Sunday 25 November 2018

Kelas-kelas Nutrisi

Nutrisi terdiri daripada 7 kelas pemakanan seimbang iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral, pelawas, dan air.

1. Karbohidrat

Karbohidrat meliputi kanji, selulosa, dan gula. Kanji terdapat dalam nasi, ubi kentang, dan roti. Gula pula terbahagi kepada 2 jenis iaitu gula ringkas dan gula kompleks. Contoh gula ringkas adalah seperti glukosa, fraktosa, dan galaktosa. Manakala gula kompleks pula adalah laktosa, maltosa, dan sukrosa. Fungsi karbohidrat adalah untuk membekalkan tenaga utama kepada tubuh badan.
Nutrisi, Makanan Seimbang, Diet Seimbang, Kelas-kelas Nutrisi, Kelas-kelas Makanan,

2. Protein

Makanan yang kaya dengan protein adalah seperti ikan, daging, tauhu dan kekacang. Protein diperlukan untuk pertumbuhan terutamanya untuk membina sel baru atau menggantikan sel yang rosak.

3. Lemak

Lemak terdiri daripada gliserol dan asid lemak. Lemak membekalkan 2 kali ganda tenaga berbanding karbohidrat. Lapisan lemak dibawah kulit dapat memanaskan badan. Lemak juga berfungsi untuk melindungi organ dalaman badan seperti jantung dan ginjal. Selain itu, lemak juga bertindak sebagai agen yang mengangkut vitamin A, D, E, dan K. Contoh lemak adalah seperti minyak masak, marjerin, kacang tanah, dan mentega.

4. Mineral

Mineral
Sumber
Fungsi
Penyakit kekurangan
Natrium
Garam, keju, dan daging
1. Mengekalkan cecair dalam badan.
2. Memperbaiki fungsi saraf.
Otot kejang
Fosforus
Telur, daging, susu, keju, dan sayuran
1. Gigi dan tulang kuat.
2. Pengecutan otot.
3. Menyimpan tenaga.
Riket/lemah
Zat besi
Daging, telur, sayuran hijau.
1. Diperlukan untuk penghasilan hemoglobin dalam sel darah merah.
Anemia
Iodin
Makanan laut, garam beriodin.
1. Diperlukan untuk penghasilan hormon oleh kelenjar tiroid.
Goiter (Pembengkakan kelenjar tiroid pada leher)
Kalium
Daging, kacang, pisang.
1. Mengekalkan cecair dalam badan.
2. Memperbaiki fungsi saraf.
3. Mengawal denyutan jantung.
Otot lemah/lumpuh
Kalsium
Keju, susu, telur, dan sayuran hijau.
1. Gigi dan tulang kuat.
2. Blood clotting.
3. Kesihatan otot dan saraf.
Riket/ Otot kejang/ Osteoporosis/ pendarahan berterusan.

Mineral diperlukan oleh tubuh badan dalam kuantiti yang kecil untuk pertumbuhan dan mengekalkan kesihatan badan. 
Contoh mineral adalah seperti Natrium, Fosforus, zat besi, iodine, kalium, dan kalsium. Kekurangan mineral boleh mengakibatkan Osteoporosis – patah tulang pinggul atau keretakan, Goiter – pembengkakan tiroid, Riket – kelenturan tulang kaki, dan sebagainya.

5. Vitamin

Vitamin terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu larut air dan larut lemak. Vitamin B (B-Complex; B1, B2, B3, B6, B12, dan B8) dan C adalah vitamin yang larut dalam air manakala vitamin A, D, E, dan K adalah vitamin yang larut dalam lemak. Vitamin diperlukan dalam badan dalam kuantiti yang kecil untuk kekalkan kesihatan dan pertumbuhan badan. Contoh vitamin adalah buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin.

6. Pelawas

Pelawas merupakan bahan gentian yang tidak dapat dicernakan oleh badan. Pelawas adalah selulosa yang terdapat di dalam dinding sel tumbuhan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, dan bijirin. Fungsi utama pelawas adalah untuk melicinkan pergerakan makanan sepanjang salur pencernaan bagi mengelakkan sembelit.

7. Air

Air wujud sebagai cecair dalam darah dan bendalir dalam badan yang berfungsi untuk mengekalkan suhu badan, sebagai medium yang membawa nutrien dan oksigen ke dalam sel, serta mengumuhkan bahan buangan dalam badan. Kandungan air terdapat dalam buah tembikai, nanas, jus, dan air mineral.
Jadi, apa yang dapat kita simpulkan tentang nutrisi ini?
Kesimpulannya, nutrisi yang seimbang sangat penting untuk kesihatan tubuh badan kita dan kekurangan nutrisi yang seimbang ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti rabun, jangkitan kulit, anemia, kemandulan, pendarahan berterusan, dan sebagainya.


Ps: Kalau ada yang nak order vitamin Shaklee boleh Whatsapp Qiya (012-2668424). COD area Klang, Shah Alam, dan sekitar Lembah Klang. Poslaju seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.

XOXO,

3 comments:

  1. Salam kenal Qiya..
    Perkongsian yang baik untuk memastikan kita terus kekal sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai LZ, terima kasih. Semoga bermanfaat ye.

      Delete
  2. penerangan yang bagus ni.. tapi paling susah nak ikut.... huhuhu..

    ReplyDelete