Thursday, 23 May 2019

FAT LOSS FITNESS JOURNEY QIYA #2

Hai korang,

Ni gambar semalam. Badan qiya da mula rasa tak sedap. So qiya pun tak buat exercise brisk walking atas treadmill.


Yoga, dancer pose, body shaping, flexible spine, shoulder, hamstring, cara jaga tulang belakang, lentur tulang dan otot, senaman untuk tenangkan fikiran, cara hilangkan tarik mengkarung, tarik urat, kesan kurang kalsium, cara turunkan berat badan, weight loss exercise,
Yoga: Dancer pose


Qiya just buat yoga dancer pose ni je. Repeat this pose more than 30 times. 

Dancer pose ni bagus utk full body strength, flexibility, dan coordination. 

Pose ni fokus utk melentur tulang belakang, bahu, dan urat pelipat lutut @ hamstring.

Makan pun qiya cuba eatclean tapi malangnya ada ayam goreng spicy mcD smlm, so... hahaha anggap jela cheat day kan... 😂

Menu eatclean berbuka puasa qiya semalam adalah bubur sebab badan da nak mula demam kan. 

Bahan2 dlm bubur tu off course beras, telur, kiub ayam knorr, carrot, broccoli, bawang putih, bawang merah, lada besar, black pepper, lada sulah, dan air. Masak bubur sampai kembang, then makan dgn telur rebus sebiji.

Jumlah kalori (anggaran):-
Beras 100
Broccoli 100
Carrot 100
Telur 78 x 2
Kiub ayam knorr (tak sure)

So, total 500 cals ++ gitu

Dan hari ni pun sama menu sahur lebih kurang macam berbuka semalam. Cuma sblm sahur qiya minum vivix 1/2 sudu besar.

Semalam qiya exercise berjalan atas treadmill selama 66minit, jarak 3.5km, 260 cals burn, 2 jam lebih lepas sahur.

Exercise briskwalk ni 30 minit yg pertama badan kita cuma bakar gula sbg bahan bakar (fuel), yg kemudiannya digunakan utk bakar lemak yg tersimpan dalam badan. Means kena exercise berjalan laju ni antara 30-90 minit sehari ataupun at least 150minit seminggu utk turunkan berat badan.

Berapa banyak calories yg akan dibakar selama 30 @ 90 minit?

✅ 100-300 calories per 30 minit @ 300-900cals / 90mins .

Means, 500-1500 calories akan dibakar selama 150 minit (2.5jam) atau 1500-4500 cals selama 450 minit (7.5jam) dlm masa seminggu.

3500 kalori lemak bersamaan dgn berat 1 pound. Ini bermaksud, senaman brisk walk dapat turunkan sekurang-kurangnnya 0.5 kg seminggu (1pound=0.454kg)

Note: Current weight: 62.2kg

Soalan, bila nak kurus ni? 😅

Maybe qiya kena bersauna 2-3 kali seminggu atau ambil supplimen utk weight loss? 🤔
Next
This is the most recent post.
Older Post

0 comments:

Post a Comment