Monday, 20 May 2019

Fat Loss Fitness Journey Qiya #1

Hai korang,

Semalam qiya try baju raya serius rasa sedih, saiz 38 ketat sangat especially part dada dengan perut. 

Ada je qiya snap dalam fitting room, tapi rasa tak confident nak post sebab obvious gila baju tu ketat. 

At last qiya decide utk tukar ke saiz 40. Tapi skg ni qiya tengah fikir nak tukar design plak. Sebab macam tak kena je kain jenis lace dgn badan bambam macam qiya ni.

Bila qiya check dalam almari, baju qiya saiz 36 je sebelum ni. Huaaaa.. qiya betul2 tak boleh terima kenyataan! 😭😭😭

Note: Pagi tadi qiya exercise berjalan atas treadmil selama 50 minit, 1.1km, calories burn 190 cal (up sikit dari semalam), 4 jam 1/2 lepas sahur (tertidur pukul 5.30am 🙄)

The most important things, hari ni qiya da start cut carbo which is gula dan minuman/makanan manis. 

Nasi pun qiya tak makan buka puasa hari ni. 

Menu diet, salad sayur dan buah-buahan, eatclean, carbo, karbohidrat, protein telur rebus, buah pear bagus untuk turunkan berat badan, jumlah calories,
Menu eatclean untuk bersahur dan berbuka puasa


Menu diet, salad sayur, eatclean, carbo, karbohidrat, protein tuna, jumlah calories,
Salad sayur dan chilli tuna 


Qiya cuma makan 1 biji kurma, air kelapa 1 cup kecil, air detox hirisan timun jepun dgn lemon, greentea lipton 1 uncang (250ml), 1 biji kuih tepung pelita, dan 1 pinggan vege salad beserta 1 biji telur rebus sebagai sumber protein sebab qiya cuba nak eatclean seclean yg boleh. 

Dan sahur tadi, qiya minum 1/2 sb vivix , 2 sb protein soya espshaklee, qiya makan 4 sudu oats , 1 cucuk satay ayam & daging sebab nak perabis yg semalam, nasi impit 2 3 ketul kecil saiz 1x1 inci 😅, ikan bakar separuh, dan air kosong. 

Additional workouts: qiya mix strength exercises dan yoga 10 kali (10 rep, 1 set) cobrapose, camelpose, pelvictiltpose, bowpose, squats, dan stepclimber.


Yoga, pelvic tilt pose, glutes exercise, cara hilangkan sakit pinggang dengan cepat, postnatal yoga, senaman untuk naikkan punggung dan payudara,
Yoga: Pelvic tilt pose


And just now, qiya ada baca cara utk naikkan metabolism rate. Metabolism ni penting utk bakar kalori. Orang yg kadar metabolisma dia tinggi dapat bakar lebih banyak kalori berbanding orang yg low metabolism rate macam qiya ni. Dan cara utk boost metabolism rate ada banyak, contohnya ambil banyak protein setiap kali makan supaya cepat kenyang, buat exercise HIIT, heavy lifting exercise, minum green tea, coffee, dan cold water, banyakkan berdiri, makan makanan pedas, dan pastikan tidur kita cukup di waktu malam.


Qiya beauty, yoga, workout, cara ransang kadar metabolisma badan, fitness journey, postnatal yoga and workout, red color high heels, eatclean,
Fitness progress: berat badan qiya latest on May 2019 adalah 64.3kg


Korang rasa qiya boleh jalan tak kalau qiya pakai high heels ni? 😅

0 comments:

Post a comment