Tuesday 13 November 2018

Jangan Lakukan 5 Perkara Ini Selepas Makan

Seperti yang kita sedia maklum, makanan berat kaya dengan protein dan nutrien yang memberi manfaat kepada tubuh. 

Namun, ada beberapa perkara yg perlu kita elakkan selepas makan untuk memastikan kesihatan kita di tahap yg paling optimum.


Jangan Lakukan 5 Perkara Ini Selepas Makan, tidur selepas makan, punca stroke,


1) Berbaring

Berbaring selepas makan boleh menyebabkan kembung, pedih ulu hati dan rasa tidak selesa.

Menurut satu kajian yang dilakukan di Sekolah Perubatan Universiti Ioannina, mereka yang menunggu masa yang lebih lama untuk tidur selepas makan mempunyai risiko yang lebih rendah mengalami strok. 

Penyelidik menyimpulkan bahawa kita harus menunggu sekurang-kurangnya beberapa jam selepas makan sebelum tidur.

2) Minum Teh

Jawatankuasa Pemakanan Diet, Dr D. Raghunatha Rao mengatakan bahawa teh harus dihindari satu jam sebelum dan satu jam setelah makan makan. 

Sebabnya ialah teh mempunyai tanin di dalamnya yang boleh mengganggu penyerapan zat besi.

3) Makan Buah

Menurut Dr. Melina Jampolis, doktor dan pakar pemakanan untuk CNN dot com, buah mempunyai hampir tiga kali jumlah kalori sebagai sayuran. 

Memakan lebih daripada ½ cawan buah setiap hari boleh menyebabkan kenaikan berat badan. 

Ia juga boleh di kategorikan sebagai tabiat makan makanan ringan selepas makan.

5) Berjalan

Ramai orang mengatakan bahawa sebaik sahaja selesai makan, perkara terbaik untuk dilakukan ialah berjalan kaki. 

Sebahagian daripada kenyataan itu adalah benar dan sebahagian daripadanya tidak. Berjalan terus selepas makan boleh menyebabkan refluks asid dan senak. 

Tetapi menurut para penyelidik di Jabatan Sains Latihan di University of South Carolina, anda harus menunggu sekurang-kurangnya 30 minit sebelum berjalan-jalan. 

Selepas menunggu selama 30 minit dan harus berjalan tidak lebih daripada 10 minit.

5) Mandi

Selepas makan, terdapat banyak darah yang beredar ke usus untuk membantu penghadaman. 

Tetapi apabila anda mandi selepas makan, otak akan memerintahkan darah untuk tergesa-gesa ke tangan, kaki, dan lengan untuk menyederhanakan suhu. Ini bermakna terdapat aliran darah yang terhad untuk pencernaan.

Jadi, untuk kekal sihat pastikan kita tidak melakukan 5 perkara tersebut sebab bukan senang untuk merawat sesuatu penyakit seperti kata pepatah 'mencegah adalah lebih baik daripada mengubati', disamping kos perubatan yg semakin hari semakin meningkat.

Sumber: Majalah Hijabista

18 comments:

  1. Nice sharing.. kadang kadang terbuat juga.. kikiki..

    ReplyDelete
  2. Uishhh..baru tahu! ada few things yang selalu buat lepas mkn. lepas nih xleh amalkan la..huwaaa

    ReplyDelete
  3. sejak akhir2 ni airah suka baring lepas makan hahahahha sebab penat sangat.kadang nak makan pun malas.lepas satu suap, baring.mood pembawakan baby ni kot buat jadi macam tu eeii

    ReplyDelete
  4. yeah thanks for the tips, I need tell my son about this too. Thats why after shower only I go eat, else I need wait few hours before going to shower. Yeah follow your gfc too, feel free follow me on www.mymumbest.com

    ReplyDelete
  5. Yang tang minum teh tu susah sikit nak ikut tu. asal keluar je, tak teh O, teh ais, iced lemon tea. semua pun nak tea. huhu. pastu komplem perut bloated hahaha perempuan dan komplen mmg x dapat dpisahkan.

    ReplyDelete
  6. Patutlah kita hari-hari makan buat tak pernah kurus-kurus makin naik berat badan hehehe tu lah mungkin makan lebih kuantiti sebab kita ni memang hantu buah-buahan hehehehehe...

    ReplyDelete
  7. Alamak bnyk pulak bende yang kite lakukan selalu mcm list kt atas. Patut susah nk kuyus. hehe. Thanks sharing this tips sangat bermanfaat . huhuhu

    ReplyDelete
  8. hahaha..kadang lepas makan kita baring..kihkih..tapi berat kita sama je tak naik-naik..macam manan ni..ehhee..tapi ada sesetengah tu memnag tak patut buat lepas makan..thnks bgtau

    ReplyDelete
  9. Nombor 3 tu selalu juga buat, kadang lupa nak makan buah dulu macam saranan Nabi hehe. Takpe lepas ni kita cuba perbaiki satu-satu ye. Terima kasih kongsikan info yang berguna ni :)

    ReplyDelete
  10. Erm.. Bab minum teh tu, kalau makan diluar memang pesan air teh o ais je la pun. Tak tahu pulak tak boleh minum air teh lepas makan. Erm.. Kena ubah mana yang boleh ni.

    ReplyDelete
  11. Sebab tu Nabi anjur untuk kita makan buah sebelum makan nasi. Sebab buah saja dah boleh mengenyangkan.
    Tapi bab air teh tu baru tau. Kena elak lah lepas ni.

    ReplyDelete
  12. entri ni sebagai eringatan ni...memang makan buah sebelum nasi tu sangat penting...dan orang kata minum air last sekali dan perlulah lama setelah menikmati nasi...nak cuba amalkan baliklah huhuhu

    ReplyDelete
  13. Nice entry. Biasa dengar kalau lepas makan kena berjalan. Tapi biasa lepas makan ena relax dulu.hehe.. teh tu baru tahu. Nasib tak minat teh. Cuma kalau malam tu bangun lapar pegi makan pastu tdo balik. Aduhhh susah nak kawal.

    ReplyDelete
  14. Yang tak boleh buat tu la dah di buat sejak kecil. Lepas makan minum Teh. Kemudian baring. Lepas tu mandi la kan. Hahahahaa. Aduii I nak tukar gaya hidup pun payah. Tp slowly akan berjaya.

    ReplyDelete
  15. alamakkk.. banyak yang AM tak tahu dan selalu buat perkara di atas.. aduhaii!!! bahaya nie.. nak kena elakkan nie sbb AM selalu baring & mandi lepas makan.. haihhhsss

    ReplyDelete
  16. Wah info menarik yang kita tak tahu sebelum ni. kebanyakkan salah amal walaupun kita rasa benda tu baik. lepas ni kena follow tips ni.

    ReplyDelete
  17. Info yg bagus dan tq for sharing, bkn semua tahu tentang 5 perkara no selepas min,kak pun baru tau😊

    ReplyDelete
  18. Waduh selama ini buat salah. Klo sudah makan sering minum teh

    ReplyDelete