Tuesday 5 May 2020

Gejala Dan Komplikasi Diabetes

Diabetes adalah penyakit kronik yang menjejaskan tahap kesihatan penduduk diseluruh dunia. Satu kajian diabetes telah dibuat pada tahun 2011, keputusan menunujkkan terdapat lebih daripada 3 Juta penduduk di Malaysia menghidap penyakit diabetes. 

Terkini, orang ramai yang mempunyai latar belakang penyakit diabetes atau penyakit kencing manis ini menjadi penyumbang kepada kematian disebabkan wabak Coronavirus, COVID-19 di negara kita, dikatakan wabak ini akan menyebabkan komplikasi yang serius terhadap individu yang mempunyai penyakit kronik sedia ada seperti diabetes/kencing manis, penyakit jantung, darah tinggi, asma, dan radang paru-paru atau pneumonia, selain boleh mengakibatkan kematian. 

Apa Itu Diabetes?


Diabetes atau kencing manis adalah salah satu penyakit kronik yang merujuk kepada bacaan gula (glukos) dalam badan yang melebihi daripada paras normal. Gula adalah sumber tenaga untuk keperluan badan tetapi jika diambil secara berlebihan boleh menyebabkan penyakit diabetes. Diabetes adalah satu daripada faktor utama terjadinya penyakit jantung dan strok atau angin ahmar. 

Bagaimana Diabetes Terjadi?


Makanan yang kita makan setiap hari akan bertukar menjadi glukosa untuk menghasilkan tenaga. Insulin bertindak sebagai hormon yang menukarkan glukosa kepada tenaga dalam badan kita, manakala pankreas pula akan merembeskan insulin untuk membantu sel badan menyerap glukosa. 

Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulinnya sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah ke dalam sel dan tisu, dimana ia digunakan untuk membekalkan tenaga. Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk tenaga dan juga akan merosakkan organ dan tisu yang terdedah kepada tahap glukosa yang tinggi. (Portal MyHealth)


Jenis-jenis Diabetes


Diabetes Type 1


Diabetes Type 1 terjadi disebabkan oleh pankreas yang tidak mampu menghasilkan insulin dengan cukup yang menyebabkan pesakit perlu mengambil suntikan insulin bagi mengawal kadar gula dalam darah.

Diabetes Type 2


Diabetes Type 2 disebabkan oleh badan yang menghasilkan tidak cukup insulin ataupun disebabkan sel tidak dapat bertindakbalas terhadap insulin dengan baik.

Diabetes Gestasi


Diabetes Gestasi terjadi dikalangan wanita mengambil atau ia dipanggil sebagai diabetes semasa kehamilan.


Apakah Tanda-Tanda Dan Gejala Diabetes?

  • haus/dahaga (dahaga yang berlebihan)
  • letih
  • berat badan menurun
  • penglihatan kabur
  • otot lemah
  • gatal

Gejala lain diabetes adalah seperti berikut;


  • mengidap penyakit kulit yang berpanjangan
  • luka yang lambat sembuh
  • kencing yang kerap
  • gatal pada bahagian kemaluan
  • rasa kebas

Siapakah yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat diabetes?


Diabetes boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan jantina. Tetapi risiko adalah lebih bagi mereka yang mempunyai perkara seperti berikut;
  • berumur 35 tahun ke atas. Semakin berusia semakin tinggi risiko diabetes.
  • obesiti atau berat badan berlebihan. Semakin bertambah berat badan semakin tinggi risiko diabetes.
  • Impared glucose tolerence (IGC)
  • latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
  • sejarah diabetes pada kehamilan terakhir
  • sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran 4.0kg atau lebih)
  • tekanan darah tinggi
  • gaya hidup yang tidak aktif
  • faktor pemakanan; pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan kurang serat
  • tahap lemak/kolesterol yang tinggi

Komplikasi Diabetes


- penyakit kardiovaskular
- kegagalan buah pinggang
- buta
- kerosakan saraf

(Kredit: Portal MyHealth)

1 comment:

  1. Depo 20ribu bisa menang puluhan juta rupiah
    mampir di website ternama I O N Q Q
    paling diminati di Indonesia,
    di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
    ~bandar poker
    ~bandar-Q
    ~domino99
    ~poker
    ~bandar66
    ~sakong
    ~aduQ
    ~capsa susun
    ~perang baccarat (new game)
    segera daftar dan bergabung bersama kami.Smile
    Whatshapp : +85515373217

    ReplyDelete