Saturday 24 November 2018

Nutrisi 1

Apa itu Nutrisi?

Nutrisi adalah satu pemakanan yang berkahsiat dan seimbang untuk tubuh badan dan ianya bukan ubat-ubatan. 

Nutrisi juga merupakan pemakanan yang lengkap berkonsepkan selular iaitu membersihkan system penghadaman seperti usus, meningkatkan penyerapan zat nutrien dari pemakanan, membaikpulih dan menghidupkan sel-sel yang rosak atau mati serta menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru. 


Nutrisi, Pemakanan seimbang, diet seimbang, kelas-kelas makanan, piramid makanan,


Nutrisi juga memberi tumpuan kepada bagaimana penyakit dapat dicegah atau dikurangkan dengan diet yang sihat.

4 Fakta mengenai Nutrisi

1. Tubuh manusia memerlukan 7 jenis nutrien utama
2. Tidak semua nutrien memberi tenaga tetapi masih penting sepeti air dan serat.
3. Mikronutrien atau zat gizi mikro adalah penting untuk tubuh badan tetapi ianya diperlukan dalam jumlah yang lebih kecil. Contoh mikronutrien ialah vitamin dan mineral.
4. Vitamin adalah sebatian organik penting yang mana ianya tidak dapat disintesis (dihasilkan) oleh tubuh manusia.

Kesimpulannya, nutrisi ini tidak menyembuhkan sebarang penyakit tetapi sekiranya kita mengamalkan pemakanan yang berkhasiat, penyakit yang ada dalam tubuh badan kita akan pulih dan sembuh dengan sendirinya.

Ps: Kalau ada yang nak order vitamin Shaklee boleh Whatsapp Qiya (012-2668424). COD area Klang, Shah Alam, dan sekitar Lembah Klang. Poslaju seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.

XOXO,

0 comments:

Post a Comment