Tuesday 24 September 2019

Fitness Journey Qiya Day 21 - 30

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hai korang..

Susahnya la qiya nak control makan. Kiranya qiya ni memang jenis yang kuat makan jugak la, lagi-lagi kalau ada sambal belacan memang susah la nak berhenti makan walaupun da kenyang sangat-sangat. 

Da la qiya ni jenis suka memasak dan suka sangat buat sambal belacan tu, tak lengkap rasanya kalau tak ada sambal belacan.

So, bila qiya kuat makan ni memang berat badan susah nak turun. Qiya cuba cut kalori intake, beli stock sayur banyak-banyak, simpan stock buah epal hijau dan tembikai merah, minum teh hijau setiap pagi, tapi qiya tetap tak boleh cut nasi dengan lauk-lauk goreng yang berminyak tu.

Walaupun susah nak turun berat badan tapi qiya sentiasa cari alternatif lain untuk kuruskan jugak badan ni. So, bila Asfa da 6 bulan lebih qiya berani la buat exercise angkat berat atau weight training, tu pun berat dumbbell tu qiya pastikan kurang daripada berat Asfa sebab tak nak bagi tekanan yang melampau dekat rahim, takut nanti dapat penyakit plak. Penyakit biasa orang perempuan kalau kerap sangat angkat benda-benda berat ni orang dulu-dulu panggil tombong iaitu keadaan dimana peranakan atau rahim terjulur keluar daripada kemaluan atau dalam bahasa Inggeris disebut prolaps. Penyakit ni biasa terjadi dikalangan nenek-nenek kita dulu dan juga wanita di negara Australia. Orang kata kalau da jadi macam tu hidup pun macam da tak guna sebab bila keluar tombong tu dia berbau busuk tau.. Ngeri kan.. minta dijauhkan la penyakit macam tu..

Panjang plak tercerita pasal prolaps ni.. cerita pasal weight training pun tak habis lagi hihi.. owh ye, cara untuk naikkan peranakan atau rahim secara semulajadi ni korang boleh practice kat rumah hari-hari tau, korang buat je senaman yoga pelvic tilt position yang qiya selalu buat tu, kalau tak tau pose tu macam mana sila la google ye, benefit pelvic tilt pose ni adalah untuk memperkemaskan kedudukan peranakan wanita, memperbaiki posture tulang belakang, mengurangkan rasa kesakitan di bahagian pinggang, dan memperkemas otot punggung (supaya punggung tak jatuh dan menggelebeh), benefit yang lain korang google la jugak ye..

So, buat masa ni qiya cuma angkat dumbbell seberat 7kg lebih je, sebab berat Asfa 7.9kg timbang kat klinik hari rabu minggu lepas. Senaman yang biasa qiya buat adalah dumbbell press, squats (pegang dumbbell - 100 kali), gorilla swings, plank (30minit, 3 set), sit-up (200 kali), yoga pelvic tilt pose (100 kali), dan jumping rope (150 kali), pakai bengkung tak lebih daripada 5 jam setiap hari, ambil suplimen yang dapat mengurangkan paras kolesterol seperti vivix Shaklee.

Ni result dari hari pertama hingga hari ke-20 fitness journey qiya (body goals sangat hihi)..

Day 1: 61.2kg, 36-32.5-40
Day 10: 59.4kg, 36-30.5-38
Day 20: 59.4kg, 36-30-37.5

Target qiya dalam masa 9 hari lagi qiya nak loss berat badan 2kg dan ukuran pinggang (waist) nak kecilkan 2 inci. Berat badan qiya pada hari ke-21 qiya jalankan rutin fitness ni adalah 59kg dan ukuran pinggang pula adalah 29.5 inci.

So, result pada Day 30 sepatutnya berat qiya 57.0kg dan ukuran badan 36-27.5-37 (inci). Harap-harap berjaya la.

Aktiviti qiya pada Day-21 (24 Sept 2019) adalah:


Fitness Journey Qiya, bengkung lilit jawa, cara tingkatkan metabolisma, cara untuk kurus, diet seimbang, fitness, suplimen, yoga, javanese wrap, belly binding wrap, perjalanan untuk menurunkan berat badan, cara rampingkan pinggang, vitamin untuk orang diet, HIIT,

  1. Dumbbell press - 100 kali
  2. Yoga pelvic tilt pose - 100 kali
  3. Slow walk, jogging, running (HIIT - Treadmill) - 2.1km, 152 cals, 44mins.

Aktiviti qiya pada Day-22 (25 Sept 2019)

  1. Slow walk, jogging, running (HIIT - Treadmill) - 3km, 216cals, 53mins.
  2. Pakai bengkung lilit jawa 3 jam

Aktiviti qiya pada Day-23 (26 Sept 2019)

  1. Squats (pegang dumbbell 6kg) - 50 kali
  2. Jumping rope @ lompat tali skipping - 100 kali
  3. Dumbbell tricept press 6kg - 20 kali
  4. Dumbbell chest press - 100 kali
  5. Abs crunch - 100 kali

Aktiviti qiya pada Day-24 (27 Sept 2019)

  1. Jumping rope - 100 kali
  2. Squats with 6kg dumbbell - 100 kali
  3. Dumbbell chest press - 100 kali
  4. Dumbbell chest fly - 100 kali
  5. Dumbbell tricept press - 20 kali
  6. Abs cruches - 100 kali
  7. Yoga pelvic tilt pose - 100 kali

Fitness Journey Qiya Day 21 - 30


Day 21: 59.0kg, 36-29.5-37.5 
Day 22: 59.3kg, 36-29.5-37.5
Day 23: 59.1kg, 36-29.5-37.5


💗 Weight Loss = 
💪 Inch Loss =



Jika berminat untuk mendapatkan set vitamin dan suplimen semulajadi Shaklee sila whatsapp Qiya di talian 012-2668424.





Ingin jana pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi Qiya sekarang! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan. Dan anda akan dijemput ke group eksklusif di Facebook.

1 comment:

  1. AJO_QQ poker
    kami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
    Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
    di sini kami menyediakan 8 permainan dalam 1 aplikasi
    - play aduQ
    - bandar poker
    - play bandarQ
    - capsa sunsun
    - play domino
    - play poker
    - sakong
    -bandar 66 (new game )
    Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!!
    PROMO MENARIK
    di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami
    Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
    withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu
    menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
    Permanent (acak) |
    Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete