Friday, 23 November 2018

Minum dan Makan Sebelum Atau Selepas Bersenam?

Kadang-kadang kita rasa keliru kan bila nak minum atau makan, lepas bersenam atau pun sebelum bersenam?

Menurut Kevin Zahari, yang mana beliau adalah seorang US certified personal trainer dan pakar nutrisi yang berpengalaman lebih 12 tahun. 

Katanya, untuk pastikan senaman kita berkualiti kita perlu mahir dalam membezakan keperluan pre dan post-workout yang bergantung kepada objektif senaman contohnya nak bakar lemak semasa bersenam, senaman untuk tingkatkan stamina, atau senaman pemberat.

Minum dan makan sebelum atau selepas bersenam, HIIT, senaman berimpak tinggi, high intensity interval training, kardiovaskular, senaman pemberat, weight exercise, fitness,
Gambar hiasan


1. Nak bakar lemak semasa bersenam?

Sekiranya matlamat kita nak bakar lemak semasa bersenam, kita kena elakkan makanan dan minuman berkarbohidrat beberapa jam sebelum atau semasa senaman kardiovaskular (jogging, aerobik, dan sebagainya).

Tapi pastikan intensiti senaman tersebut tak terlalu tinggi atau dalam lingkungan 60% kadar maksima degupan jantung.

2. Senaman untuk tingkatkan stamina?

Kalau nak buat senaman High Intensiti Interval Training (HIIT) atau aerobic impak tinggi kita kena makan sebelum bersenam bagi memenuhi bekalan glycogen sebagai sumber tenaga. Kalau tak makan badan kita tak sempat nak bakar lemak dan terpaksa gunakan glycogen yang terkandung dalam otot.

3. Senaman Pemberat

Untuk senaman pemberat atau weight training, wajib makan sebelum bersenam, sama seperti senaman intensiti tinggi (HIIT). Kalau tak makan badan kita tak sempat untuk pecahkan lemak sebagai sumber tenaga dan perlukan tenaga yang cepat daripada bekalan glycogen badan.

Jadi, untuk senaman pemberat kita kena makan dan minum 30 minit sebelum dan selepas bersenam yang mana nisbah protein dan karbohidrat adalah 1:2, contohnya protein 10g, manakala karbohidrat pula 20g.

Yang paling penting jangan lupa minum air semasa bersenam tak kira la apa pun objektif senaman kita.

Ps: Kalau ada yang nak order vitamin Shaklee boleh Whatsapp Qiya (012-2668424). COD area Klang, Shah Alam, dan sekitar Lembah Klang. Poslaju seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.

XOXO,

0 comments:

Post a Comment