Friday 19 October 2018

Krisis Penyembuhan(Healing Crisis)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni Qiya nak share tentang healing crisis. Healing crisis ataupun krisis penyembuhan ini biasanya berlaku bila seseorang tu mengambil supplement dan menggunakan produk penjagaan kulit wajah yang lain selain daripada yang biasa digunakan. Contoh healing crisis ni adalah bila kita makan supplement atau vitamin badan kita jadi lemah, demam, selsema, tumbuh jerawat dekat muka, kulit muka jadi gatal-gatal, dan macam-macam lagi. Lain orang semestinya lain krisis penyembuhan yang dialami. 

Tapi focus entry Krisis Penyembuhan (Healing Crisis) ni adalah khas untuk mereka yang sedang mengamalkan supplement atau dalam bahasa melayunya adalah makanan tambahan untuk kesihatan, dan juga bagi mereka yang baru berniat untuk mencuba supplement bertujuan untuk meningkatkan tahap kesihatan yang lebih optimum, menjaga kecantikan dalaman dan luaran, meningkatkan pengambilan nutrisi, dan sebagainya. Jom kita baca apa maksud healing crisis merujuk website Naturopathic Doctor News & Review yang dipetik daripada penulisan Cheryl Deroin, NMD iaitu seorang graduan National Council of Nurses and Midwives.



detoksifikasi, detox, Healing Crisis, Kenapa Demam Lepas Makan Vivix, Kesan Makan Supplement, Kesan Makan Vitamin, Kesan Sampingan Supplement, Krisis Pemulihan, Proses penyembuhan, Shaklee Effect, toksin,
Gambar daripada Nethersprings


Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Krisis Penyembuhan atau Pemulihan (Healing Crisis)?


Krisis penyembuhan adalah satu proses dimana toksin disingkirkan daripada badan dan mental seseorang yang menyebabkan emosi dan fizikal seseorang tu mencapai tahap kesihatan yang berbeza. Jika ada sebarang penyakit ia akan memberi gangguan kepada fungsi sel akibat trauma mental, emosi, fizikal, gaya hidup yang kurang sihat, toksin daripada pencemaran alam sekitar, atau kecenderungan genetik terhadap sesuatu penyakit. 

Dalam bahasa yang lebih mudah, healing crisis ni boleh berlaku selepas pengambilan ubat-ubatan contohnya ubat tahan sakit; suplimen seperti Vitamin C, kalsium, zink, omega-3, dan macam-macam lagi. Selain itu, krisis penyembuhan ni juga mungkin terjadi selepas pengambilan herba tradisional seperti ginseng, tongkat ali, kacip fatimah, habbatus sauda, dan sebagainya yang mengakibatkan seseorang tu menjadi pening, loya, muntah, demam, cirit-birit, dan lain-lain gejala yang mungkin berlaku dalam tempoh tertentu bergantung kepada tahap kerosakan atau jumlah toksin yang terkumpul dalam tubuh badan seseorang tu. 

Cuba bayangkan berapa banyak racun atau toksin yang terkumpul dalam badan jika seseorang tu adalah perokok tegar yang mana tiap-tiap hari dia hisap rokok sekurang-kurangnya 7 batang sehari selama 20 tahun? Cuba cek apa kandungan yang ada dalam rokok, memang menakutkan! Jadi, krisis penyembuhan ni sebenarnya adalah tindak balas tubuh badan terhadap toksin yang bertujuan untuk melakukan proses penyembuhan sel-sel dalaman tubuh badan yang telah rosak.

Ada juga yang memanggil krisis penyembuhan ni dengan nama tindak balas penyembuhan, reaksi detoks, reaksi Herxheimer, reaksi Jarisch-Herxheimer, tindak balas mati, proses pembalikan, Fenomena Lucio, tindak balas pembersihan, dan krisis. 

Mengapa Terjadi Krisis Penyembuhan (Healing Crisis) Setelah Mengambil Supplement?


Menurut Alkaway USA, Krisis penyembuhan terjadi apabila tubuh badan dibebani dengan toksin yang telah terperangkap dalam tisu-tisu untuk tempoh yang lama. Secara amnya, semakin banyak toksin dalam badan semakin kuat krisis penyembuhan tersebut. Apabila penyembuhan bermula, banyak sistem dalam badan berfungsi bersama-sama untuk menghilangkan sisa buangan dan toksin, dan gejala krisis penyembuhan ini mungkin menjadi lebih serius, contohnya demam yang berpanjangan. Tapi jangan terlalu risau, komplikasi krisis penyembuhan ini hanya bersifat sementara, tubuh badan kita akan menjadi lebih sihat dan bertenaga apabila fasa penyembuhan ini berlalu.

Krisis pemulihan biasanya dimulakan dengan beberapa jenis proses pembersihan atau detoksifikasi disebabkan oleh perubahan diet. Ia berlaku apabila sel dalam badan membebaskan toksin dan kekotoran lebih cepat daripada sistem detoksifikasi semulajadi badan seperti kulit, hati, pundi kencing, ginjal, dan paru-paru. Krisis penyembuhan juga terjadi disebabkan oleh rawatan atau terapi yang membunuh virus, bakteria, kanser, dan sebagainya secara drastik. Sekiranya simptom-simptom healing crisis ini menjadi lebih teruk, kurangkan sukatan supplement yang diambil supaya proses detoksifikasi tersebut dapat diperlahankan sementara tubuh badan dapat disesuaikan dengan perubahan tersebut.

Adakah Krisis Penyembuhan (Healing Crisis) Ini Suatu Petanda Yang Baik?


Krisis pemulihan atau penyembuhan adalah gejala-gejala yang semakin buruk yang berlaku ketika tubuh sedang melalui proses penyembuhan itu sendiri melalui penghapusan toksin. Walaubagaimanapun, krisis penyembuhan adalah satu aspek penting dalam proses penyembuhan semulajadi yang berkesan. Walaupun krisis tersebut tidak selesa dan kadang-kadang membimbangkan, namun ia adalah satu petanda yang baik yang menunjukkan bahawa badan seseorang itu berfungsi untuk menyembuhkan dirinya sendiri.

Berapa Lamakah Krisis Penyembuhan (Healing Crisis) Ini Berlaku?


Kebiasaannya krisis penyembuhan ini akan berlangsung selama 2-3 hari, tetapi ianya juga boleh berlarutan lebih lama sehingga berminggu-minggu. Ini kerana penyembuhan yang lengkap memerlukan jangka masa yang lebih panjang dan menyebabkan terjadinya lebih dari satu krisis. Apabila berhadapan dengan penyakit yang lebih serius, seperti kanser, seseorang itu mungkin perlu melalui banyak krisis penyembuhan sebelum kesihatan tubuh badan dapat dipulihkan sepenuhnya.

Sejarah penyakit lama seseorang itu menentukan berapa lama masa yang diperlukan untuk melalui krisis penyembuhan tersebut kerana proses pemulihan ini akan membangkitkan semula penyakit lama yang telah tidak aktif dalam badan sebagai tanda badan seseorang itu sedang mengeluarkan toksin yang telah lama disimpan oleh proses-proses penyakit tersebut. Gejala ini boleh menjadi lebih teruk apabila krisis penyembuhan ini berhadapan dengan penyakit lampau yang serius dan kronik seperti kes jangkitan hepatitis, lepuh, jangkitan virus, radang paru-paru, dan sebagainya.

Gejala dan krisis penyembuhan ini selalunya lebih teruk daripada penyakit yang sedang dirawat. Namun ia hanya bersifat sementara dan ianya adalah satu proses yang menuju ke arah kesihatan yang diperbaharui.

Mengapa Selepas Pengambilan Supplement Dalam Tempoh Yang Tertentu Seseorang Itu Tidak Merasa Sebarang Perubahan?


Kebiasaannya, dalam tempoh 1-2 bulan selepas pengambilan supplement tertentu seseorang itu akan merasa lebih bertenaga disebabkan peningkatan daya imunisasi atau daya ketahanan badan, sistem penghadaman dan perkumuhan (pembuangan air besar) yang lebih lancar contohnya kurang sembelit, tona kulit menjadi lebih cerah dan sekata, dan sebagainya. Jika anda tidak merasa sebarang perubahan, mungkin kerana:
  1. Anda tidak mengambil supplement secara konsisten
  2. Anda tidak mengamalkan suplimen tersebut mengikut dos yang disyorkan
  3. Anda terus berhenti mengambil suppliment tersebut kerana takut untuk menghadapi krisis penyembuhan
  4. Gaya hidup dan gaya pemakanan anda tidak seimbang
  5. Anda mempunyai penyakit kronik. penyakit kronik memerlukan jangka masa yang lebih panjang untuk proses penyembuhan yang sempurna
  6. Tubuh badan anda mempunyai tahap toksin yang tinggi

Simptom-simptom Krisis Penyembuhan (Healing Crisis) dan Punca


  1. Keletihan, berasa mengantuk - Tubuh berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih
  2. Sakit kepala, kepala terasa berat - Tekanan darah yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi
  3. Demam, keresahan - Metabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan
  4. Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busuk - Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul didalam kolon
  5. Kembung perut, perut berangin - Sistem penghadaman yang lemah
  6. Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus,kelemumur - Fungsi hati yang lemah, kesihatan kolon yang lemah
  7. Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair - Fungsi paru-paru yang lemah, hidung berair tanda detoksifikasi
  8. Hidung Berdarah - Mungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)
  9. Sakit dibahagian otot dan sendi - Tubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit
  10. Merasa lebih sakit dibahagian yang terjejas - Proses penyembuhan semakin cepat
  11. Insomnia atau hiperaktif - Sistem saraf yang lemah
  12. Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal punggung, semakin banyak mengeluarkan lendir dari vagina - ketidakseimbangan hormon, hormon sedang diperbetulkan
  13. Pendarahan ketika membuang air besar - Mungkin buasir
  14. pening, lapar - Hipoglisemia (paras gula dalam darah yang rendah), anemia (tidak cukup darah merah)
  15. Loya, sembelit, sedu - Sistem penghadaman lemah, masalah hati
  16. Slight Edema (bengkak) - Masalah buah pinggang

5 Cara Untuk Atasi Krisis Penyembuhan (Healing Crisis)

5 Cara Atasi Krisis Penyembuhan (Healing Crisis) yang dipetik daripada penulisan Dr David Jockers DC, MS, SCS dalam artikel beliau yang bertajuk 9 Strategies to Overcome a "Healing Crisis" During Detox & Treatments ini mungkin boleh dipraktiskan untuk mengurangkan komplikasi ketika krisis penyembuhan ini berlangsung.

1. Mengambil Herba yang Pahit
  • Herba yang pahit seperti halia dapat membantu mengurangkan kadar gula dalam darah dan juga melawan keradangan.
  • Herba tersebut membersihkan saluran pencernaan, merangsang fungsi pundi hempedu dan buah pinggang, dan memperbaiki saluran detoksifikasi dalam darah.

2. Dapatkan Tidur yang Sempurna
  • Ketika badan sedang melawan penyakit, cuba dapatkan tidur selama 10-12 jam setiap hari
  • Ini membolehkan fungsi utama proses penyembuhan berlaku sementara tenaga tidak digunakan untuk fungsi lain seperti pemikiran kognitif dan pencernaan
  • Tidur juga penting untuk mengurangkan kortisol sakit, dan tekanan yang menyebabkan keradangan.

3. Detoks dengan Lemon atau Cuka Apple Cider
  • Campurkan setengah biji lemon yang dicincang atau 1-2 sudu Apple Cider Vinegar (ACV) ke dalam 8 ounces (240ml) air kosong
  • Campuran tersebut mempunyai kadar penyembuhan yang tinggi
  • Ini kerana ACV dan lemon kaya dengan antioksidan dan polyphenols yang meningkatkan sistem imun dan membunuh mikrob yang mendiagnosis saluran pencernaan

4. Detoksifikasi dengan Arang Aktif (Activated Charcoal)
  • Arang aktif boleh menyerap pelbagai racun
  • Kajian toksikologi telah menunjukkan bahawa arang yang diaktifkan sangat berkesan untuk menghilangkan racun yang menyebabkan keradangan dan kerosakan tisu

5. Maksimumkan Hidrasi (Minum Air yang Banyak)
  • Minum air yang banyak antara 3-4 liter sehari dapat meningkatkan kesihatan kerana air adalah komponen utama dalam badan manusia
  • Air juga membantu mengeluarkan sisa toksik dan bahan yang menyebabkan keradangan dengan membuangnya dari organ melalui saluran detoksifikasi seperti sistem limfa.

Kesimpulan 

Kesimpulannya, krisis penyembuhan adalah satu petanda yang baik walaupun gejala-gejala tersebut membuatkan seseorang tu merasa sakit yang teruk. Ianya menunjukkan bahawa proses pemulihan yang dijalankan sangat berkesan dengan cara penghapusan toksin, kekotoran, dan ketidakseimbangan tubuh badan.

Selain itu, krisis penyembuhan ini membolehkan seseorang itu mengetahui bahawa pemulihan tersebut berlaku dengan cara yang betul. Pepatah English yang sesuai digunakan dalam krisis penyembuhan ini adalah "No pain, no gain.".


Baca Selanjutnya:-


XOXO,


5 comments:

  1. thank you so much for sharing this

    ReplyDelete
  2. TERIMA KASIH SHARING YA QIYA

    ReplyDelete
  3. ohh mcm tu healing crisis camner.. dok asyik dengar jerr sebelum ni

    ReplyDelete
  4. allahurabbi....sakit btl kpala dh msuk 4 hari..tq ats infonya

    ReplyDelete