Monday, 18 May 2020

Jahit Barut Bayi/Baby Butang Getah

Banyak jenis barut bayi terdapat di pasaran. Ada yang bertali, ada yang berzip, pelekat zip zap, dan yang terkini jenis getah butang ni.








Ukuran barut ini sesuai untuk bayi baru lahir (newborn/NB) ke saiz S.

Barut Bayi atau baby binding/wrap penting untuk dipakaikan kepada bayi baru lahir hingga usia beberapa bulan atau sehingga bayi pandai meniarap. Kepentingan barut bayi ini adalah untuk elak perut bayi daripada kembung akibat masuk angin.

Jom tengok macam mana cara jahit barut bayi butang getah ni..







Perut bayi perlu dijaga dengan teliti kerana bayi lelaki khususnya cenderung mengalami angin pasang atau hernia jika kerap kembung perut.

Jadi untuk beri keselesaan kepada bayi anda, pemakaian barut adalah sangat mustahak seperti mana seorang ibu yang baru lepas bersalin harus memakai bengkung sepanjang tempoh berpantang untuk mempercepat proses penyembuhan luka dan pengecutan rahim selain untuk menyokong kedudukan tulang belakang dan elak perut ibu masuk angin.

0 comments:

Post a comment