Sunday 29 March 2020

Bagaimana Coronavirus, COVID-19 Memberi Kesan Kepada Tubuh?

Keadaan semasa pandemik Covid-19 di Malaysia semakin membimbangkan. Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM telah melabel beberapa kawasan sebagai Zon Merah (Berbahaya) dimana bilangan kes positif jangkitan Covid-19 adalah paling tinggi.

Antara kawasan yang terjejas setakat 29 Mac 2020 adalah Lembah Pantai, Petaling Jaya, Hulu Langat, Seremban, Kluang, Johor Bahru, Kuching, Kota Bahru, Kinta, Gombak, Tawau, Hilir Perak, Titiwangsa, dan Klang.

Susulan peningkatan kes positif jangkitan Coronavirus di beberapa zon yang diklasifikasi sebagai Zon Merah, kini terdapat beberapa kawasan yang telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), iaitu Kg Dato' Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato' Ibrahim Majid di Kluang, Johor. 

Penduduk-penduduk di kawasan tersebut tidak dibenarkan keluar rumah, dan makanan asas akan dibekalkan oleh JKM selama 14 hari.

Gelombang pertama Covid-19 di Malaysia mencatatkan seramai 22 orang telah positif jangkitan Coronavirus ini dan kesemua mereka yang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh ini telah pulih daripada penyakit berjangkit virus maut ini. 

Namun gelombang kedua telah menyebabkan peningkatan mendadak bilangan pesakit positif Covid-19 daripada 22 kes kepada 2000++ kes dalam masa dua minggu lebih (sebelum PKP dilaksanakan sehingga 29 Mac 2020), dan telah meragut puluhan nyawa rakyat Malaysia.

Ada yang menjangka gelombang ketiga Covid-19 di Malaysia akan jadi lebih dasyat, iaitu sekitar April 2020. Bersediakah kita?

Gambar-gambar petugas KKM menjalankan tugas mereka di waktu penyebaran wabak Covid-19 semakin sukar dibendung setakat 30 Mac 2020.


2019-nCoV, cara kuatkan sistem imunisasi, Cara Tingkatkan Sistem Imun, Coronavirus, covid-19, gangguan sistem pernafasan, tingkat sistem imun, tingkatkan Sistem imunisasi pertahanan badan, Kementerian Kesihatan Malaysia, kkm, hospital, klinik, saringan pesakit Covid-19, qiya saad, qiya beauty,


2019-nCoV, cara kuatkan sistem imunisasi, Cara Tingkatkan Sistem Imun, Coronavirus, covid-19, gangguan sistem pernafasan, tingkat sistem imun, tingkatkan Sistem imunisasi pertahanan badan, Kementerian Kesihatan Malaysia, kkm, hospital, klinik, saringan pesakit Covid-19, qiya Saad, qiya beauty,


2019-nCoV, cara kuatkan sistem imunisasi, Cara Tingkatkan Sistem Imun, Coronavirus, covid-19, gangguan sistem pernafasan, tingkat sistem imun, tingkatkan Sistem imunisasi pertahanan badan, Kementerian Kesihatan Malaysia, kkm, hospital, klinik, saringan pesakit Covid-19, qiya Saad, qiya beauty,


Dunia terus mencatatkan jumlah kematian akibat Covid-19 ini melebihi 30,000 orang setakat 30 Mac 2020, manakala jumlah positif jangkitan wabak Coronavirus ini sekurang-sekurangnya 700,000 orang.

Memetik laporan daripada portal The Star Malaysia yang bertajuk US could face 200,000 coronavirus deaths, millions cases, Fauci warns bertarikh 30 Mac 2020, Dr Anthony Fauci iaitu pengarah National Institute of Allergy and Infectious Disease (NIAID), dalam sesi temuramah bersama CNN beliau menganggar jumlah kematian yang disebabkan oleh pandemik Covid-19 ini diantara 100,000 hingga 200,000 penduduk  di Amerika Syarikat.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit US, sejak tahun 2010 jangkitan flu telah membunuh antara 12,000 hingga 61,000 rakyat Amerika setiap tahun. Manakala  sekitar tahun 1918 - 1919, jangkitan pandemik flu telah membunuh seramai 675,000 rakyat Amerika Syarikat.

Mari kita belajar tentang bagaimana penyakit jangkitan pernafasan Coronavirus, COVID-19 ini memberi kesan kepada tubuh kita?

Coronavirus kebiasaannya memberi kesan kepada sistem pernafasan yang menyebabkan simptom-simptom seperti batuk dan kesukaran untuk bernafas. Warga emas adalah golongan yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kesakitan yang lebih parah akibat jangkitan virus ini.

Terdapat banyak spesis haiwan yang mempunyai Coronavirus, antaranya adalah unta dan kelawar. Walaupun virus ini berasal daripada haiwan namun ianya mempunyai peringkat mutasi. 

Apa itu mutasi? Semasa proses pembahagian sel, terdapat beberapa kes dimana berlaku kecacatan sel. Keadaan ini dipanggil mutasi.

Mutasi virus boleh menyebabkan jangkitan kepada manusia.




Rujukan:

1. How does coronavirus affect the body?, Medical News Today.
2. Sains Tingkatan 4, Mutasi.
3. US could face 200,000 coronavirus deaths, millions cases, Fauci warns, The Star Malaysia.
4. Ini senarai 13 kawasan Zon Merah COVID-19 di Malaysia - KKM, Astro Awani.

1 comment:

  1. "Agen poker terbesar dan terpercaya ARENADOMINO.
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 9 games
    ayo mampir kemari ke Website Kami ya www.arenadomino.com

    Wa :+855964967353
    Line : arena_01
    WeChat : arenadomino
    Yahoo! : arenadomino"

    ReplyDelete