Thursday, 12 March 2020

Penyakit Berjangkit - Jangkitan Virus Sistem Pernafasan

Jangkitan virus pernafasan adalah penyakit paling biasa dialami oleh manusia.

Penyakit ini disebabkan oleh kepelbagaian kumpulan virus yang dikenali sebagai virus-virus pernafasan manusia atau human respiratory viruses, RVs.

Satu dekad yang lalu, kajian tentang molekul baru telah memperluaskan lingkungan virus-virus yang dikesan melalui sampel pernafasan dan beberapa novel virus-virus pernafasan atau virus-virus baru berkaitan sistem pernafasan telah dikenalpasti.

Virus-virus pernafasan manusia: ciri-ciri penyakit dan populasi yang berisiko tinggi adalah seperti berikut:-

1. Adenovirus

Penyakit-penyakit berkaitan: 

- URTI (upper respiratory track infection) atau jangkitan yang berlaku di laluan salur pernafasan atas, bahagian tersebut adalah mulut, hidung, farinks, dan larinks. Ia biasanya dikenali sebagai selsema dan kanak-kanak lebih terdedah kepada jangkitan selsema ini. 

- Pharyngoconjuctival fever, gelajanya adalah seperti demam panas selama 4 - 5 hari, pharyngitis; sakit tekak, conjunctivitis; bengkak mata, bengkak kelenjar limfa, sakit kepala, rasa tak sedap badan, dan lemah. Ia biasanya terjadi dikalangan kanak-kanak dan remaja berusia antara 5 hingga 18 tahun.

- Pneumonia; radang atau inflamasi pada paru-paru. Paru-paru adalah organ dalam badan yang mengandungi gelembung-gelembung udara atau alveoli. Apabila alveoli ini dipenuhi dengan sel-sel inflamasi keadaan tersebut dipanggil pneumonia. Pneumonia biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria, virus, kulat, parasit, tindakbalas kimia dan fizikal. Antara gejala pneumonia adalah batuk, sakit dada, demam, dan susah bernafas. Pneumonia boleh terjadi pada semua peringkat umur, salah satu penyebab utama kematian di kalangan pesakit kronik, dan juga penyebab utama kematian kanak-kanak di negara yang berpendapatan rendah. Di Malaysia, kuman Mycobacterium tuberculosis yang menyebabkan penyakit tibi adalah salah satu penyebab utama pneumonia dikalangan masyarakat. Manakala kuman streptococcus pneumoniae adalah penyebab utama pneumonia di seluruh dunia.

- Pertussis-like syndrome; pertussis atau batuk kokol berlaku akibat jangkitan kuman bordotella pertussis di saluran pernafasan yang menyebabkan batuk berpanjangan dan kerap. Penyakit ini adalah salah satu penyebab kematian kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah. Batuk kokol biasanya berlaku selama 6 minggu dan terbahagi kepada 3 fasa iaitu fasa pertama: fasa catarrhal, fasa kedua: fasa paroxysmal, dan fasa ketiga: fasa sembuh. Fasa catarrhal adalah fasa keradangan dibahagian hidung dan tekak. Antara simptom yang akan dialami adalah hidung tersumbat, selsema, bersin, keluar air mata, dan demam. Di peringkat fasa paroxysmal pula pesakit akan mengalami batuk yang teruk dan berpanjangan selama beberapa minit diikuti dengan nafas berbunyi (wheezing). Antara simptomnya adalah muntah ketika batuk, dan muka menjadi kemerahan atau kebiruan semasa batuk. Di peringkat fasa sembuh, pesakit akan kurang batuk tapi batuk masih berpanjangan. Ia mungkin akan mengambil masa berminggu-minggu until sembuh. Antara komplikasi yang boleh terjadi adalah jangkitan kuman pada paru-paru, hypoxic encephalopathy iaitu masalah otak akibat kekurangan oksigen, jangkitan kuman pada tengah telinga, hidung berdarah, hernia, sawan, dan pendarahan otak.


2. Coronavirus

3. Reovirus

4. Rhinovirus

5. Respiratory syncytial virus

6. Parainfluenza virus

7. Metapneumovirus

8. Human bocavirus

Status: belum lengkap, tengah edit lagi..



Senarai Makanan Yang Dapat Menggalakkan Sistem Pertahanan Badan


1. Buah-buahan citrus

2. Lada benggala merah








Musim wabak tengah cepat menular ni, elok la kita amalkan vitamin c untuk tingkatkan imun badan supaya dapat melawan gejala-gejala covid-19 seperti demam, batuk, dan sukar bernafas..



2019-nCoV, Coronavirus, covid-19, human respiratory viruses, jangkitan kuman, jangkitan pernafasan, MERS, pandemic, Penyakit Berjangkit, pneumonia, radang paru-paru, SARS, Suplimen, Vaksin, Vitamin C, VRs, wabak wuhan,


2019-nCoV, Coronavirus, covid-19, human respiratory viruses, jangkitan kuman, jangkitan pernafasan, MERS, pandemic, Penyakit Berjangkit, pneumonia, radang paru-paru, SARS, Suplimen, Vaksin, Vitamin C, VRs, wabak wuhan,


2019-nCoV, Coronavirus, covid-19, human respiratory viruses, jangkitan kuman, jangkitan pernafasan, MERS, pandemic, Penyakit Berjangkit, pneumonia, radang paru-paru, SARS, Suplimen, Vaksin, Vitamin C, VRs, wabak wuhan,



Rujukan:
1. Infectious Diseases (Third Edition), Volume 2, 2010, Chapter 162, Respiratory Viruses, Kristen Schaffer, Estella Whimbey.
2. Doctoroncall website, Apakah URTI dan Cara Mengelakkan Jangkitan?, Dr M Ramzdhan, 18 Aug 2018.
3. Portal MyHealth, Radang Paru-Paru, Dr Norhaya Mohd Razali, 26 April 2012.
4. Portal theAsianparent, Alert Dengan Batuk Anak Anda, Parent! Kerana Batuk Kokol Bayi Ini Maut.., Nadia Ghafar.

1 comment:

  1. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*c0M
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup.

    ReplyDelete