung dan diabetes

Vivix, Shaklee, antioksidan, antipenuaan, rahsia awet muda, rahsia kulit cantik, cara mencegah kanser, cara sembuhkan luka pembedahan, cara sembuhkan luka selepas bersalin, stroke, kolesterol tinggi,
Testimoni Vivix Shaklee daripada pesakit stroke & kolesterol tinggi

Vivix, Shaklee, antioksidan, antipenuaan, rahsia awet muda, rahsia kulit cantik, cara mencegah kanser, cara sembuhkan luka pembedahan, cara sembuhkan luka selepas bersalin, testimoni Vivix,
Testimoni Vivix Shaklee



Vivix, Shaklee, antioksidan, antipenuaan, rahsia awet muda, rahsia kulit cantik, cara mencegah kanser, cara sembuhkan luka pembedahan, cara sembuhkan luka selepas bersalin, testimoni Vivix, stroke, angin ahmar,
Testimoni Vivix Shaklee daripada pesakit stroke

Vivix, Shaklee, antioksidan, antipenuaan, rahsia awet muda, rahsia kulit cantik, cara mencegah kanser, cara sembuhkan luka pembedahan, cara sembuhkan luka selepas bersalin, testimoni Vivix, gout, sakit buah pinggang,
Testimoni Vivix Shaklee daripada pesakit buah pinggang dan gout
Vivix, Shaklee, antioksidan, antipenuaan, rahsia awet muda, rahsia kulit cantik, cara mencegah kanser, cara sembuhkan luka pembedahan, cara sembuhkan luka selepas bersalin, testimoni Vivix, emma maembong, rita rudaini, ayu raudhah, ashraf muslim,
Testimoni Vivix Shaklee daripada artis terkenal Emma Maembong, Rita Rudaini, Ayu Raudhah, dan Ashraf Muslim

Berminat Jadi Pengedar Shaklee?

Berminat nak jadi pengedar Shaklee dan mendapat bonus tunai, jana pendapatan sampingan, serta banyak manfaat lain? Jom sertai team business kami, Our Precious Empire (OPE) yang mempunyai kelas aktif, kelas online percuma dengan masa yang flexible, dan group-group support Whatsapp, Telegram, dan FB.

Anda juga boleh dapatkan produk ini terus daripada Qiya. Hubungi Qiya untuk dapatkan rangkaian produk Shaklee dan konsultasi percuma atau bimbingan pendaftaran sebagai ahli Shaklee.


Pengedar Sah Shaklee
Siti Rokiyah binti Saad (Qiya)
SMS/Whatsapp: +012 2668424
FB Page: Qiya Beauty
Personal FB: Qiya Saad
Instagram: @qiya_beauty


Baca Selanjutnya: Promosi Shaklee November 2018


XOXO,
Continue Reading

Sunday 25 November 2018

Somtam dan Carrot Susu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai korang...

Qiya baru perasan Qiya belum post lagi menu somtam dan carrot susu ni. Dinner Qiya last week kot kalau tak silap. Somtam ni makanan Thailand, memang favourite Qiya. 

Masa kat kampung dulu ada sorang kawan Qiya ni dia orang Thailand dan dia ada buka kedai makan. Ada satu hari tu Qiya jalan-jalan kat rumah dia then dia buatkan somtam, fuhhhh memang sedap sangat tau. 

Dia campur buah betik muda yang dicincang dengan gula khas untuk somtam yang dia beli daripada Thailand. Tu first time Qiya makan somtam ni tau.


Somtam, carrot susu, makanan Thailand,
Somtam dan Carrot susu


Tapi somtam yang Qiya makan baru-baru ni rasa kureng sikit sebab banyak sangat campuran dia. Memang la yang buat ni pun orang Thailand tapi tak sedap macam yang first Qiya makan tu, mungkin banyak versi kot somtam ni, yela Thailand kan luas, mesti la banyak style masakan diorang ni kan. Carrot susu plak rasa dia biasa-biasa jela. 

Macam review tak ikhlas je ni, hahaha. 

Yang penting kenyang, alhamdulillah. 

Nanti Qiya nak cuba buat sendiri jela somtam ni, mungkin ada kot seller online yang jual gula khas untuk somtam ni.

Ps: Kalau ada yang nak order vitamin Shaklee boleh Whatsapp Qiya (012-2668424). COD area Klang, Shah Alam, dan sekitar Lembah Klang. Poslaju seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.

XOXO,
Continue Reading

Kelas-kelas Nutrisi

Nutrisi terdiri daripada 7 kelas pemakanan seimbang iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral, pelawas, dan air.

1. Karbohidrat

Karbohidrat meliputi kanji, selulosa, dan gula. Kanji terdapat dalam nasi, ubi kentang, dan roti. Gula pula terbahagi kepada 2 jenis iaitu gula ringkas dan gula kompleks. Contoh gula ringkas adalah seperti glukosa, fraktosa, dan galaktosa. Manakala gula kompleks pula adalah laktosa, maltosa, dan sukrosa. Fungsi karbohidrat adalah untuk membekalkan tenaga utama kepada tubuh badan.
Nutrisi, Makanan Seimbang, Diet Seimbang, Kelas-kelas Nutrisi, Kelas-kelas Makanan,

2. Protein

Makanan yang kaya dengan protein adalah seperti ikan, daging, tauhu dan kekacang. Protein diperlukan untuk pertumbuhan terutamanya untuk membina sel baru atau menggantikan sel yang rosak.

3. Lemak

Lemak terdiri daripada gliserol dan asid lemak. Lemak membekalkan 2 kali ganda tenaga berbanding karbohidrat. Lapisan lemak dibawah kulit dapat memanaskan badan. Lemak juga berfungsi untuk melindungi organ dalaman badan seperti jantung dan ginjal. Selain itu, lemak juga bertindak sebagai agen yang mengangkut vitamin A, D, E, dan K. Contoh lemak adalah seperti minyak masak, marjerin, kacang tanah, dan mentega.

4. Mineral

Mineral
Sumber
Fungsi
Penyakit kekurangan
Natrium
Garam, keju, dan daging
1. Mengekalkan cecair dalam badan.
2. Memperbaiki fungsi saraf.
Otot kejang
Fosforus
Telur, daging, susu, keju, dan sayuran
1. Gigi dan tulang kuat.
2. Pengecutan otot.
3. Menyimpan tenaga.
Riket/lemah
Zat besi
Daging, telur, sayuran hijau.
1. Diperlukan untuk penghasilan hemoglobin dalam sel darah merah.
Anemia
Iodin
Makanan laut, garam beriodin.
1. Diperlukan untuk penghasilan hormon oleh kelenjar tiroid.
Goiter (Pembengkakan kelenjar tiroid pada leher)
Kalium
Daging, kacang, pisang.
1. Mengekalkan cecair dalam badan.
2. Memperbaiki fungsi saraf.
3. Mengawal denyutan jantung.
Otot lemah/lumpuh
Kalsium
Keju, susu, telur, dan sayuran hijau.
1. Gigi dan tulang kuat.
2. Blood clotting.
3. Kesihatan otot dan saraf.
Riket/ Otot kejang/ Osteoporosis/ pendarahan berterusan.

Mineral diperlukan oleh tubuh badan dalam kuantiti yang kecil untuk pertumbuhan dan mengekalkan kesihatan badan. 
Contoh mineral adalah seperti Natrium, Fosforus, zat besi, iodine, kalium, dan kalsium. Kekurangan mineral boleh mengakibatkan Osteoporosis – patah tulang pinggul atau keretakan, Goiter – pembengkakan tiroid, Riket – kelenturan tulang kaki, dan sebagainya.

5. Vitamin

Vitamin terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu larut air dan larut lemak. Vitamin B (B-Complex; B1, B2, B3, B6, B12, dan B8) dan C adalah vitamin yang larut dalam air manakala vitamin A, D, E, dan K adalah vitamin yang larut dalam lemak. Vitamin diperlukan dalam badan dalam kuantiti yang kecil untuk kekalkan kesihatan dan pertumbuhan badan. Contoh vitamin adalah buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin.

6. Pelawas

Pelawas merupakan bahan gentian yang tidak dapat dicernakan oleh badan. Pelawas adalah selulosa yang terdapat di dalam dinding sel tumbuhan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, dan bijirin. Fungsi utama pelawas adalah untuk melicinkan pergerakan makanan sepanjang salur pencernaan bagi mengelakkan sembelit.

7. Air

Air wujud sebagai cecair dalam darah dan bendalir dalam badan yang berfungsi untuk mengekalkan suhu badan, sebagai medium yang membawa nutrien dan oksigen ke dalam sel, serta mengumuhkan bahan buangan dalam badan. Kandungan air terdapat dalam buah tembikai, nanas, jus, dan air mineral.
Jadi, apa yang dapat kita simpulkan tentang nutrisi ini?
Kesimpulannya, nutrisi yang seimbang sangat penting untuk kesihatan tubuh badan kita dan kekurangan nutrisi yang seimbang ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti rabun, jangkitan kulit, anemia, kemandulan, pendarahan berterusan, dan sebagainya.


Ps: Kalau ada yang nak order vitamin Shaklee boleh Whatsapp Qiya (012-2668424). COD area Klang, Shah Alam, dan sekitar Lembah Klang. Poslaju seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.

XOXO,
Continue Reading

Tutorial: Cara Buat Table dan Jadual Dalam Post di Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni Qiya nak share tentang tutorial cara buat table dan jadual dalam blog post. Tutorial ni Qiya refer blog Lanun Sepet. Alhamdulillah dapat ilmu baru.

Asalnya Qiya nak buat jadual tentang nutrisi seimbang, memang dekat Google banyak je jadual tapi macam tak best la kalau copy hasil kerja orang je kan. Tak eksklusif gitu hihi. Lagipun banyak table yang Qiya perlukan terutamanya nak buat jadual pengambilan suplemen Shaklee yang betul. Contoh table yang Qiya da buat, Kelas-kelas Nutrisi.

Meh Qiya tunjuk macam mana Qiya hasilkan jadual macam dekat bawah ni dengan menggunakan kaedah yang simple sangat-sangat. 






























































Cara Buat Table dan Jadual Dalam Post di Blog


1. Buka Microsoft Office Word 2007 > Klik logo Microsoft > New > New Blog Post > Create
2. Ada keluar arahan suruh register > select Register Later
3. Klik Insert > Table > korang tentukan berapa bilangan row dan column yang korang nak buat. 
4. Klik Design untuk customize color, size jadual, dan sebagainya.
5. Klik kanak pada table > select COPY.
6. Masuk ke Blogger dashboard > new post > PASTE kan di bahagian Compose.
7. Kalau nak edit table/jadual sila customize siap-siap dalam Microsoft Word sebab dalam bahagian blog post ni sangat terbatas untuk edit table ni.


Tutorial: Cara Buat Table dan Jadual Dalam Post di Blog



Boleh follow tak cara buat jadual dan table guna Microsoft Word 2007 ni? Inshaallah mesti boleh, mudah je tutorial ni...

Ps: Kalau ada yang nak order vitamin Shaklee boleh Whatsapp Qiya (012-2668424). COD area Klang, Shah Alam, dan sekitar Lembah Klang. Poslaju seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.

XOXO,
Continue Reading

Saturday 24 November 2018

Nutrisi 1

Apa itu Nutrisi?

Nutrisi adalah satu pemakanan yang berkahsiat dan seimbang untuk tubuh badan dan ianya bukan ubat-ubatan. 

Nutrisi juga merupakan pemakanan yang lengkap berkonsepkan selular iaitu membersihkan system penghadaman seperti usus, meningkatkan penyerapan zat nutrien dari pemakanan, membaikpulih dan menghidupkan sel-sel yang rosak atau mati serta menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru. 


Nutrisi, Pemakanan seimbang, diet seimbang, kelas-kelas makanan, piramid makanan,


Nutrisi juga memberi tumpuan kepada bagaimana penyakit dapat dicegah atau dikurangkan dengan diet yang sihat.

4 Fakta mengenai Nutrisi

1. Tubuh manusia memerlukan 7 jenis nutrien utama
2. Tidak semua nutrien memberi tenaga tetapi masih penting sepeti air dan serat.
3. Mikronutrien atau zat gizi mikro adalah penting untuk tubuh badan tetapi ianya diperlukan dalam jumlah yang lebih kecil. Contoh mikronutrien ialah vitamin dan mineral.
4. Vitamin adalah sebatian organik penting yang mana ianya tidak dapat disintesis (dihasilkan) oleh tubuh manusia.

Kesimpulannya, nutrisi ini tidak menyembuhkan sebarang penyakit tetapi sekiranya kita mengamalkan pemakanan yang berkhasiat, penyakit yang ada dalam tubuh badan kita akan pulih dan sembuh dengan sendirinya.

Ps: Kalau ada yang nak order vitamin Shaklee boleh Whatsapp Qiya (012-2668424). COD area Klang, Shah Alam, dan sekitar Lembah Klang. Poslaju seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.

XOXO,
Continue Reading

Mini Pencarian Bloglist Jan - Dec 2019 by S.K.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai korang, jom join segmen...

Bloglist, segmen blogger, pencarian bloglist 2019 by S.K.
Klik banner untuk join

Syarat-syarat penyertaan:-

1. Wajib follow blog dan instagram S.K.
2. Buat satu entry bertajuk "Mini Pencarian Bloglist Jan - Dec 2019 by S.K." dan tinggalkan url dekat komen blog S.K.
3. Tarikh tutup penyertaan 12.12.2018

Kelebihan join Mini Pencarian Bloglist Jan - Dec 2019 by S.K. ni adalah semua blog akan dimasukkan ke dalam bloglist blog S.K. selama setahun.

XOXO,
Continue Reading

#7YearsAnniversaryGiveaway Dunia Zumal

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai korang.

Jom join #7YearsAnniversaryGiveaway Dunia Zumal ni. Tarikh tutup GA ni pada 30hb November 2018 tau.


https://www.duniazumal.com/2018/10/7yearsanniversarygiveaway-dunia-zumal.html


Klik SINI untuk join

Semua syarat-syarat penyertaan dan hadiah-hadiah untuk Giveaway ni korang boleh tengok dari blog Dunia Zumal. Memang menarik sangat hadiah dia.

Tahniah Dunia Zumal! Da 7 tujuh tahun berblog ye... moga bertambah rezeki, amin.

XOXO,
Continue Reading

Set Bersalin/Berpantang Shaklee

Ibu yang baru lepas bersalin telah kelihangan banyak tenaga dan menjadikan badan mereka berasa lemah dan letih. Ibu yang baru melahirkan anak ini memerlukan makanan yang berkhasiat untuk memulihkan kesihatan disamping membekalkan nutrisi yang seimbang untuk bayi yang disusukan melalui susu ibu.

Set bersalin atau berpantang Shaklee ini menyediakan nutrien penting untuk menyokong pemulihan, membantu ibu kembalikan bentuk badan ke bentuk yang normal, mendapatkan semula tenaga dan menyokong kesihatan sambil memberi bayi anda nutrisi yang mereka perlukan untuk menjadi kuat dan sihat.


Set Bersalin Shaklee, nutrisi ibu melahirkan bayi,
Set Bersalin Shaklee


Set bersalin atau Berpantang Shaklee ini ada 7 item kesemuanya yang terdiri daripada Sustained Release Vita-C Plus, OmegaGuard, Vita-Lea Iron Formula, B-Complex, Alfalfa Complex, OsteMatrix, dan ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour.

1. Sustained Release Vita-C Plus

- Vitamin C penting untuk penyembuhan luka terutama luka jahitan.
- Membantu meningkatkan sistem pertahanan bayi dan ibu.
- Membentuk kolagen dan penting untuk kecantikan kulit, kesihatan tulang, gusi, dan gigi yang sihat.

2. OmegaGuard

- Membantu kurangkan kemurungan ibu berpantang
- Mengurangkan sakit kepala
- Mengawal tekanan darah
- Mengurangkan masalah lupa selepas bersalin.
- Membantu dalam perkembangan sensori motor anak.

3. Vita-Lea Iron Formula

- Multivitamin yang mempunyai 28 jenis mineral yang sangat diperlukan oleh badan.
- Semasa bersalin, ibu banyak kehilangan darah.
- Dengan mengambil vitalea iron formula ini bantu hasilkan hemoglobin untuk pembentukan sel darah merah ibu.
- Semasa tempoh berpantang, ibu perlu pantang banyak makanan.
- Jadi untuk cukupkan kekurangan nutrisi dan gizi tersebut, kandungan mineral dan vitamin dalam vita-lea boleh membantu ibu.
- Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu letih sekaligus stress.
- Dalam pantang ibu tak boleh stress. Stress akan mengganggu penghasilan susu ibu.
- Vita-Lea juga membantu penyembuhan luka dalaman kerana mengandungi zinc.
- Vitalea tidak boleh diambil dengan minuman kafein atau susu kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi yang optimum.


4. B-Complex

- Fungsi Vitamin B-complex ialah untuk menstabilkan emosi ibu berpantang.
- Stress keterlaluan ditakuti ibu ‘gila meroyan’
- Vitamin B-Complex juga berfungsi sebagai penenang saraf
- Ia menukarkan makanan kepada tenaga
- Membantu dalam penghasilan sel darah merah.
- Memelihara kulit dari dalam.
- Vitamin B-Complex ini juga penting untuk kecantikan kulit.

5. Alfalfa Complex

- Alfalfa ialah raja segala tumbuhan, mempunyai akar sepanjang 6m yang menyerap banyak nutrien
- Pengambilannya dapat melegakan sakit sendi, sakit belakang terutama semasa menyusu
- Membantu sebagai ‘milkbooster’ kerana mengandungi agen galactagogoe.
- Kaya dengan vitamin K dan boleh diambil enam minggu sebelum bersalin untuk kurangkan risiko buasir semasa bersalin. Buasir terkeluar akbiat meneran dengan kuat.
- Bertindak sebagai ‘kacip fatimah’, merapatkan bahagian intim wanita
- Membantu kurangkan keputihan
- Pemulihan urat selepas bersalin
- Kaya dengan nutrien dan mineral untuk menyokong kesihatan ibu.

6. OsteMatrix®

- Dalam tempoh pantang, ibu kerap mengalami sembelit.
- Ostematrix membantu melembutkan najis dan melancarkan pergerakan usus kerana mempunyai mangesium di dalamnya.
- Menguatkan tulang ibu dan bayi
- Menggantikan kalsium yang hilang semasa mengandung dan bersalin
- 40% kalsium diperlukan untuk penghasilan susu
- Membantu baiki kebas-kebas dan lenguh.

7. ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour

- ESP kaya dengan kalsium dan protein.
- Membantu memberikan tenaga yang lama.
- Protein dapat membantu mengawal kolestrol ibu dan bantu tubuh ibu kembali fit seperti sebelum mengandung.
- Kepentingan protein untuk ibu berpantang ialah memberikan tenaga selain itu memulihkan tisu yang rosak semasa melahirkan anak.
- Dalam pantang keperluan protein kita agak terhad. Dan protein boleh bertahan dalam suhu 36°c, jika tidak ia akan merosakkan kandungan asid amino semulajadi yang terdapat dalam protein.
- Protein dan Asid amino diperlukan untuk penghasilan kulit yang cantik, rambut yang sihat, kuku yang elok serta penghasilan susu yang cukup untuk anak.
- ESP dihasilkan dari kacang soya non GMO (tidak diubah genetik). Dibasuh menggunakan air dan suhu sederhana untuk mengekalkan enzim dalam ESP.
- Ramai yang beri feedback selepas minum ESP susu lebih pekat.
- Jumlah protein soya ESP yang dicadangkan untuk memberi kesan menurunkan kolesterol dalam darah adalah 25g sehari.

Berminat Jadi Pengedar Shaklee?

Berminat nak jadi pengedar Shaklee dan mendapat bonus tunai, jana pendapatan sampingan, serta banyak manfaat lain? Jom sertai team business kami, Our Precious Empire (OPE) yang mempunyai kelas aktif, kelas online percuma dengan masa yang flexible, dan group-group support Whatsapp, Telegram, dan FB.

Anda juga boleh dapatkan produk ini terus daripada Qiya. Hubungi Qiya untuk dapatkan rangkaian produk Shaklee dan konsultasi percuma atau bimbingan pendaftaran sebagai ahli Shaklee.


Pengedar Sah Shaklee
Siti Rokiyah binti Saad (Qiya)
SMS/Whatsapp: +012 2668424
FB Page: Qiya Beauty
Personal FB: Qiya Saad
Instagram: @qiya_beauty


Baca Selanjutnya: Promosi Shaklee November 2018


XOXO,
Continue Reading