Biasanya ibu mengandung akan mengalami masalah Hb rendah dan akibatnya kerap pening-pening dan tak larat nak uruskan rumahtangga. Asyik nak baring dan nak tidur je kan... kerja plak asyik MC memanjang sebab badan jadi sangat lemah.
Sebab apa Hb rendah? Banyak sebab... salah satunya adalah disebabkan diet kurang sayur-sayuran, buah-buahan, mineral, vitamin, dan sebagainya yang menyebabkan makanan ibu kurang nutrisi, selain menjadi kerap sembelit kerana kekurangan serat.
Bila ibu kurang zat tapi dalam masa yang sama bayi dalam kandungan pula memerlukan nutrisi untuk tumbesaran maka si bayi pun akan menyerap nutrisi daripada tubuh ibu menyebabkan si ibu menjadi lemah.
Jadi amat penting untuk ibu hamil mengambil makanan seimbang yang kaya dengan vitamin, mineral, kalsium, dan sebagainya.
Resepi Sayur Campur Cendawan Enoki yang sangat mudah disediakan ni sesuai dijadikan sebagai menu untuk ibu mengandung.
Resepi Sayur Campur Cendawan Enoki - Menu Untuk Ibu Mengandung
Bahan-bahan:-
1 batang lobak merah
5 biji putik jagung
1/4 kubis panjang
1 paket Cendawan Enoki
1 paket Fish ball
2 ulas Bawang putih
2 labu Bawang merah
1 genggam Ikan bilis
Garam
300ml air
Minyak masak
Cara memasak:-
1. Tumis bawang putih dan bawang merah yang dipotong nipis sehingga naik bau. Masukkan ikan bilis sampai garing.
2. Masukkan lobak merah dan biarkan sehingga ia layu sedikit. Tambah air lebih kurang 50ml.
3. Agak-agak lobak merah da lembut, kemudian masukkan putik jagung.
4. Kemudian masukkan kobis panjang dan fish ball, biar sehingga kobis layu seketika.
5. Kemudian masukkan cendawan enoki. Tak perlu tunggu cendawan enoki layu.
6. Masukkan air untuk dijadikan sebagai kuah dan tambah garam secukup rasa.
7. Biarkan kuah mendidih dan siap untuk dimakan dengan nasi putih.
Tak susah kan untuk ibu hamil kekal sihat dan cergas sepanjang tempoh kehamilan?
Walaubagaimanapun ibu hamil tetap memerlukan rehat yang secukupnya untuk menjaga kesihatan tubuh badan, emosi, dan juga bayi dalam kandungan.
XOXO,
sedapnya... tengok resepi pun dah rasa lapar
ReplyDeleteIbu hamil dan lensia x boleh min enorki ni baru dapat info.amerika Australia serta beberapa negara dah mula lupuskan.
ReplyDelete