Monday, 13 January 2020

Demam, Influenza, Vaksin, dan Vitamin

Musim influenza ni memang ramai la yg demam. 

Kalau antibodi lemah atau jenis yg berisiko kena ambil vaksin. 

Sejak qiya ambil vitamin c since 2014 qiya da jarang demam, kalau tak memang asyik sakit je, sakit gigi la, badan qiya memang selalu rasa seram sejuk je dulu, pastu dgn batuk/semputnya lagi.. 

Teruk betul keadaan kesihatan qiya 6 tahun lepas. Sekarang ni alhamdulillah..

Dan utk prevent influenza qiya ambil vita c double dose..

Anak2 qiya 2 orang asma, kerap sangat ambil nabulizer.. bulan 9 tahun 2018 qiya start bagi vitamin c dan minyak ikan omega guard.. sorang last asma attack bulan 4 2019, dan sorang lagi baru2 ni je jadi balik asma dia, kena sedut gas semula..


Definisi Demam


Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan atau penyakit-penyakit lain (Portal MyHealth).

Demam bukanlah satu penyakit tapi ianya adalah tanda-tanda seseorang itu dijangkiti kuman atau virus.

Suhu badan normal adalah 36.5°C - 37.2°C, iaitu suhu yang diambil di bahagian mulut, jika melebihi suhu ini seseorang itu disahkan demam.

Selain itu, demam juga boleh disebabkan oleh penyakit kronik atau sebarang reaksi immunologi.


Penyebab Demam


- jangkitan virus yang menyebabkan selsema, sakit tekak, dan cirit-birit.
-  jangkitan kuman di paru-paru (pneumonia), batuk kering (TB), dan jangkitan saraf (meningitis)
- demam malaria/denggi/HIV
- penyakit sendi.
- ubat seperti antibiotik dan sebagainya.
- barah/kanser


Apa Itu Influenza?


Influenza atau flu adalah jangkitan hidung, tekak, dan paru-paru disebabkan oleh virus influenza yang mudah berjangkit.

Kanak-kanak, wanita hamil, warga emas dan mereka yang mengalami penyakit kronik boleh mendapat jangkitan yang teruk dan adakalanya boleh membawa maut.

Di negara tropika seperti Malaysia musim  puncak influenza biasanya berlaku pada Oktober - Januari dan April - Jun. Antara jenis-jenis jangkitan influenza adalah influenza jenis A,  jenis A (H1N1), jenis B, dan jenis C.






2 comments:

  1. Depo 20ribu bisa menang puluhan juta rupiah
    mampir di website ternama I O N Q Q
    paling diminati di Indonesia,
    di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
    ~bandar poker
    ~bandar-Q
    ~domino99
    ~poker
    ~bandar66
    ~sakong
    ~aduQ
    ~capsa susun
    ~perang baccarat (new game)
    segera daftar dan bergabung bersama kami.Smile
    Whatshapp : +85515373217

    ReplyDelete