Thursday, 23 January 2020

Bahaya Wabak Novel Coronavirus (2019-nCoV) yang Tersebar dari Negara China

Ketika virus influenza ILI masih lagi belum reda, kini tular virus baru yang melanda negara China iaitu wabak Novel Coronavirus '2019-nCoV'.

Jangkitan Novel Coronavirus ini dikatakan seakan-akan seperti jangkitan sindrom pernafasan akut teruk (SARS) yang mana pesakitnya akan mengalami demam, batuk, dan sesak nafas yang akhirnya berlarutan menjadi penyakit radang paru-paru atau pneumonia.


Bahaya wabak Novel Coronavirus (2019-nCoV) yang Tersebar dari Negara China, pnuemonia, kedney failure, death, wuhan virus, jangkitan pernafasan respiratory system,
Sumber: CNBC Indonesia

Penyakit yang biasanya menyerang paru-paru ini telah tular sejak awal Januari 2020 dan tersebar di wilayah Wuhan, China. Setakat 22 Januari 2020, terdapat 59 kes jangkitan wabak 2019-nCoV dan 7 daripada mereka mengalami kesakitan yang serius.

Selain di Wuhan, di Hong Kong juga terdapat 30 orang yang telah dijangkiti virus corona ini setelah mereka pulang dari wilayah Wuhan.

Menurut Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit di AS atau Centers for Desease Control and Prevention (CDC)  menyatakan pejabat kesihatan setempat telah mengesahkan terdapat kes pertama jangkitan virus corona misteri yang mengakibatkan kematian 6 orang warga AS.

Statistik jangkitan wabak Novel Coronovirus yang telah disahkan setakat 24 Januari 2020 yang dilaporkan oleh portal CNBC adalah seperti berikut:-


Jumlah jangkitan: 846 kes
Jumlah kematian: 25 orang

Kes jangkitan mengikut negara,

Mainland China - 830
Taiwan - 1
Macao - 2
Hong Kong - 2
Vietnam - 2
Thailand - 3
South Korea - 2
Jepun - 2
Singapore - 1
US - 1

Pada 25 Januari 2020 kes kematian yang disebabkan oleh jangkitan wabak Coronavirus dari wilayah Wuhan, China meningkat kepada 42 orang berbanding 25 kes pada 24 Januari 2020.

Manakala kes jangkitan wabak Coronavirus Wuhan yang disahkan positif meningkat kepada 1409 orang diseluruh Tanah Besar China setakat 25 Januari 2020.

Kes jangkitan luar daripada China pula keseluruhannya adalah 38 orang yang terdiri daripada negara-negara berikut:-

Hong Kong - 5
Thailand - 5
Australia - 4
Taiwan - 3
Malaysia - 3
Japan - 3
France - 3
Singapore - 3
US - 2
Macao - 2
Vietnam - 2
South Korea - 2
Nepal - 1


Menurut WHO, tanda-tanda jangkitan virus corona ini termasuk gangguan sistem respiratori, demam, batuk, nafas menjadi pendek, dan sukar untuk bernafas.

Kes yang lebih parah, jangkitan virus corona ini boleh mengakibatkan radang paru-paru atau pnuemonia, sindrom pernafasan akut, kegagalan buah pinggan, dan kematian.

Menurut pelbagai laporan dari laman sesawang 9GAG dot com melalui artikel yang bertajuk 'Parents Abandoned Sick Kids At Airport And Flew Away Amid Outbreak', anggaran masa pengeraman (incubation period), iaitu tempoh dari masa seseorang itu terdedah kepada wabak Novel Coronavirus hingga timbul gejala-gejala yang dinyatakan adalah tidak diketahui, namun begitu terdapat sumber lain yang mengatakan tempoh pengeraman virus ini mengambil masa 10 ke 14 Hari.

Menurut portal Insider pada 25 Januari 2020, seorang doktor berusia 62 tahun di Wuhan yang di barisan hadapan dalam misi merawat pesakit penularan wabak Coronavirus 2019-nCoV ini meninggal dunia selepas merawat pesakit.

Apa Itu Wabak Novel Coronavirus?


Coronavirus (CoV) adalah keluarga virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari selesema hingga ke penyakit lebih teruk seperti MERS-CoV dan SARS-CoV.

Novel Coronavirus (nCoV) pula adalah merujuk kepada virus baru yang belum pernah ditemui oleh manusia. Seperti virus corona yang lain, ianya berasal daripada haiwan.

Kebanyakkan penduduk di wilayah Wuhan dijangkiti wabak Novel Coronavirus ini adalah mereka yang bekerja atau selalu membeli-belah di pasar borong makanan laut Huanan, iaitu di tengah-tengah bandar negara China, yang mana disitu juga mereka menjual haiwan hidup seperti ayam, ikan, makanan laut dan haiwan yang baru disembelih.

Selain itu, di pasar tersebut juga terdapat banyak haiwan eksotik yang dijual seperti ular, katak, kelawar, tikus, dan sebagainya.

Virus-virus baru ini biasanya berasal daripada haiwan  dan boleh menjangkiti manusia contohnya jangkitan Ebola dan flu.


Bahaya wabak Novel Coronavirus (2019-nCoV) yang Tersebar dari Negara China, pnuemonia, kedney failure, death, wuhan virus, jangkitan pernafasan respiratory system, radang paru-paru,


Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), cara jangkitan wabak 2019-nCoV ini masih belum dikenalpasti dengan jelas, namun terdapat kemungkinan berlakunya penularan daripada seorang individu kepada individu yang lain (human-to-human transmission).

Sejarah Wabak Coronavirus


Kedua-kedua wabak jangkitan pernafasan Severe acute respiratory syndrome (SARS) dan Middle Eastern respiratory syndrome (MERS) adalah berasal daripada haiwan.

Walaupun wabak MERS dipercayai menjangkiti manusia melalui unta namun kedua-kedua virus corona ini berasal daripada kelawar.

Jangkitan Novel Coronavirus 2019-nCoV ini disyaki berasal daripada ular atau kelawar, yang mana kemudiannya menjangkiti manusia melalui haiwan lain.

Kes pertama wabak jangkitan virus SARS di China pada penghujung tahun 2002. Virus ini menular ke 37 buah negara, menyebabkan rata-rata penduduk dunia menjadi panik. Wabak tersebut menjangkiti keseluruhan 8,000 orang, dan lebih daripada 750 orang yang dijangkiti virus ini telah meninggal dunia.

Manakala virus MERS yang menular pada tahun 2012 pula lebih sukar berjangkit berbanding virus SARS, namun kadar kematian terhadap individu yang dijangkiti adalah lebih tinggi iaitu 35% daripada 2,500 orang telah meninggal dunia akibat wabak ini.


Bagaimana Mencegah Dari Dijangkiti Wabak Novel Coronavirus Ini?


Berdasarkan langkah-langkah pencegahan yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM, setiap individu haruslah mematuhi langkah-langkah seperti berikut:-

- kerap mencuci tangan
- elakkan sentuhan terus dengan haiwan, daging, dan kandang
- menutup hidung dan mulut ketika bersin dan batuk
- elak sentuhan dengan individu yang mempunyai gejala
- elakkan dari mengambil (iaitu memakan atau meminum) sebarang produk haiwan yang mentah / tidak dimasak dengan sempurna seperti telur, susu, daging, dan sebagainya.

Melalui perkongsian Dato' Dr Danial Zainal Abidin di YouTube yang bertajuk 'Virus Dari Wuhan, Coronavirus' bertarikh 27 Januari 2020, jangkitan Coronavirus ini sebenarnya tak menyebabkan kematian, ianya hanya menyebabkan seseorang itu demam, batuk, dan selesema jika seseorang itu mempunyai sistem pertahanan badan atau sistem imun yang tinggi, tetapi ianya berisiko dan boleh menyebabkan kematian kepada mereka yang menghidap penyakit kronik seperti penyakit jantung, astma, dan sebagainya.

3 comments:

  1. Izin promo ya Admin^^
    bosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
    mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
    mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik dan menguras emosi
    ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Sis Rokiyah, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)
    1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)
    2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)
    14 x RM50

    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    ReplyDelete