Monday, 22 October 2018

Accessories Perempuan: Kuku Palsu

Assalamuaikum dan salam sejahtera.

Hari ni Qiya nak share pasal accessories orang perempuan. Accessories perempuan ni banyak contohnya cincin, gelang, rantai, subang, hair band, dan termasuk la kuku palsu atau pun artificial nails ni.


Accessories perempuan, kuku palsu, artificial nails, tabiat gigit kuku, kuku rapuh, kuku mudah koyak, vitamin untuk kuku kuat,


Qiya beli kuku palsu bukan suka-suka sebab nak melawa tau tapi sebab sebelum ni Qiya ada masalah atau tabiat gigit kuku yang kronik dan menjijikkan. Orang yang ada tabiat gigit kuku ni bukan suka-suka gigit kuku dan perbuatan tu pun biasanya terjadi dalam keadaan seseorang tu tak sedar. 

Haaa macam mana tu tak sedar? Macam ni, biasanya Qiya akan sedar yang Qiya tengah gigit kuku bila jari mula rasa pedih-pedih, bila tersedar je ya Allah habis kuku rosak dan sometimes sampai berdarah jari Qiya. Tabiat ni dari kecik lagi memang tak boleh ubah. 

Sampai la awal tahun ni Qiya dapat buang 100% tabiat buruk gigit kuku ni tu pun sebab Qiya ada terbaca satu blog ni yang mana dia pun ada tabiat gigit kuku jugak dulu. Dia share macam mana dia boleh berhenti gigit kuku. 

Kalau tak silap Qiya dia cipta satu hobi baru untuk sibukkan jari jemari dia, dan hobi tu adalah dia belajar mengait, dan satu lagi cara dia share adalah dia sentiasa standby kepit kuku so that dia boleh trim kuku dia anytime and anywhere. 

So Qiya pun follow cara kedua tu, mana-mana je Qiya pergi Qiya akan bawa sepit kuku dan bila rasa ada tajam kat tepi-tepi kuku tu Qiya akan trim bila-bila masa je, even sambil-sambil berhenti kat traffic light pun Qiya sempat trim. 

Alhamdulillah sekarang semua kuku Qiya da comel cuma susah sikit nak makan guna tangan bila kuku panjang macam sekarang sebab makanan akan terselit kat celah-celah kuku. Sekarang ni Qiya terpaksa makan guna sudu je sementara nak bagi hilang betul-betul tabiat gigit kuku tu. Sebab tabiat gigit kuku ni bukan senang nak berhenti tau sampai ada pakar yang klasifikasikan orang yang gigit kuku ni ada penyakit mental sebenarnya. Maknanya Qiya ni bekas pesakit mental ke? Hahaha. 

Da macam-macam cara Qiya buat dulu tapi sekali je kuku Qiya pernah panjang macam sekarang ni tu pun sekejap je sebab sebelum ni kuku Qiya jenis yang rapuh dan mudah koyak. Yang Qiya perasan biasanya kuku Qiya akan koyak time tengah basuh pinggan, selalu macam ni, then bila koyak mula la kuku nampak buruk. Belum sempat potong guna sepit kuku automatik akan tergigit dan kuku yang tak ada kaitan pun jadi mangsa. 

Pastu stress sorang-sorang sebab kuku jadi buruk semula sampai nak pergi servis customer pun segan sebab biasanya diorang akan perhatikan kuku Qiya masa Qiya tengah buat presentation sebab Qiya banyak nak kena tunjuk jadual dekat pamplet, so confident pun hilang la bila orang nampak kekurangan kita kan. 

Last month Qiya balik kampung kebetulan masa tu ada anak saudara Qiya, Qiya ternampak kuku dia buruk, pastu Qiya tanya dia, "Pa'an gigit kuku ke? Eeee gelinya..." terus lari budak tu... hahaha... kejam giler makteh dia.

Padahal dalam hati cakap sorang-sorang 'agaknya macam ni la orang geli tengok kuku aku yang buruk tu dulu'. Tapi serius memang rasa kembang sangat tekak Qiya tengok kuku anak buah Qiya tu. Minta-minta dia boleh berhenti gigit kuku nanti.

That's why la Qiya beli kuku palsu ni tapi tak sempat pakai pun sebab kuku Qiya semua da comel-comel belaka dan tak rapuh atau mudah koyak lagi sebab Qiya da konsisten makan vitamin C dan Ostematrix sekarang ni.


Accessories perempuan, kuku palsu, artificial nails, tabiat gigit kuku, kuku rapuh, kuku mudah koyak, vitamin untuk kuku kuat,


Qiya beli kuku palsu ni kat Giant dan harganya plak RM19.90, glue RM7. Qiya pernah cuba sekali tapi sebab gam dia macam gam gajah so Qiya tak jadi pakai sebab leceh nak bersihkan nanti, kalau gam UHU tu ok lagi la.

Korang ada tabiat buruk yang korang da tinggalkan? Kalau ada share la dengan Qiya kat komen...

Bye...

XOXO, 

5 comments:

  1. RV ade sorang kawan ade tabiat ni. Dulu , masa bljr , Sambil2 baca buku, beliau gigit kuku.. Hikhik..
    Sekarang beliau jd doktor gigi... Hikhik

    ReplyDelete
  2. Ada gak kawan yang suka gigit kuku. Memang dempak je kuku kat jari tu. Btw, gam utk kuku palsu tu memang pakai UHU atau gajah ke? Tak de yg khas?? Macam tak sesuai pakai gam tu kuat sanagt.

    ReplyDelete
  3. same goes as me, suka gigit kuku tapi skrg tak dah sebab kalau nak gigit cakap kat dri sendiri nanti kuku hang tak cantik macam orang haha!

    ReplyDelete
  4. yang kat gambar tu kuku qiya ke?

    ReplyDelete
  5. Memang kuku akan tak cantik bila di gigit.. Semoga qiya terus sukses dalam mengekang aktiviti gigit kuku nie..

    ReplyDelete