Wednesday, 18 March 2020

PROMOSI SHAKLEE - Beli Mana-mana Pek Berkembar Shaklee untuk Penjimatan 10%

Seluruh umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa  di bulan Ramadhan tahun ini pada 24 April 2020 bersamaan 1 Ramadhan 1441 Hijrah.

Walaupun penularan wabak pandemik coronavirus, COVID-19 sedang memuncak di negara kita namun sebagai umat Islam kita tetap memerlukan persediaan fizikal dan mental bagi menempuh bulan Ramadhan tidak lama lagi.


Promosi Shaklee, bulan puasa, Ramadhan al-Mubarak, protein, bekalan makanan, covid-19 panic buying, Coronavirus, wabak, virus, Suplimen, makanan tambahan, nutrisi lengkap, qiyasaad, qiyabeauty, shaklee by Qiya, meal shakes, cinch shakes, chocolate drink, minuman perisa coklat vanila,


Antara persediaan yang diperlukan ketika bulan puasa nanti adalah bekalan makanan yang sihat supaya kita kekal bertenaga sepanjang hari.

Sempena bulan Ramadhan al-Mubarak yang hampir tiba ini pihak Shaklee mengadakan promosi 'Puasa dengan Shaklee, Senang Aje!. Promosi tersebut adalah BUY ANY TWIN PACK AND SAVE 10%.

Promosi beli mana-mana pek berkembar Shaklee dan Jimat 10% ini berlangsung pada 15 Mac hingga 31 Mei 2020 atau selagi stok masih Ada.


Jika berminat untuk mendapatkan set vitamin dan suplimen semulajadi Shaklee sila whatsapp Qiya di talian 012-2668424.






Ingin jana pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi Qiya sekarang! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan. Dan anda akan dijemput ke group eksklusif di Facebook.
Continue Reading

Tuesday, 17 March 2020

Kronologi Covid-19 di Malaysia sehingga 16 Mac 2020

BERIKUT ialah kronologi penularan wabak COVID-19 di Malaysia.




23 Jan 2020:

  • Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) terima laporan tiga kes (dua di Sabah dan satu di Selangor) disyaki dijangkiti novel koronavirus 2019 (2019-nCoV).
  • KKM sahkan kes di Sabah adalah negatif.



  • 24 Jan 2020:


  • KKM maklumkan terdapat lapan kontak rapat kepada kes pertama 2019-nCoV di Singapura berada di Johor Bahru dan dikuarantin.

  • 25 Jan 2020:
  • Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sahkan kes pertama 2019-nCoV babitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.
  • KKM nasihat jangan melancong ke China jika tiada keperluan.

  • 26 Jan 2020:

  • KKM rancang tambah alat imbasan suhu badan di pintu masuk negara.

  • 27 Jan 2020:

  • KKM telah mengenal pasti 26 hospital di seluruh negara sebagai langkah kesiapsiagaan bagi mengendali kes disyaki jangkitan 2019-nCoV yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
  • Kerajaan mengambil keputusan untuk menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat China dari bandar Wuhan dan Wilayah Hubei serta sekitarnya, berkuat kuasa serta-merta.

  • 28 Jan 2020:
  • Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri´ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah semua masjid di seluruh negara adakan solat hajat.
  • Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menubuhkan Jawatankuasa Pemulihan Pelancongan bagi memantau perkembangan semasa berhubung isu 2019-nCoV.

  • 29 Jan 2020:
  • KKM sahkan pertambahan tiga kes positif 2019-nCoV, jumlah kumulatif kes positif ialah tujuh.
  • Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berkata, Malaysia dalam persediaan membawa balik rakyat tempatan dari Wuhan, China.

  • 30 Jan 2020:
  • KKM sahkan satu pertambahan kes positif 2019-nCoV dalam kalangan kontak rapat (kes kelapan), jumlah kumulatif kes positif 2019-nCoV ialah lapan.
  • Sebuah jawatankuasa khas bagi misi bantuan kemanusiaan membawa pulang rakyat Malaysia dari Wilayah Hubei, China diaktifkan susulan penularan jangkitan 2019-nCoV di wilayah itu.
  • Jawatankuasa itu diselaraskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bersama Kementerian Luar, Kementerian Kesihatan, Angkatan Tentera Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.
  • Kerajaan Negeri Sabah mengambil keputusan menggantung sementara semua penerbangan berjadual dan dicarter dari China ke Sabah berkuat kuasa serta-merta sehingga diberitahu kelak.

  • 31 Jan 2020:
  • Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak koronavirus sebagai darurat kesihatan dunia.1 Feb 2020:
  • Semua warga China dan warga asing yang mengunjungi China dalam tempoh 14 hari akan disekat daripada memasuki Sarawak berkuat kuasa serta-merta sehingga dimaklumkan kelak.
  • Kedutaan Besar Malaysia di Beijing menghantar sepasukan peninjau ke Wuhan bagi menyelaras dan membantu proses membawa pulang 120 rakyat Malaysia di wilayah Hubei susulan penularan wabak 2019-nCoV di negara itu.

  • 4 Feb 2020:
  • Malaysia membawa pulang 107 individu yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan pasangan serta anak mereka yang terkandas di bandar Wuhan, yang disekat pergerakan keluar dan masuk oleh kerajaan China susulan penularan wabak 2019-nCoV sejak 23 Jan.
  • Seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 41 tahun dari Selangor, antara dua kes baharu yang dilaporkan positif 2019-nCoV dan satu lagi membabitkan seorang lelaki warga China berumur 63 tahun yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 18 Jan.
  • Pertambahan dua kes baharu positif itu menjadikan jumlah kumulatif kes ialah 10.
  • Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan menstruktur semula kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) dengan menyasarkan pasaran negara baharu susulan isu jangkitan novel koronavirus 2019.

  • 5 Feb 2020:
  • Sejumlah 74 orang telah dikenal pasti melalui pengesanan kontak susulan kes pertama rakyat Malaysia dijangkiti 2019-nCoV dan daripada jumlah itu, 35 kontak rapat dikesan dan sampel diambil daripada mereka serta diletak di bawah Perintah Pengawasan dan Pemantauan.
  • Dua daripada 107 individu yang tiba di tanah air menerusi Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) disahkan positif 2019-nCoV, menjadikan jumlah kumulatif kes positif kluster koronavirus di Malaysia ialah 12.

  • 6 Feb 2020:
  • Seorang wanita rakyat Malaysia, yang merupakan kes pertama jangkitan tempatan, dan wanita warga China dari Wuhan menjadi dua individu terbaru disahkan positif virus itu, menjadikan jumlah individu positif 2019-nCoV di Malaysia ialah 14 kes membabitkan 10 warga China dan empat rakyat tempatan.

  • 7 Feb 2020:
  • Satu lagi kes positif 2019-nCoV dikenal pasti, menjadikan jumlah kes positif di negara ini meningkat kepada 15 dengan kes terbaharu membabitkan seorang pelancong wanita berumur 59 tahun dari Wuhan, China yang masuk ke Malaysia pada 21 Jan.

  • 8 Feb 2020:
  • Seorang wanita warga China dari Wuhan menjadikan individu terbaharu positif kluster 2019-nCoV, menjadikan angka keseluruhan jangkitan dalam negara kini berjumlah 16 kes.

  • 9 Feb 2020:
  • Seorang wanita tempatan berusia 65 tahun disahkan positif 2019-nCoV, menjadikan angka keseluruhan jangkitan dalam negara kini berjumlah 17 kes. Wanita itu merupakan ibu mertua dalam kes rakyat Malaysia yang dilaporkan pada 4 Feb, iaitu kes kesembilan.

  • 10 Feb 2020:
  • Malaysia mencatat 18 kes positif 2019-nCoV termasuk tiga kes pulih sepenuhnya. Kes terbaharu membabitkan seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 31 tahun yang bekerja di Macau dan kembali ke Malaysia pada 1 Feb.

  • 11 Feb 2020:
  • Kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju menubuhkan satu Jawatankuasa Kerja Bersama berikutan penularan jangkitan 2019-nCoV yang diterajui timbalan menteri kesihatan kedua-dua negara.

  • 12 Feb 2020:
  • KKM menerima tambahan 26 pengimbas suhu badan yang ditempatkan di pintu masuk negara, menjadikan jumlah keseluruhan ialah 80 berbanding 54 sebelum ini.
  • Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan COVID-19, yang bermaksud Penyakit Virus Korona’ sebagai nama rasmi bagi novel koronavirus 2019.
  • Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata ujian terhadap 550 kontak rapat dan mereka yang bergejala di 18 makmal awam di negara ini mendapati 18 disahkan positif bagi COVID-19.

  • 13 Feb 2020:
  • Satu lagi kes positif COVID-19 dicatat, menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini meningkat kepada 19. Kes terbaharu itu membabitkan seorang wanita warga China berumur 39 tahun, rakan kes ke-14 dan anak kes ke-16.

  • 14 Feb 2020:
    - Tiga lagi diuji positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini ialah 22. Tiga kes terbaru itu melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita warga China serta seorang wanita warga Amerika Syarikat berumur 83 tahun, yang merupakan antara penumpang kapal persiaran yang singgah di Kemboja pada 13 Feb.

    27 Feb 2020:
  • Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bagi menangani ekonomi daripada kesan penularan COVID-19.

  • 28 Feb 2020:
  • Kes baharu COVID-19 di negara ini bertambah tiga lagi, menjadikan jumlah pesakit yang disahkan positif setakat ini 25 orang, dengan 22 telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital.
  • Pesakit ke-23 adalah wanita rakyat Malaysia yang kembali ke tanah air dari Jepun, pesakit ke-24 seorang wanita Jepun berusia 41 tahun dan bekerja di Malaysia sementara kes ke-25 ialah seorang lelaki Itali berusia 54 tahun yang berkahwin dengan rakyat Malaysia dan tinggal di negara ini.

  • 1 Mac 2020:
  • Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan empat lagi kes positif jangkitan COVID-19 di negara ini, menjadikan jumlah keseluruhan 29 kes.
  • Kes ke-26 merupakan seorang lelaki berusia 52 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke Shanghai, China sekitar pertengahan Januari, kes ke-27 merupakan seorang jururawat pelatih wanita berusia 20 tahun yang menjalani latihan sangkutan jangka pendek di hospital swasta yang merawat kes ke-24 manakala kes ke-28 merupakan seorang lelaki berusia 45, rakan sekerja kes ke-25 dan kes ke-29 pula melibatkan wanita berusia 35 tahun yang telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada 21 Feb.

  • 3 Mac 2020:
  • Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan tujuh lagi kes positif COVID-19 membabitkan warga tempatan menjadikan jumlah terkini ialah 36. Semua kes baharu merupakan kontak rapat kepada kes positif ke-26 pada 29 Feb.

  • 4 Mac 2020:
  • Terdapat 14 kes baharu COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif di Malaysia meningkat kepada 50. Kes positif COVID-19 ke-31 hingga ke-50 merupakan kontak rapat bagi kes ke-26.

  • 5 Mac 2020:
  • Lima lagi individu disahkan positif COVID-19 dengan kesemua mereka dikenal pasti sebagai kontak rapat kes ke-26, menjadikan jumlah kumulatif positif virus itu ialah 55.

  • 6 Mac 2020:
  • Sebanyak 28 individu disahkan positif COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif ialah 83 kes.

  • 7 Mac 2020:
  • Sebanyak 10 kes baharu COVID-19 dilapor, menjadikan jumlah kumulatif ialah 93.

  • 8 Mac 2020:
  • Enam kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 ialah 99 kes. Kesemua kes terdiri daripada kontak rapat kluster kes ke-26.

  • 9 Mac 2020:
  • Sebanyak 18 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 di Malaysia ialah 117. Satu daripada kes baharu, iaitu kes ke-101, melibatkan seorang lelaki yang baru pulang dari Iran.

  • 10 Mac 2020:
  • Sebanyak 12 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia setakat ini ialah 129. Kes positif itu melibatkan pesakit dalam siasatan (PUI) jangkitan COVID-19, kontak rapat dan anggota Misi Bantuan Kemanusiaan.

  • 11 Mac 2020:
  • Sebanyak 20 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kes kumulatif di negara ini meningkat kepada 149.

  • 12 Mac 2020:
  • Sembilan kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif di negara ini ialah 158.
  • Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik selepas mengambil kira peningkatan ketara kes di negara-negara selain China.
  • Malaysia belum mengalami kes sporadik COVID-19. Kes ke-131 yang sebelum ini dikatakan sporadik adalah tidak tepat setelah siasatan lanjut yang dijalankan KKM mendapati pesakit merupakan antara peserta perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling pada 27 Feb hingga 1 Mac lalu.

  • 13 Mac 2020:
  • Sebanyak 39 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif di negara ini meningkat kepada 197. Daripada kes terkini itu, sebanyak 38 dikesan dalam kalangan PUI jangkitan COVID-19 manakala satu kes adalah kontak rapat dan empat kes dilaporkan memerlukan bantuan pernafasan serta ditempatkan di Unit Rawatan Rapi dan diberikan rawatan anti-viral.

  • 14 Mac 2020:
  • Sebanyak 41 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif di negara ini meningkat kepada 238. Kesemua kes baharu dikaitkan dengan kluster perhimpunan tabligh membabitkan 37 kes PUI manakala empat lagi adalah kontak rapat.

  • 15 Mac 2020:
  • Sebanyak 190 kes baharu dilaporkan positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 428 kes. Berdasarkan siasatan awal, kebanyakan kes baharu adalah berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.

  • 16 Mac 2020:
  • Sebanyak 125 kes baharu dilaporkan positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 553. Sejumlah 95 daripada 125 kes baharu dikaitkan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.
  • Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula 18 Mac hingga 31 Mac.

  • Sumber: hmetro.com.my
    Continue Reading

    Sunday, 15 March 2020

    Jahit Baju Kurung Sekolah Budak

    2 minggu lepas qiya start jahit baju kurung sekolah untuk kanak-kanak ni. Bila jahit sambil-sambil ni, sehari dapat la menjahit 2 jam. Nak siapkan 2 helai baju kurung ni ambil masa seminggu jugak.


    Baju sekolah, baju kurung, baju budak, baju kanak-kanak, fesyen tradisional wanita melayu, qiya saad tailor, qiya saad,


    Baju sekolah, baju kurung, baju budak, baju kanak-kanak, fesyen tradisional wanita melayu, qiya saad tailor, qiya saad,


    Baju sekolah, baju kurung, baju budak, baju kanak-kanak, fesyen tradisional wanita melayu, qiya saad tailor, qiya saad,


    Baju sekolah, baju kurung, baju budak, baju kanak-kanak, fesyen tradisional wanita melayu, qiya saad tailor, qiya saad,


    Baju sekolah, baju kurung, baju budak, baju kanak-kanak, fesyen tradisional wanita melayu, qiya saad tailor, qiya saad,


    Tinggal sikit je lagi, butang baju kurung ni qiya belum jahit..


    Baju sekolah, baju kurung, baju budak, baju kanak-kanak, fesyen tradisional wanita melayu, qiya saad tailor, qiya saad,


    Baju sekolah, baju kurung, baju budak, baju kanak-kanak, fesyen tradisional wanita melayu, qiya saad tailor, qiya saad,

    Continue Reading

    Thursday, 12 March 2020

    PROMOSI SHAKLEE | MARCH 2020

    Promosi shaklee Mac 2020, vitamin, Suplimen, qiya beauty, nutrisi, set keperluan harian, tingkatkan sistem imunisasi pertahanan tubuh badan, jangkitan virus wabak penyakit, pandemic, epidemic, kuatkan antibodi, covid-19, novel Coronavirus, huanan seafood market wuhan China, jangkitan pernafasan, SARS, MERS, 2019-nCoV,

    Promosi shaklee Mac 2020, vitamin, Suplimen, qiya beauty, nutrisi, set keperluan harian, tingkatkan sistem imunisasi pertahanan tubuh badan, jangkitan virus wabak penyakit, pandemic, epidemic, kuatkan antibodi, covid-19, novel Coronavirus, huanan seafood market wuhan China, jangkitan pernafasan, SARS, MERS, 2019-nCoV, set prenatal, set ibu mengadung hamil, amnesia, kurang darah, hb low,

    Promosi shaklee Mac 2020, vitamin, Suplimen, qiya beauty, nutrisi, set ibu bersalin dan berpantang, tingkatkan sistem imunisasi pertahanan tubuh badan, jangkitan virus wabak penyakit, pandemic, epidemic, kuatkan antibodi, covid-19, novel Coronavirus, huanan seafood market wuhan China, jangkitan pernafasan, SARS, MERS, 2019-nCoV,

    Qiya Saad Beauty, youth skincare shaklee, kulit cantik, hilangkan jerawat, set youth welcome set,

    Promosi shaklee Mac 2020, vitamin, Suplimen, qiya beauty, nutrisi, set keperluan harian, tingkatkan sistem imunisasi pertahanan tubuh badan, jangkitan virus wabak penyakit, pandemic, epidemic, kuatkan antibodi, covid-19, novel Coronavirus, huanan seafood market wuhan China, jangkitan pernafasan, SARS, MERS, 2019-nCoV, jadi ahli member shaklee, Cara untuk daftar ahli shaklee,




    Jika berminat untuk mendapatkan set vitamin dan suplimen semulajadi Shaklee sila whatsapp Qiya di talian 012-2668424.







    Ingin jana pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi Qiya sekarang! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan. Dan anda akan dijemput ke group eksklusif di Facebook.
    Continue Reading

    Manfaat GLA Complex Shaklee

    Semalam qiya pos gla complex utk customer. Hari ni ada lagi yg wasap qiya risik-risik gla complex.

    Kebiasaannya customer qiya ni ada masalah Cyst ovari yang disebabkan oleh hormon tak stabil. Selain dapat menstabilkan hormon, terdapat banyak lagi manfaat pengambilan GLA Complex atau Gamma Linolenic Acid ini.



    GLA Complex Shaklee, Qiya Beauty, Suplimen, vitamin, mengatur kitaran haid, menstabilkan hormon wanita, period tak teratur, sukar hamil, kulit cantik, jerawat, jeragat, pengedar Shaklee bandar putera 2 Klang, melegakan PMS, meningkatkan kesuburan, menangani menopause, mengawal gula dalam darah, rendahkan kolesterol, meningkatkan fungsi sistem saraf,


    Manfaat GLA Complex adalah seperti berikut:-

    - Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
    - Meningkatkan kesuburan
    - Melegakan PMS (Pre-Menstruation Syndrome)
    - Membantu dalam menangani menopause
    - Menguatkan kuku dan rambut
    - Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri
    - Mengurangkan 'blood clot' yang menyebabkan serangan jantung
    - Mengawal gula dalam darah
    - Mengawal tahap kolesterol
    - Meningkatkan fungsi sistem saraf

    #shakleebyqiya


    Jika berminat untuk mendapatkan set vitamin dan suplimen semulajadi Shaklee sila whatsapp Qiya di talian 012-2668424.







    Ingin jana pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi Qiya sekarang! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan. Dan anda akan dijemput ke group eksklusif di Facebook.
    Continue Reading

    Penyakit Berjangkit - Jangkitan Virus Sistem Pernafasan

    Jangkitan virus pernafasan adalah penyakit paling biasa dialami oleh manusia.

    Penyakit ini disebabkan oleh kepelbagaian kumpulan virus yang dikenali sebagai virus-virus pernafasan manusia atau human respiratory viruses, RVs.

    Satu dekad yang lalu, kajian tentang molekul baru telah memperluaskan lingkungan virus-virus yang dikesan melalui sampel pernafasan dan beberapa novel virus-virus pernafasan atau virus-virus baru berkaitan sistem pernafasan telah dikenalpasti.

    Virus-virus pernafasan manusia: ciri-ciri penyakit dan populasi yang berisiko tinggi adalah seperti berikut:-

    1. Adenovirus

    Penyakit-penyakit berkaitan: 

    - URTI (upper respiratory track infection) atau jangkitan yang berlaku di laluan salur pernafasan atas, bahagian tersebut adalah mulut, hidung, farinks, dan larinks. Ia biasanya dikenali sebagai selsema dan kanak-kanak lebih terdedah kepada jangkitan selsema ini. 

    - Pharyngoconjuctival fever, gelajanya adalah seperti demam panas selama 4 - 5 hari, pharyngitis; sakit tekak, conjunctivitis; bengkak mata, bengkak kelenjar limfa, sakit kepala, rasa tak sedap badan, dan lemah. Ia biasanya terjadi dikalangan kanak-kanak dan remaja berusia antara 5 hingga 18 tahun.

    - Pneumonia; radang atau inflamasi pada paru-paru. Paru-paru adalah organ dalam badan yang mengandungi gelembung-gelembung udara atau alveoli. Apabila alveoli ini dipenuhi dengan sel-sel inflamasi keadaan tersebut dipanggil pneumonia. Pneumonia biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria, virus, kulat, parasit, tindakbalas kimia dan fizikal. Antara gejala pneumonia adalah batuk, sakit dada, demam, dan susah bernafas. Pneumonia boleh terjadi pada semua peringkat umur, salah satu penyebab utama kematian di kalangan pesakit kronik, dan juga penyebab utama kematian kanak-kanak di negara yang berpendapatan rendah. Di Malaysia, kuman Mycobacterium tuberculosis yang menyebabkan penyakit tibi adalah salah satu penyebab utama pneumonia dikalangan masyarakat. Manakala kuman streptococcus pneumoniae adalah penyebab utama pneumonia di seluruh dunia.

    - Pertussis-like syndrome; pertussis atau batuk kokol berlaku akibat jangkitan kuman bordotella pertussis di saluran pernafasan yang menyebabkan batuk berpanjangan dan kerap. Penyakit ini adalah salah satu penyebab kematian kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah. Batuk kokol biasanya berlaku selama 6 minggu dan terbahagi kepada 3 fasa iaitu fasa pertama: fasa catarrhal, fasa kedua: fasa paroxysmal, dan fasa ketiga: fasa sembuh. Fasa catarrhal adalah fasa keradangan dibahagian hidung dan tekak. Antara simptom yang akan dialami adalah hidung tersumbat, selsema, bersin, keluar air mata, dan demam. Di peringkat fasa paroxysmal pula pesakit akan mengalami batuk yang teruk dan berpanjangan selama beberapa minit diikuti dengan nafas berbunyi (wheezing). Antara simptomnya adalah muntah ketika batuk, dan muka menjadi kemerahan atau kebiruan semasa batuk. Di peringkat fasa sembuh, pesakit akan kurang batuk tapi batuk masih berpanjangan. Ia mungkin akan mengambil masa berminggu-minggu until sembuh. Antara komplikasi yang boleh terjadi adalah jangkitan kuman pada paru-paru, hypoxic encephalopathy iaitu masalah otak akibat kekurangan oksigen, jangkitan kuman pada tengah telinga, hidung berdarah, hernia, sawan, dan pendarahan otak.


    2. Coronavirus

    3. Reovirus

    4. Rhinovirus

    5. Respiratory syncytial virus

    6. Parainfluenza virus

    7. Metapneumovirus

    8. Human bocavirus

    Status: belum lengkap, tengah edit lagi..



    Senarai Makanan Yang Dapat Menggalakkan Sistem Pertahanan Badan


    1. Buah-buahan citrus

    2. Lada benggala merah








    Musim wabak tengah cepat menular ni, elok la kita amalkan vitamin c untuk tingkatkan imun badan supaya dapat melawan gejala-gejala covid-19 seperti demam, batuk, dan sukar bernafas..



    2019-nCoV, Coronavirus, covid-19, human respiratory viruses, jangkitan kuman, jangkitan pernafasan, MERS, pandemic, Penyakit Berjangkit, pneumonia, radang paru-paru, SARS, Suplimen, Vaksin, Vitamin C, VRs, wabak wuhan,


    2019-nCoV, Coronavirus, covid-19, human respiratory viruses, jangkitan kuman, jangkitan pernafasan, MERS, pandemic, Penyakit Berjangkit, pneumonia, radang paru-paru, SARS, Suplimen, Vaksin, Vitamin C, VRs, wabak wuhan,


    2019-nCoV, Coronavirus, covid-19, human respiratory viruses, jangkitan kuman, jangkitan pernafasan, MERS, pandemic, Penyakit Berjangkit, pneumonia, radang paru-paru, SARS, Suplimen, Vaksin, Vitamin C, VRs, wabak wuhan,



    Rujukan:
    1. Infectious Diseases (Third Edition), Volume 2, 2010, Chapter 162, Respiratory Viruses, Kristen Schaffer, Estella Whimbey.
    2. Doctoroncall website, Apakah URTI dan Cara Mengelakkan Jangkitan?, Dr M Ramzdhan, 18 Aug 2018.
    3. Portal MyHealth, Radang Paru-Paru, Dr Norhaya Mohd Razali, 26 April 2012.
    4. Portal theAsianparent, Alert Dengan Batuk Anak Anda, Parent! Kerana Batuk Kokol Bayi Ini Maut.., Nadia Ghafar.
    Continue Reading

    Sunday, 23 February 2020

    AFIQ EZANY - Sakit Mata #1

    2 minggu da budak afiq ni on off sakit mata.


    Afiq ezany, qiya beauty, qiya Saad, eye infection, jangkitan mata, HTAR, pakar mata, mata merah berair, mata gatal, allergic sabun shampoo, alahan, sakit mata, Opthal specialist, eye imflammation, hospital Klang, tunku ampuan rahimah, klinik harian,


    Seminggu qiya bagi dia makan ubat gatal dgn ubat titis mata dari klinik my care tapi ok sekejap je pastu jadi balik merah2 kat mata dia mostly belah kiri.


    Afiq ezany, qiya beauty, qiya Saad, eye infection, jangkitan mata, HTAR, pakar mata, mata merah berair, mata gatal, allergic sabun shampoo, alahan, sakit mata, Opthal specialist, eye imflammation, hospital Klang, tunku ampuan rahimah, klinik harian, mata bengkak,


    Hari ni qiya bawa dia pergi klinik kesihatan Bandar Botanik plak, risau jugak takut terkena infection yg serius, tengok apa suggestion doktor sama ada kena refer pakar mata ke tak sebab afiq ni lepas dia operation hernia (angin pasang) dulu memang dia kuat tengok henfon, tengok youtube, sebab tak nak dia banyak bergerak sementara luka dan jahitan tu belum sembuh..

    Bulan Feb ni boleh kira berapa kali je dia pergi sekolah, boleh kata dia banyak belajar kat rumah je sekarang ni.

    Sebagai ibu, qiya memang risau sangat kalau kesihatan anak2 terjejas lagi2 2 orang anak qiya memang ada lelah yg teruk. Anak qiya yg first, Adam memang ada asma dari umur dia 1 tahun lebih, bila dah ok asma jadi eczema plak hujung tahun lepas dan da recover pun dlm sebulan tu, tapi asma dia jadi balik cuma tak teruk sangat sampai kena ambil nab. Last sedut gas nab tu April 2019.

    Afiq plak start musim influenza ILI baru2 ni kesihatan dia terjejas semula, kena ambil nabulizer baru2 ni.. padahal lepas qiya konsisten bagi dia omega guard lebih kurang 3 bulan asma dia da tak attack lagi since Oktober 2018 hingga Jan 2020. 

    Bila da jumpa doktor tadi (24/2/2020), doktor bagi surat refer ke pakar Opthal HTAR sebab doktor kata biasanya sakit mata ni akan sembuh sepenuhnya dalam masa 1 minggu je. Bila da berlarutan sampai 2 minggu walaupun on off still kena refer specialist untuk dapatkan tarikh temujanji dan untuk tentukan sama ada perlukan rawatan lanjut ke tak.
    Continue Reading