Sunday 25 November 2018

Tutorial: Cara Buat Table dan Jadual Dalam Post di Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni Qiya nak share tentang tutorial cara buat table dan jadual dalam blog post. Tutorial ni Qiya refer blog Lanun Sepet. Alhamdulillah dapat ilmu baru.

Asalnya Qiya nak buat jadual tentang nutrisi seimbang, memang dekat Google banyak je jadual tapi macam tak best la kalau copy hasil kerja orang je kan. Tak eksklusif gitu hihi. Lagipun banyak table yang Qiya perlukan terutamanya nak buat jadual pengambilan suplemen Shaklee yang betul. Contoh table yang Qiya da buat, Kelas-kelas Nutrisi.

Meh Qiya tunjuk macam mana Qiya hasilkan jadual macam dekat bawah ni dengan menggunakan kaedah yang simple sangat-sangat. 






























































Cara Buat Table dan Jadual Dalam Post di Blog


1. Buka Microsoft Office Word 2007 > Klik logo Microsoft > New > New Blog Post > Create
2. Ada keluar arahan suruh register > select Register Later
3. Klik Insert > Table > korang tentukan berapa bilangan row dan column yang korang nak buat. 
4. Klik Design untuk customize color, size jadual, dan sebagainya.
5. Klik kanak pada table > select COPY.
6. Masuk ke Blogger dashboard > new post > PASTE kan di bahagian Compose.
7. Kalau nak edit table/jadual sila customize siap-siap dalam Microsoft Word sebab dalam bahagian blog post ni sangat terbatas untuk edit table ni.


Tutorial: Cara Buat Table dan Jadual Dalam Post di Blog



Boleh follow tak cara buat jadual dan table guna Microsoft Word 2007 ni? Inshaallah mesti boleh, mudah je tutorial ni...

Ps: Kalau ada yang nak order vitamin Shaklee boleh Whatsapp Qiya (012-2668424). COD area Klang, Shah Alam, dan sekitar Lembah Klang. Poslaju seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.

XOXO,

2 comments:

  1. Ilmu baru ni, nanti zumal nak cuba

    ReplyDelete
  2. So far LZ belum pernah masukkan table dalam blog post..
    In shaa Allah ilmu ini boleh digunapakai akan datang..
    Thank you for sharing Qiya..

    ReplyDelete