Pendarahan gusi boleh dikaitkan dengan pelbagai faktor risiko dan penyebab:
1. Pendarahan Gusi Sebagai Tanda Umum Penyakit Periodontal (Penyakit Gusi)
Pendarahan gusi adalah salah satu tanda penting keradangan gusi. Punca paling kerap pendarahan gusi ialah kebersihan mulut yang tidak memuaskan, yang mana berkaitan rapat dengan penyakit periodontal. Di Malaysia, penyakit periodontal telah terbukti mempunyai kadar kejadian yang tinggi, melibatkan sebahagian besar rakyat Malaysia iaitu 94.0% atau 14.4 juta penduduk di negara ini (NOHSA, 2010). Setakat ini, penyakit periodontal yang paling kerap berlaku ialah gingivitis dan periodontitis.
(Rujukan: Mariotti, 1999; Caton et. al., 1999; Holmstrup, 1999).
Beberapa keadaan sistemik mungkin berkaitan atau ditunjukkan oleh tanda pendarahan gusi. Ini termasuk:
2. Pendarahan Gusi Berkaitan Dengan Faktor Sistemik dan Masalah Perubatan.
(Rujukan: Mariotti, 1999; Caton et. al., 1999; Holmstrup, 1999).
Beberapa keadaan sistemik mungkin berkaitan atau ditunjukkan oleh tanda pendarahan gusi. Ini termasuk:
- Penyakit gusi yang berkaitan dengan jangkitan virus (cth. Virus Herpes simplex dan Varicella-Zoster) atau kulat (cth. Candidiasis), dalam individu yang terjejas status imun seperti pesakit HIV.
- Perubahan hormon: akil baligh, haid, kehamilan.
- Penyakit endokrin: penyakit periodontal berkaitan kencing manis.
- Penyakit hematologi: leukemia, penyakit idiopathic thrombocytopenic purpura.
- Malnutrisi: scurvy, gingivitis berkaitan kekurangan asid askorbik, kekurangan vitamin K.
- Ubat-ubatan: gingivitis berkaitan ubat perancang keluarga, pembesaran gusi disebabkan oleh ubatan (cth. ubat-ubatan phenytoin, nifedipine atau cyclosporine) di mana pembesaran gusi akan menggalakkan pengumpulan plak gigi dan kalkulus di dalam poket gusi.
3. Kecederaan Mekanikal pada Gusi
(Rujukan: Holmstrup, 1999)
Pendarahan gusi juga boleh disebabkan oleh kecederaan fizikal pada tisu gusi. Punca kecederaan mungkin termasuk:
- Prosedur-prosedur pembersihatan mulut yang tidak betul: teknik-teknik pemberusan atau pemflosan yang salah, daya pemberusan/pemflosan yang kuat
- Pemilihan alat kebersihan mulut secara tidak tepat: berus gigi berbulu keras, saiz berus interdental (celahan gigi) yang salah, penggunaan pencungkil gigi secara tidak betul
- Perlekatan atau kecederaan oleh benda-benda asing (cth. tulang ikan, bulu berus gigi) yang menyebabkan jangkitan gusi dan keradangan
- Tampalan, gigi palsu atau lain-lain peralatan pergigian yang tidak sempurna
- Kecederaan gusi yang disengajakan: tabiat kronik menggigit kuku, menghisap jari atau menghisap objek.
Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah gusi berdarah ialah,
- Memberus gigi secara kerap sekurang-kurangnya dua kali sehari, untuk menanggalkan sisa makanan dan plak antara gigi.
- Pembersihan celah-celah gigi menggunakan flos dengan teknik yang betul diperlukan terutamanya di kawasan celahan gigi yang rapat sekurang-kurangnya sekali sehari.
- Penggunaan ubat kumur antiseptik sebagai tambahan kepada pembersihan gigi secara mekanikal (menggunakan berus gigi, flos dan berus interdental), dapat membantu untuk menyingkirkan kuman-kuman di kawasan yang tidak dapat dibersihkan dengan alatan tersebut.
- Makan makanan seimbang yang kaya dengan Vitamin C dan menghadkan pengambilan makanan di antara waktu makan utama untuk memastikan gusi dan gigi yang sihat.
- Tabiat merokok akan membahayakan hampir keseluruhan organ badan. Berhenti merokok dapat meningkatkan sistem pertahanan badan anda dan mengurangkan risiko penyakit-penyakit berkaitan merokok termasuklah penyakit gusi.
- Sentiasa berwaspada mengenai sebarang tanda-tanda amaran dan simptom-simptom masalah gusi seperti gusi kemerahan, berdarah, tidak selesa, perubahan bentuk gusi, penyusutan gusi, kehadiran nanah, gigi longgar, gigi yang telah berubah kedudukan dan nafas berbau.
- Sentiasa berjumpa doktor gigi anda (sekurang-kurangnya dua kali setahun) bagi perundingan mengenai keadaan kesihatan mulut, menjalankan pemeriksaan rutin serta mendapatkan rawatan lanjut bagi masalah gigi dan gusi anda.
Sumber: www.myhealth.gov.my
KEBAIKAN SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS
Manfaat dan faedah Vitamin C Shaklee terhadap kesihatan ialah:
1. Membentuk Kolagen
Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mamp mengurangkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik.
2. Memperbaiki Simptom Pendarahan
Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
3. Peningkatan Sistem Imun
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.
4. Memerangi Kanser
Ianya satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.
5. Mencantikkan Kulit
Pengambilan Vitamin C setiap hari membantu mencerahkan kulit, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
6. Memperbaiki Insomnia
Ia memperbaiki insomnia, stres, masalah berkaitan mental seperti keresahan.
7. Mengekalkan Kolesterol Sihat
Ianya mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.
Kenapa Kita Perlu Ambil Vitamin C?
Haiwan menghasilkan Vitamin C mereka sendiri, seperti arnab mampu menghasilkan 18,000mg (18g) Vitamin C sedangkan manusia tidak dapat menghasilkan Vitamin C. Tambahan pula Vitamin C larut air dan akan hilang berterusan dari tubuh kita. Oleh itu adalah perlu untuk kita mengambil Vitamin C setiap hari. Vitamin C tidak memberi kesan toksik.
Kajian dari Dr. James Scala telah menunjukkan, adalah selamat untuk mengambil 5,000mg (10 tablet) hingga 10,000mg (20 tablet) Vitamin C sehari. Dr. Pauling, yang menemui Vitamin C, mengambil 18g (18,000mg) sehari dan beliau sihat secara fizikal pada umur 94 tahun.
Adakah Vitamin C Daripada Buah Sudah Mencukupi?
Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45mg-60mg Vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan Vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh itu, buah yang tidak ranum mengandungi kandungan Vitamin C yang sedikit.
Kandungan Vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan. Pengambilan Vitamin C dapat melengkapkan keperluan Vitamin C dalam tubuh.
Perbezaan Vitamin C SHAKLEE:
" Sains pembebasan berterusan secara semulajadi" vitamin C telah direka oleh Shaklee. Setiap tablet vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam.
Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C di dalam 2 tablet vitamin shaklee (di dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120 mg bioflavonoid yang juga dikenal sebagai vitamin C complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bateria dan radikal bebas.
Kesimpulannya, Vitamin C ini sangat penting untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan bukan saja untuk melindungi gusi daripada berdarah atau terkena sebarang jangkitan malah Vitamin C ini juga mampu meningkatkan imunisasi badan yang mana ianya dapat mencegah daripada demam, jangkitan flu, selsema, selain dapat menghasilkan kolagen supaya kulit kita menjadi lebih sihat dan bermaya.
Kalau nak cuba Sustained Release Vita-C Plus Shaklee ni boleh Whatsapp Qiya atau pun klik kat SINI je.
Jangan lupa untuk baca juga artikel 10 Manfaat Vivix Shaklee ini.
Jangan lupa untuk baca juga artikel 10 Manfaat Vivix Shaklee ini.
Qiya,
Shaklee Independent Distributor,
Shah Alam & Klang
0 comments:
Post a Comment