Assalamualaikum...
Hari ni tiba-tiba rasa macam nak review product. Sebelum ni memang susah sangat-sangat saya nak percayakan satu-satu produk supplement tu lagi-lagi nak mencubanya memang jauh sekali. Tapi lain pula jadinya dengan produk Shaklee Vita-C Plus ni. Saya da lama teringin nak cuba dan selalu cari info pasal produk Shaklee ni tapi tak juga consume sampai la saya terbaca pasal produk ni dalam blog Namee Roslan. Saya terus cari pengedar Shaklee. Tanpa fikir panjang lagi terus je saya beli.
Masa tu kalau tak silap saya dalam bulan 6 tahun lepas (2015) hari tu masa bulan puasa saya mula makan supplement ni tapi saya makan tak consisten. Kadang makan kadang tak. Tapi sejak sebulan ni saya selalu makan kalau skip pun jarang sangat. So hasilnya saya rasa agak puas hati sebab sebelum ni saya ada masalah kesihatan yang agak serius yang mana antibodi saya tersangatlah lemah. Saya selalu je demam sampai tak larat nak pergi kerja. Tapi sejak da konsisten ambil supplement Shaklee Vita-C Plus ni alhamdulillah saya da lama tak demam dan badan pun rasa lebih bertenaga.
Ramai yang cakap Shaklee Vita-C Plus ni dapat membantu pemulihan dan pembaharuan sel kulit tapi saya belum layak untuk bagi testimoni berkenaan dengan perubahan kulit sebab kulit muka saya memang bermasalah dan mungkin memerlukan masa yang lama untuk dipulihkan sepenuhnya. Saya akan cuba kongsi lagi pengalaman saya bersama Shaklee dimasa akan datang.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya ni.
0 comments:
Post a Comment