Thursday 22 November 2018

Cara Mencegah Serangan Gout


Apakah Gout?

Tahukah anda penyakit gout? Kalau dilihat dari sudut sejarah, penyakit gout ini adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi oleh manusia sejak zaman dahulu lagi. Selalunya orang kaitkan penyakit gout ini dengan keradangan atau sakit pada sendi, terutamanya ibu jari kaki.


Cara mudah mencegah serangan gout


Menurut portal MyHealth, gout merupakan sejenis penyakit yang berpunca daripada asid urik yang berlebihan di dalam tubuh. Asid urik yang sepatutnya disingkirkan oleh tubuh terkumpul di bawah kulit lalu membentuk benjolan yang dipanggil ‘tophi’. Ia juga boleh membentuk batu karang jika terkumpul di dalam saluran urinari.

Mengikut kajian, kaum lelaki lebih cenderung diserang penyakit gout berbanding wanita. Salah satu cara yang boleh diikhtiarkan adalah melalui pemakanan yang sihat dan seimbang.

Berikut adalah 6 makanan yang berpotensi mencegah penyakit gout, seperti yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

KALAU NAK CEGAH SERANGAN GOUT, AMALKAN 6 MAKANAN INI

1. NANAS

Buah nanas amat disarankan untuk mencegah gout kerana ia kaya dengan Bromelain dan Vitamin C. Kedua-dua komponen ini dapat membantu mengurangkan keradangan di sendi-sendi.

2. KUNYIT

Kunyit adalah bahan yang murah dan mudah didapati, namun ia sebenarnya memiliki khasiat semulajadi yang unggul. Tak hairanlah kunyit banyak digunakan dalam pelbagai produk kesihatan.

Cucurmin yang terdapat di dalam kunyit boleh membantu mengurangkan keradangan sendi, sekaligus mengelakkan daripada terkena serangan gout.

3. PEGAGA

Ulam pegaga ini pula tinggi dengan Phytochemical. Ia membantu proses menyahtoksik dalam badan.

4. LEMON

Seperti yang kita sedia maklum, lemon juga sangat berkesan dalam membantu proses menyahtoksik selain meningkatkan lagi kandungan Vitamin C yang diperlukan oleh tubuh.

Kalau minum di luar, rajin-rajinlah pesan air lemon tanpa gula. Ia tentunya pilihan yang lebih sihat!

5. HALIA

Komponen Gingerole dan Zingiberene dapat mengurangkan keradangan sendi.

Masukkan halia dalam masakan atau nikmatinya dalam teh tanpa gula.

6. CILI

Dalam cili juga terkandung khasiat Vitamin A dan Vitamin C yang berfungsi mengelakkan keradangan sendi.

Di samping mengamalkan makanan di atas, hadkan juga makanan yang tinggi kandungan purin seperti hati, paru, ikan bilis, ketam, udang, dan kerang. Minumlah air kosong yang mencukupi. 

Sumber: Siraplimau.com

1 comment:

  1. Terima kasih atas info yang bermanfaat. disini saya juga ingin kongsikan 10 manfaat kunyit hitam yang patut anda tahu, Terbukti merawat pelbagai penyakit.

    Pasti ramai di antara kita, tidak tahu apa itu kunyit hitam, selalunya kunyit putih dan kunyit kuning paling famous oleh sebab penggunaanya yang penting di dalam masakan atau dibuat masker untuk wajah.

    Tidak seperti kunyit kuning atau kunyit putih, kunyit hitam tidak begitu terkenal di masyarakat oleh kerana penanamannya yang agak rumit dan tidak mudah untuk mendapatkan hasil.

    Tapi sebenarnya kunyit hitam juga terkenal dalam merawat serta mencegah pelbagai penyakit kronik mahupun ringan. Ianya telah diuji kaji oleh saintis dan mempunyai bahan aktif yang mampu membantu mengatasi penyakit kronik. Jom kita lihat 10 manfaat kunyit hitam yang berguna dalam merawat penyakit.

    Mengurangkan bacaan gula dalam darah
    Mengurangkan sakit Urat Saraf Dan Sendi
    Merawat masalah penghadaman seperti sembelit dan buasir
    Menyuburkan Organ Pembiakan
    Untuk Kulit Wajah dan Tubuh
    Mengurangkan Migraine Dan Stress
    Merawat Kanser dan Tumor
    Meningkatkan kesihatan jantung
    Menurunkan kolesterol
    Meningkatkan sistem imun badan

    Untuk maklumat lanjut boleh ke website saya : www.superbsupplement.com

    ReplyDelete